BERITA SAF 9 TERATAS BAGI 2019

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/d64197ca-64af-44f6-a70d-89fca913aec9/17dec19pnr-photo0.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-d64197ca-64af-44f6-a70d-89fca913aec9-oYEykeQ /web/wcm/connect/pioneer/d64197ca-64af-44f6-a70d-89fca913aec9/17dec19pnr-photo0.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-d64197ca-64af-44f6-a70d-89fca913aec9-oYEykeQ /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2019-Q4/malay/17dec19_news1-ms
17dec19_news1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2019-Q4/malay/17dec19_news1-ms
17 Dec 2019 | OPS & TRAINING

BERITA SAF 9 TERATAS BAGI 2019

Ketika tahun ini menghampiri penghujungnya, PIONEER mengimbau kembali sembilan daripada berita dan peristiwa MINDEF/SAF yang paling penting pada 2019.

// BERITA SHERLYN QUEK

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

1. Pertahanan Digital disertakan dalam rangka kerja Pertahanan Mutlak

Tunggak keenam – Pertahanan Digital – telah diperkenalkan kepada rangka kerja Pertahanan Mutlak pada 15 Feb, memberi isyarat tentang pentingnya mengukuhkan keselamatan siber dan keperluan untuk terus bersedia menghadapi ancaman dari ruang siber.

Ini adalah kali pertama tunggak baharu telah diperkenalkan sejak rangka kerja Pertahanan Mutlak telah diperkenalkan pada 1984. Lima tunggak asalnya ialah Pertahanan Tentera, Awam, Ekonomi, Sosial dan Psikologi.

Logo Pertahanan Mutlak akan direka bentuk semula untuk menyertakan tunggak keenam ini. Layari www.asiaone.com/totaldefence untuk mengundi 10 reka bentuk kegemaran anda yang telah disenarai pendekkan. Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini ialah pada 29 Dis.

1-UP-B-caption

2. Pelancaran kapal selam Invincible-class yang pertama

Tidak boleh ditewaskan di bawah lautan – Angkatan Laut Republik Singapura melancarkan kepal selam pertama yang lengkap disesuaikan di Kiel, Jerman pada 18 Feb. Kapal baharu ini mempunyai rangkaian senjata yang lebih luas, boleh menyelam 50 peratus lebih lama, dan dilengkapi dengan automasi canggih dan sistem sense-making berbanding armada kapal selam yang dimiliki Angkatan Laut pada masa sekarang.

Ia akan melalui beberapa siri ujian laut sebelum ia dihantar ke Singapura pada 2021. Armada lengkap empat kapal selam Invincible-class akan siap pada 2025.

1-UP-B-caption

3. SAF mengukuhkan budaya keselamatan

Mengukuhkan latihan keselamatan merupakan isu yang serius untuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tahun ini. Berikutan pelbagai insiden latihan, SAF telah menjalankan kajian semula yang komprehensif bagi program latihan dan memperkenalkan langkah-langkah baharu untuk mengurangkan risiko latihan.

Ini termasuk penubuhan Pejabat Inspektor Jeneral untuk memandu dan menyelia budaya keselamatan dan penguatkuasaan  terhadap amalan tidak selamat, kepada kamera pandang belakang dan lebih banyak butang pengaktifan hon kecemasan untuk kenderaan Bionix, kepada menjalankan pemeriksaan mandatori untuk semua latihan luar oleh Tentera.

1-UP-B-caption

4. Jet pejuang generasi kelima yang canggih

Berupaya menewaskan musuh dan serba boleh – F-35 Joint Strike Fighter telah dikenal pasti sebagai pengganti yang paling sesuai untuk jet tempur F-16 Angkatan Udara Republik Singapura yang semakin usang. Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengumumkan pada Mac pembelian awal empat jet oleh MINDEF, dengan pilihan untuk membeli lapan lagi pesawat jika Singapura ingin meneruskan pembelian.

1-UP-B-caption

5. Pemburu yang kuat & tangkas merayau

Lebih cepat, lebih baik, lebih kuat: Kenderaan berperisai canggih telah disertakan dalam gudang senjata SAF tahun ini dengan penugasan Hunter di perarakan jubli emas formasi Armour pada 11 Jun.

Kenderaan perang berperisai baharu ini menjanjikan kuasa tembak, mobiliti dan perlindungan yang lebih besar berbanding dengan pendahulunya Ultra M113. Yang pertama seumpamanya dalam Tentera Singapura yang didigitalkan sepenuhnya, Hunter dilengkapi suite sistem Pemerintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer untuk meningkatkan keupayaan tempur-perang berangkaian SAF.

1-UP-B-caption

6. Bandar latihan teknologi tinggi & pusat perkhidmatan sehenti

Pusat pertukaran bas, stesen MRT dengan pintu keluar ke permukaan berbilang, dan bangunan saling sambung bertingkat tinggi adalah antara ciri urban realistik bagi SAFTI City yang bakal dibina. Kemudahan latihan pintar ini juga akan menggunakan teknologi seperti sensor, sasaran interaktif, dan analisis data untuk meningkatkan realisme dan keberkesanan latihan. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 30 Jun, dan SAFTI City dijadualkan untuk dibuka secara berperingkat dari 2023.

