2020. MENGIMBAS SEMULA TAHUN SAF

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/5addca9d-499e-4cbd-a412-3ba0f03c386e/30dec20nr_photo1new2020.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-5addca9d-499e-4cbd-a412-3ba0f03c386e-oYEIHmy /web/wcm/connect/pioneer/5addca9d-499e-4cbd-a412-3ba0f03c386e/30dec20nr_photo1new2020.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-5addca9d-499e-4cbd-a412-3ba0f03c386e-oYEIHmy /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2020-Q4/malay/29dec20_news1-ms
29dec20_news1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2020-Q4/malay/29dec20_news1-ms
30 Dec 2020 | COMMUNITY

2020. MENGIMBAS SEMULA TAHUN SAF

Walaupun ramai yang gembira untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020, namum ada beberapa detik-detik manis dalam tahun yang amat mencabar ini. PIONEER mengimbas kembali kisah-kisah MINDEF / SAF yang positif dan meningkatkan semangat lebih-lebih lagi semasa askar-askar Singapura mengharungi pandemik COVID-19.

// KISAH SHERLYN QUEK

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文
Seramai lebih daripada 2,000 anggota MINDEF dan SAF bertungkus-lumus dalam tiga kitaran untuk mengedar topeng dan membungkus sebanyak 15.2 juta topeng kepada penduduk di seluruh pulau.

Bersatu dalam memerangi COVID-19

Ribuan anggota daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyahut seruan bertugas untuk bergabung dalam memperkasa usaha negara untuk melawan serangan virus tersebut.

Daripada pengesanan kontak dan pengedaran topeng sehingga menyediakan kemudahan dan memberi ujian dan rawatan perubatan, komuniti pertahanan mengambil peranan yang kritikal di sebalik tabir serta juga di barisan hadapan untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 dan menyelamatkan nyawa.

1-UP-B-caption

Kem-kem SAF yang terpilih - seperti Jurong, Bedok, Amoy Quee, Guillemard, Tanjong Gul dan Lim Chu Kang – diubahsuai untuk menjadi Fasiliti Pemulihan Komuniti untuk menyediakan tempat tinggal dan rawatan bagi pesakit-pesakit COVID-19.

1-UP-B-caption

Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dari ketiga-tiga Perkhidmatan ini menawarkan diri secara sukarela untuk membantu dalam operasi COVID-19, malah ada yang lebih giat berusaha untuk melanjutkan Perkhidmatan Negara (NS) mereka.

1-UP-B-caption

Penghargaan yang mengharukan: En Naresh Palla, seorang pekerja migran dari India, mengucapkan rasa terima kasihnya dalam suratnya kepada pasukan perubatan dan pengurusan di Fasiliti Jagaan Komuniti Pusat Pameran Changi kerana menyediakan tempat tinggal dan rawatan perubatan.

Menyesuaikan diri dengan norma baharu

Walaupun anggota tentera dan wanita menawarkan diri dalam operasi COVID-19, SAF masih tidak berkompromi dalam operasi keselamatan.

Unit-unit masih menjalankan operasi kritikal di tengah-tengah pandemik - seperti pertahanan pulau, keselamatan maritim, pertahanan udara dan menentang keganasan - untuk melindungi Singapura.

Latihan tempatan dan luar negara turut dilanjutkan secara berperingkat, dengan adanya langkah-langkah keselamatan yang ketat, ketika Singapura dan negara-negara di serata dunia menyesuaikan diri dengan norma baharu ini.

Pada tahun ini, persiapan khas untuk sambutan Perarakan Hari Kebangsaan yang unik, juga dijalankan dan disesuaikan untuk mencipta pengalaman meraihkan perayaan di rumah seluruh rakyat Singapura.

Latihan luar negara dilanjutkan secara beransur-ansur, dengan Tentera Laut Republik Singapura mengambil bahagian dalam latihan multilateral Lingkaran Pasifik di pesisir pantai Hawaii, AS pada bulan Ogos, yang diadakan sepenuhnya di laut tanpa sebarang hubungan fizikal di antara pelbagai kru kapal perang. (Foto seterusnya) Pada bulan Oktober, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mengerahkan pesawat dan anggotanya ke Darwin, Australia untuk detasemen selama dua bulan.

