MENCIPTA SEMULA PENGALAMAN 'LANGSUNG' NDP DI RUMAH

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/bcbc6f34-da5a-4fa5-ab62-e2658e1f63ec/22jul20-photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-bcbc6f34-da5a-4fa5-ab62-e2658e1f63ec-oYEM.83 /web/wcm/connect/pioneer/bcbc6f34-da5a-4fa5-ab62-e2658e1f63ec/22jul20-photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-bcbc6f34-da5a-4fa5-ab62-e2658e1f63ec-oYEM.83 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2020-Q3/malay/22jul20_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2020-Q3/malay/22jul20_news1-ms
22jul20_news1-ms
22 Jul 2020 | COMMUNITY
English 华文

MENCIPTA SEMULA PENGALAMAN 'LANGSUNG' NDP DI RUMAH

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
1-UP-B-caption

Kita semua akan menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dari rumah tahun ini.

Tapi bagaimana pula jika anda merindui keseronokan adrenalin menyaksikan kontinjen dan aset tentera secara langsung di Padang; kegembiraan menyanyi lagu-lagu NDP yang dekat di hati; perasaan dekat dengan tanah air ketika berdiri rapat dengan rakan-rakan senegara anda semasa lagu Majulah Singapura dimainkan?

Berikut adalah beberapa tip bagaimana anda boleh mencipta semula pengalaman NDP secara langsung, dari keselesaan bilik tamu anda!

Sertai rakyat Singapura di seluruh pulau yang mengibarkan dengan bangga Bendera Negara di luar rumah mereka.

Sebelum 9 Ogos:

  • Dapatkan Pek Singapura Bersama dari Pusat/Kelab Komuniti (dari 20 Julai hingga 2 Ogos) atau Pusat Jawatankuasa Penduduk (dari 20 hingga 26 Julai) dari 10am hingga 6pm (tidak termasuk cuti umum). Jangan lupa membawa kad pengenalan NRIC anda untuk pengesahan!

  • Kibarkan Bendera Negara di luar rumah anda. Jika anda tidak mempunyai Bendera Negara, anda boleh mendapatkannya di pusat pengumpulan.
Setiap isi rumah boleh mengambil satu pek Singapura Bersama. Di samping item yang memberikan rakyat Singapura hubungan fizikal kepada pengalaman NDP, seperti bendera tangan Singapura, tampalan diseterika, tatu muka dan kad ikrar, pek ini mengandungi barang-barang penjagaan seperti pensanitasi tangan, termometer dan topeng muka.

Pada pagi 9 Ogos:

  • Sarungkan pakaian merah dan putih kegemaran anda.

  • Lukiskan Tatu Muka NDP pada wajah satu sama lain.

  • Pasang TV anda dan tontoni mesej Hari Kebangsaan Perdana Menteri.

  • Untuk pengalaman sebenar granstan luar, tutup penghawa dingin dan kipas rumah anda, dan duduk rapat-rapat dengan ahli-ahli keluarga di atas sofa (hanya dengan ahli-ahli isi rumah anda!) Tunggu sehingga seseorang bersuara: "Wah, panasnya!"

  • Teruskan menonton perarakan di Padang pada skrin. Berdiri bersama-sama dan menyanyikan Lagu Kebangsaan semasa Momen Lagu Kebangsaan seluruh negara yang akan bermula pada 10:30 pagi. Majulah Singapura!

  • Jenguk ke luar tingkap anda dan saksikan Bendera Negara dan F15SG terbang di udara melalui kawasan kejiranan anda. Jangan lupa untuk mengucapkan "Hai!" dan mengibarkan Bendera Tangan anda sambil ia terbang lalu!



  •  
  •  
1-UP-B-caption

Pada petang 9 Ogos:

  • Periksa untuk melihat jika Mobile Column akan datang ke kawasan kejiranan anda. Lebih banyak butiran akan diumumkan kelak!