1-UP-B-caption

Satu lagi kemudahan yang dinanti-nantikan oleh anggota-anggota ialah NS Hub, pusat sehenti yang mudah di Bukit Gombak yang akan membawa perkhidmatan berkaitan NS, seperti pendaftaran pra-kemasukan, pemeriksaan perubatan dan latihan kecergasan, semuanya di bawah satu bumbung. Pembinaan bermula dengan upacara pecah tanah pada 25 Nov, dan hab dirancang siap pada 2023.

1-UP-B-caption

7. Bersedia untuk aksi: Kemunculan buat pertama kali di luar negara jet tangki RSAF

Untuk pertama kalinya, Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 (MRTT) terbaharu Angkatan Udara Republik Singapura membawa keupayaan pengisian minyak dari udara ke udara kepada Latihan Forging Sabre di Idaho, Amerika Syarikat tahun ini. Berupaya membawa lebih 100,000kg bahan api, kios petrol di udara ini memberikan pesawat pejuang penggalak tambahan untuk terbang lebih jauh.

Tahun ini juga menandakan persaraan pendahulu MRTT, KC-135R, yang mencatatkan penerbangan akhirnya pada Jun selepas dua dekad berkhidmat dalam RSAF.

1-UP-B-caption

8. Menghubungi rakyat Singapura kepada kehidupan di laut di Navy@Vivo

Beribu pelawat berpeluang mengalami hidup di laut luas melalui Navy@Vivo pada November tahun ini. Kini dalam edisi kelapan, acara ini mengisahkan kepada orang awam secara sepintas lalu bagaimana Angkatan Laut mempertahankan kehidupan seharian Singapura melalui pameran di samping aktiviti-aktiviti yang mengujakan – daripada lawatan di atas frigat RSS Supreme kepada menaiki kapal laju dan seterusnya demonstrasi latihan fizikal bot oleh penyelam tentera laut elit!

1-UP-B-caption

9. Anggota-anggota komando meraikan jubli emas

Hiasan kepala merah lembayung menandakan mereka sebagai ahli pasukan khas – Komando. Daripada 30 anggota, Red Berets telah berkembang sejak 50 tahun yang lalu menjadi unit pejuang elit yang terkenal dengan kehandalan fizikal dan ketabahan mental.

Semasa perarakan ulang tahun ke-50 formasi pada 4 Dis, SAF mengumumkan penubuhan Pusat Perintah Operasi Khas baru di Kem Hendon. Pusat tersebut menyediakan kemudahan untuk membuat pemerhatian dan memproses maklumat daripada berbilang sumber bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik serta tindak balas yang lebih pantas apabila menangani ancaman pengganas.

1-UP-B-caption

Dan pada awal Julai, Batalion Komando pertama telah mengambil bahagian dalam Kerjasama Latihan bersama-sama dengan Divisyen Singapura ke-3 dan Kumpulan Tentera ke-74 People's Liberation Army Southern Theatre Command. Lebih daripada 200 anggota tentera berkumpul untuk pertukaran profesional dan latihan taktikal seperti turun bertali dan operasi urban dalam latihan tentera dua hala.

1-UP-B-caption

BONUS: Lagenda Imran bermula

Tentunya, kami tidak akan lupa untuk menyebut tentang kelahiran "legenda" SAF pada tahun ini. Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa Kadet Pakar (SCT) Muhammad Imran Bin Azeman tiba-tiba menjadi terkenal di Internet dalam kalangan peminat tempatan pada September – semuanya kerana fotonya menerima raifel dengan lengannya yang tegap dan berotot-otot yang sungguh sesuai dijadikan meme!

Tags 2019-ops
Suggested Reading
与新加坡武装部队系统管理飞镖选手一起追求完美 Feature
与新加坡武装部队系统管理飞镖选手一起追求完美
PEOPLE
SASARKAN YANG TERBAIK DENGAN PEMAIN DART SAFSA Feature
SASARKAN YANG TERBAIK DENGAN PEMAIN DART SAFSA
PEOPLE
Aim for perfection with SAFSA darts players Feature
Aim for perfection with SAFSA darts players
PEOPLE
27-Dec-19

Military Expert (ME) 4 Andrew Ho and ME3 Devarajan give tips on the art of darts.

与S.UTAMA少校一起攀岩 Feature
与S.UTAMA少校一起攀岩
PEOPLE
MENDAKI KE PUNCAK DENGAN MEJAR S. UTAMA Feature
MENDAKI KE PUNCAK DENGAN MEJAR S. UTAMA
PEOPLE
Scaling heights with Major S. Utama Feature
Scaling heights with Major S. Utama
PEOPLE
20-Dec-19

Champion rock climber Major (MAJ) S. Utama shows you how to conquer a climbing wall.

2019年新加坡武装部队的九大新闻 Feature
2019年新加坡武装部队的九大新闻
OPS & TRAINING
17-Dec-19

随着2019年接近尾声,国峰报回顾了本年度国防部/新加坡武装部队最重要的九个新闻和事件。

追随我祖父和父亲的脚步
追随我祖父和父亲的脚步
PEOPLE
MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA
MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA
PEOPLE