Pada tahun ini NDP telah mengorak langkah dengan membawa perayaan lebih dekat ke rumah – dari ruang mudah alih (foto sebelah) ke terbang lintas hormat F-15SG yang memberi penghormatan kepada pekerja barisan hadapan (foto ketiga), dan pertunjukan bunga api (foto terakhir) di seluruh kawasan.

Ke arah peningkatan baharu

Anggota tentera dan wanita yang penuh inspirasi ini membuktikan bahawa impian anda boleh dicapai dengan adanya ketabahan dan semangat pasti boleh.

Walaupun permohonan Koperal (NS) Tan Ying Li ke sekolah perubatan telah ditolak sebanyak dua kali, namun dia tidak pernah patah semangat. Setelah mengasah kemahirannya dalam menyelamatkan nyawa dan rawatan kecemasan semasa di NS, komando penuntut perubatan mendapat tempat di NUS untuk pengajian perubatan pada percubaan ketiganya. Saya mengambil selama dua tahun dalam NS untuk memperbaiki diri dan meraih lebih banyak pengalaman. Adalah amat penting untuk tidak menganggap kegagalan sebagai suatu halangan, malahan dijadikannya peluang untuk memajukan diri."

1-UP-B-caption

Beliau merupakan pegawai perubatan wanita pertama yang telah melengkapkan Kursus Pertukaran Pengawal yang lasak. Bagi Kapten (Dr) Ng Chen Hui, pegawai perubatan batalion Pasukan Pengerahan Tentera, ini adalah semata-mata kekuatan minda untuk mengatasi masalah. “Kecergasan fizikal sentiasa boleh dilatih. Bagi mereka yang hendak mendaftar diri, anda perlu jelas tentang apakah matlamat anda. Adakah anda berada di sini untuk berkhidmat? Sekiranya ya, banyak kebimbangan tidak akan menjadi begitu penting. Anda mesti yakin dengan diri anda sendiri dan percaya anda boleh melakukannya."

Perintis Jalan: Leftenan Christabel Chai telah membanggakan Singapura apabila dia lulus di peringkat teratas kohortnya di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat pada bulan April. Pegawai Perang Udara di RSAF mengukir sejarah setelah menjadi wanita pertama dari Asia Tenggara dan SAF untuk dipilih menyertai program yang amat kompetitif, yang mempunyai kadar penerimaan sebanyak 10 peratus sahaja. "Sudah empat tahun saya bekerja keras dan bertungkus lumus sehinggalah ke saat ini apabila saya dapat memberi penghormatan kepada Singapura...di pentas dunia, dan membuktikan... pencapaian negara kita bagaikan titik merah di peta dunia."

Tags 2020-com
Suggested Reading
2020年:新加坡武装部队年度回顾 Feature
2020年:新加坡武装部队年度回顾
COMMUNITY
2020: SAF Year in Review Feature
2020: SAF Year in Review
COMMUNITY
30-Dec-20

While many may be glad to say goodbye to 2020, there has been some bright spots in this rollercoaster of a year. PIONEER takes a look back at positive and uplifting MINDEF/SAF stories as Singapore soldiers trudge on through the COVID-19 pandemic.

ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55,  DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55, DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
COMMUNITY
陆军庆祝成立55周年,首次举办虚拟展览
陆军庆祝成立55周年,首次举办虚拟展览
COMMUNITY
Army marks 55th anniversary, holds first ever virtual exhibition
Army marks 55th anniversary, holds first ever virtual exhibition
COMMUNITY
01-Dec-20

There's a whole host of activities and games for everyone in the family at the Army 55 virtual exhibition.

我们心中的2020年国庆庆典
我们心中的2020年国庆庆典
COMMUNITY
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
COMMUNITY
NDP 2020 in our hearts
NDP 2020 in our hearts
COMMUNITY
27-Aug-20

"This was what we set out to achieve when COVID-19 hit us – to organise an NDP that would rally and unite Singaporeans."

退役的新加坡武装部队军犬重获新生 Feature
退役的新加坡武装部队军犬重获新生
COMMUNITY