SASARKAN YANG TERBAIK DENGAN PEMAIN DART SAFSA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/2788adb2-0585-44d6-b762-cb85d7b1ffbb/27dec19_news1-hero2.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-2788adb2-0585-44d6-b762-cb85d7b1ffbb-n0Ofa.G /web/wcm/connect/pioneer/2788adb2-0585-44d6-b762-cb85d7b1ffbb/27dec19_news1-hero2.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-2788adb2-0585-44d6-b762-cb85d7b1ffbb-n0Ofa.G /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/people/2019-Q4/malay/27dec19_news1-ms
27dec19_news1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/people/2019-Q4/malay/27dec19_news1-ms
27 Dec 2019 | PEOPLE

SASARKAN YANG TERBAIK DENGAN PEMAIN DART SAFSA

Pakar Tentera (ME) 4 Andrew Ho dan ME3 Devarajan memberi petua tentang seni bermain dart.

// BERITA CHIA CHONG JIN

// FOTO KENNETH LIN

// JURUVIDEO PETER CHO

English 华文
English 华文

Seperti juga sukan-sukan lain, memahirkan diri dalam permainan dart memerlukan latihan dan latih tubi yang konsisten. Pasangan ini dan ahli-ahli pasukan SAFSA mereka berlatih sehingga dua kali seminggu, dan bertanding dalam liga tempatan di mana mereka bermain sekali seminggu.

ME3 Devarajan (tengah, memegang trofi) dan ME4 Ho (dua dari kanan) dengan pasukan dart SAFSA yang meraih pingat emas semasa Kejohanan Dart Sukan STAR Perkhidmatan Awam 2019.

Bagi mereka yang tidak pasti tentang standard saingan: Kebanyakan perlawanan dart tip keluli profesional ialah "501 up" - setiap pemain bermula dengan skor 501 dan mengambil giliran membaling tiga dart.

Skor bagi setiap giliran dikira dan ditolak daripada jumlah si pemain. Balingan mengenai bulatan tengah (Bullseye) memperoleh skor 50, bulatan luar memperoleh skor 25 dan dart di dalam bulatan ganda dua atau ganda tiga dikira untuk skor segmen ganda dua atau ganda tiga.

Objektif utama permainan ini adalah untuk menjadi pemain pertama yang mengurangkan skornya menjadi sifar, satu-satunya kaveat adalah dart terakhir yang dibaling mesti mengenai ganda dua atau bullseye.

Kedua-dua ME4 Ho dan ME3 Devarajan menekankan kepentingan menggemari permainan ini dan tidak membiarkan tekanan mempengaruhi prestasi anda.

Tontoni perbualan mereka mengenai kualiti penting yang perlu dimiliki oleh pemain dart; perbezaan di antara tip keluli dan tip lembut; serta petua bagaimana untuk mula bermain dart sebagai sukan yang kompetitif:

Sekiranya anda tidak boleh menonton video ini, berikut adalah beberapa petua yang mereka berikan:

1. Pelajari bagaimana untuk melakukan pengiraan mental dengan pantas. Dart tip lembut biasanya digunakan atas papan dart elektronik yang boleh menyimpan skor secara automatik untuk anda. Apabila bermain dengan dart tip keluli tradisional, adalah penting untuk mengira skor dengan cepat untuk menganalisis permainan dengan lebih baik dan tidak hilang momentum.

2. Berlatih dengan mempunyai hala tuju. Dalam pertandingan dart sebenar, pemain selalunya sangat tertekan kerana perhatian semua orang akan tertumpu kepadanya. Adalah penting untuk menyertakan latihan mental dalam latihan mingguan anda, agar tekanan tidak menjejaskan prestasi anda semasa saat-saat genting.

Tags