  • Jika anda hendak keluar, lekatkan Bendera yang Diseterika pada Topeng Muka anda, dan pakai ia sebelum anda meninggalkan rumah.

  • Jangan lupa untuk membawa Pensanitasi Tangan dengan anda. Malahan, kenapa tidak digunakan Beg Tote yang didatangkan dengan Pek Singapura Bersama sebagai beg trendy untuk barang-barang anda?



  •  
  •  
Pek Singapura Bersama didatangkan dalam 20 reka bentuk, setiap satu dicipta oleh artis kekurangan upaya atau pelajar Darjah 5. Mohamad Fadhil bin Abdul Jailil, 24, daripada Persatuan Kebajikan Metta melukis bendera kebangsaan di luar setiap flat di blok HDB – menggambarkan bagaimana sumbangan aksi kecil, yang dilakukan beramai-ramai boleh dijadikan inspirasi.

Pada waktu malam 9 Ogos:

  • Tontonilah Persembahan NDP secara langsung dari The Star Performing Arts Centre.

  • Rindu hendak mengayun batang cahaya semasa menyaksikan perarakan? Lekatkan pelekat Turas Merah pada lampu suluh telefon bimbit anda dan hayunkan lampu suluh berwarna anda semasa momen bercahaya yang istimewa ini. Tidak mahu melakukannya seorang diri? Lakukan ia di sisi tingkap anda dan saksikan keseluruhan kawasan kejiranan berubah menjadi lautan merah yang meriah.
Tontoni Pertunjukan NDP dari keselesaan rumah anda, secara langsung dari The Star Performing Arts Centre.
  • Edarkan Snek dan Minuman Tin.

  • Menyanyi bersama-sama dengan lagu-lagu NDP di TV. Dengan sekuat hati. Nantikan sehingga seseorang bersuara: "Wah, macam sumbang pula!"

  • Berdiri bersama-sama dengan rakyat Singapura di mana-mana sahaja untuk melafazkan ikrar semasa Momen Melafazkan Ikrar.

  • Kibarkan bendera tangan sekali lagi sambil menyaksikan persembahan mercun. Majulah Singapura!



  •  
  •  
Untuk pertama kalinya, pertunjukan mercun akan menerangi langit Singapura bukan sahaja di Padang atau Marina Bay, tetapi juga di kawasan pedalaman!
Tags 2020-com
Suggested Reading
2020. MENGIMBAS SEMULA TAHUN SAF Feature
2020. MENGIMBAS SEMULA TAHUN SAF
COMMUNITY
2020年:新加坡武装部队年度回顾 Feature
2020年:新加坡武装部队年度回顾
COMMUNITY
2020: SAF Year in Review Feature
2020: SAF Year in Review
COMMUNITY
30-Dec-20

While many may be glad to say goodbye to 2020, there has been some bright spots in this rollercoaster of a year. PIONEER takes a look back at positive and uplifting MINDEF/SAF stories as Singapore soldiers trudge on through the COVID-19 pandemic.

ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55,  DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55, DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
COMMUNITY
陆军庆祝成立55周年,首次举办虚拟展览
陆军庆祝成立55周年,首次举办虚拟展览
COMMUNITY
Army marks 55th anniversary, holds first ever virtual exhibition
Army marks 55th anniversary, holds first ever virtual exhibition
COMMUNITY
01-Dec-20

There's a whole host of activities and games for everyone in the family at the Army 55 virtual exhibition.

我们心中的2020年国庆庆典
我们心中的2020年国庆庆典
COMMUNITY
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
COMMUNITY
NDP 2020 in our hearts
NDP 2020 in our hearts
COMMUNITY
27-Aug-20

"This was what we set out to achieve when COVID-19 hit us – to organise an NDP that would rally and unite Singaporeans."

退役的新加坡武装部队军犬重获新生 Feature
退役的新加坡武装部队军犬重获新生
COMMUNITY