KEHIDUPAN DI KEM GROWL

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/65a6d9fb-44f3-41e3-b4fc-469277a18e8a/22oct19pnr-photo0.JPG?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-65a6d9fb-44f3-41e3-b4fc-469277a18e8a-oYEzUBR /web/wcm/connect/pioneer/65a6d9fb-44f3-41e3-b4fc-469277a18e8a/22oct19pnr-photo0.JPG?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-65a6d9fb-44f3-41e3-b4fc-469277a18e8a-oYEzUBR /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2019-Q4/malay/22oct19_news1-ms
22oct19_news1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2019-Q4/malay/22oct19_news1-ms
22 Oct 2019 | OPS & TRAINING

KEHIDUPAN DI KEM GROWL

// LAPORAN BENITA TEO

// FOTO CHAI SIAN LIANG

English 华文
English 华文

Kami berani bertaruh bahawa Anggota-anggota Perkhidmatan Negara sama ada pernah menyertai Latihan Wallaby di Australia, atau mengenali seseorang yang pernah menyertainya. Memandangkan ia adalah latihan luar negara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang terbesar. Dan jika anda pernah ke sana, anda pasti amat mengenali Kem Growl, kem yang menjadi rumah Tentera Singapura di luar negara. Apakah yang anda ingat tentang masa anda di sana? Mari kita mengimbau kembali keadaan masa dahulu dan membuat perbandingan apa yang telah berubah dan apa yang masih sama di situ.

Tiang yang menandakan kawasan yang mempunyai penerimaan telefon yang terbaik di seluruh kem.
  1. Tiang itu tidak lagi sepopular dahulu

Ah, ya. "Tiang penerimaan" yang dahulunya tersedia untuk semua. Ia dahulunya menjadi hubungan residen Kem Growl dengan dunia luar, di mana semua askar akan berkumpul untuk menelefon rumah di situ. Berita baik adalah liputan telefon sekarang lebih baik, dan anda akan mendapat penerimaan di mana sahaja di kawasan kem. Tiada lagi perlu membisik ungkapan kasih sayang kepada kekasih ... di sebelah 30 orang lelaki lain yang menyatakan perkara yang sama.

Askar-askar berkumpul di khemah pengecasan untuk bersantai dan mengecas alat-alat mereka pada masa yang sama.
  1. Satu pusat untuk mereka mengecas semua alat-alat. 

Jadi anda boleh menghantar mesej teks, membuat panggilan, bermain permainan dan menatal bagi melihat media sosial di mana sahaja yang anda mahu. Tetapi apa yang akan terjadi jika telefon anda kehabisan bateri? #firstworldproblems Nasiblah, kerana hanya satu tempat yang anda boleh pergi untuk mengecasnya – khemah pengecasan. Stesen pengecasan yang berpusat disediakan untuk mengelakkan anggota-anggota Perkhidmatan Negara daripada membebankan poin kuasa dengan plug sambungan. Ia juga merupakan langkah keselamatan – sekiranya terputus bekalan elektrik atau kebakaran elektrik, insiden ini boleh dikawal dengan pantas. Khemah pengecasan dibuka sepanjang hari sehingga 10 malam untuk askar-askar yang ingin bersantai. Tetapi belajar untuk berkongsi dan jangan pula membolot kemudahan ini untuk diri sendiri.

Hanya empat langkah mudah untuk membersihkan diri: isi baldi, tuang air ke dalam baldi, angkat baldi air itu, dan tekan tuil.
  1. Pancuran mandi yang unik.

Ia sememangnya pengalaman mandi yang lain daripada yang lain. Isi baldi dengan air. Tuang ke dalam baldi pancuran. Tarik tali untuk menaikkan baldi di atas kepala anda dan ikat tali. Tekan tuil untuk mendapatkan pancuran air. Sabun badan, bilas dan ulang. Oh, dan, sentiasa ingat untuk membawa baldi tambahan sekiranya anda kehabisan air ketika tengah mandi, jika tidak anda akan terpaksa menanggung malu berjalan ke hujung tandas untuk mengisi semula air. Jangan kata kami tak mengingatkan kamu.

Dapur SAF memastikan menu yang dirancang secara khusus bagi memastikan anggota-anggota tentera di Kem Growl tidak merindui masakan rumah.
Askar-askar boleh berehat dengan minuman sejuk dan makanan Australia di kantin.
  1. Makanan yang memuaskan jiwa

Kami belum lagi menemui sesiapa yang pergi ke Kem Growl dan tidak memuji makanan di sana. Kantin SAF menyediakan makanan Singapura yang terbaik seperti bak kut teh dan nasi lemak untuk menenangkan badan dan minda yang letih selepas berlatih seharian. Sementara itu, kantin pula dikendalikan oleh rakyat tempatan bernama Christine, yang banyak menyediakan masakan kegemaran Australia. Kabanas (sosej) dan Breaka (minuman susu coklat). Adakah anda teringin untuk merasainya?

Seronok apabila mendengar bahawa keadaan menjadi semakin baik, namun memori indah tidak akan berubah.

Tags 2019-ops
Suggested Reading
与新加坡武装部队系统管理飞镖选手一起追求完美 Feature
与新加坡武装部队系统管理飞镖选手一起追求完美
PEOPLE
SASARKAN YANG TERBAIK DENGAN PEMAIN DART SAFSA Feature
SASARKAN YANG TERBAIK DENGAN PEMAIN DART SAFSA
PEOPLE
Aim for perfection with SAFSA darts players Feature
Aim for perfection with SAFSA darts players
PEOPLE
27-Dec-19

Military Expert (ME) 4 Andrew Ho and ME3 Devarajan give tips on the art of darts.

与S.UTAMA少校一起攀岩 Feature
与S.UTAMA少校一起攀岩
PEOPLE
MENDAKI KE PUNCAK DENGAN MEJAR S. UTAMA Feature
MENDAKI KE PUNCAK DENGAN MEJAR S. UTAMA
PEOPLE
Scaling heights with Major S. Utama Feature
Scaling heights with Major S. Utama
PEOPLE
20-Dec-19

Champion rock climber Major (MAJ) S. Utama shows you how to conquer a climbing wall.

2019年新加坡武装部队的九大新闻 Feature
2019年新加坡武装部队的九大新闻
OPS & TRAINING
17-Dec-19

随着2019年接近尾声,国峰报回顾了本年度国防部/新加坡武装部队最重要的九个新闻和事件。

BERITA SAF 9 TERATAS BAGI 2019 Feature
BERITA SAF 9 TERATAS BAGI 2019
OPS & TRAINING
17-Dec-19

Ketika tahun ini menghampiri penghujungnya, PIONEER mengimbau kembali sembilan daripada berita dan peristiwa MINDEF/SAF yang paling penting pada 2019.

追随我祖父和父亲的脚步
追随我祖父和父亲的脚步
PEOPLE
MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA
MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA
PEOPLE