BERLATIH MENJADI AHLI TEMBAK

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/ead20f58-1f11-45f1-8eb5-05bab0979431/12dec19_news1-1.JPG?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ead20f58-1f11-45f1-8eb5-05bab0979431-oYEx.BX /web/wcm/connect/pioneer/ead20f58-1f11-45f1-8eb5-05bab0979431/12dec19_news1-1.JPG?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ead20f58-1f11-45f1-8eb5-05bab0979431-oYEx.BX /web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/ops-and-training/2019-Q4/malay/12dec19_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/ops-and-training/2019-Q4/malay/12dec19_news1-ms
12dec19_news1-ms
12 Dec 2019 | OPS & TRAINING

BERLATIH MENJADI AHLI TEMBAK

Wartawan PIONEER Thrina Tham menyertai Latihan Asas Tentera dengan para rekrut untuk mengetahui sama ada dia layak untuk mengendalikan "suaminya" – SAR 21.

// BERITA THRINA THAM

// FOTO CHAI SIAN LIANG

English 华文
English 华文
Melerai SAR 21 adalah proses yang mudah. Memasangnya semula, bagaimanapun, adalah lebih mencabar.

Saya menemui "suami" latihan saya dan melakukan tugas pertama iaitu: melerai.

Mempelajari selok belok pasangan baharu saya ini merupakan satu daripada beberapa langkah sebelum saya boleh mencapai matlamat utama saya menembak dengan menggunakan Raifal Tempur Singapura (SAR) 21.

Para rekrut mempelajari kemahiran asas dan penyelenggaraan senapang sebagai sebahagian daripada pelajaran Pengendalian Teknikal mereka. Di bawah bimbingan pengajar saya, Staf Sarjan (SSG) Mohammad Azhar, meleraikan raifal itu mudah.

Saya meleraikan tujuh komponennya - magazin, bahagian penerima, bahagian laras, dan pembawa bolt dengan pin silang, pin tembakan dan pin cam - di bawah 45 saat dengan mudah.

Tetapi bila tiba masa untuk memasangnya semula, saya bergelut untuk mengingati tiga pemeriksaan senapang saya untuk mekanisme keselamatan, tembakan dan ricih. Saya mengulangi langkah-langkah tersebut sehingga saya lulus Pengendalian Teknikal saya (sehinggakan saya agak letih kerana melutut!) dan akhirnya bergerak ke pusat Latihan Kemahiran Menembak Individu (IMT).

Berusaha bersungguh-sungguh agar magazin tidak mencecah tanah sambil menembak pada posisi tertiarap. SSG Azhar menjadi pemerhati.

Di IMT, para rekrut melakukan latihan simulasi menembak di persekitaran yang selamat namun realistik. Ia juga memberi saya peluang untuk membuat latihan Tindakan Serta-merta (IA) yang perlu diambil apabila senapang tersekat.

"IA! IA!"

Malangnya, ia mengecewakan kerana ia terhenti dengan banyak kali.

"Safe. Condongkan. Periksa."

SSG Azhar menegaskan: "Anda mesti memastikan magazin anda tidak menyentuh tanah atau peluru anda mungkin tersangkut."

Saya mengangguk dan cuba sedaya upaya untuk tidak rebah ke atas tanah. Dengan siku saya dibengkokkan saya meniarapkan diri saya, lengan saya yang pendek hampir tidak dapat mengawal senapang yang panjangnya 80.5cm.

Nasib baik, SAR 21 direka bentuk agar mudah digunakan jadi walaupun saya tidak cukup kuat, saya tabah melaluinya dan lulus IMT tersebut.

SSG Azhar menjalankan latihan bertepatan masa dengan saya sebelum tembakan kelayakan saya.

Menarik picu senapang

Lima hari selepas itu baru saya bertemu dengan suami sebenar saya: 7214

Selepas menetapkan sasaran untuk senjata, saya meneruskan tembakan kelayakan saya.

Tembakan rekrut tidak jadi apabila postur mereka tidak betul atau apabila mereka tidak dapat mengawal pernafasan mereka. Jurulatih saya, Pegawai Waran 1 (1WO) Izzil, tidak membiarkan saya membuat kesilapan yang sama dan memerhatikan postur saya dengan teliti sepanjang latihan tersebut.

"Bidik, tarik nafas, hembus nafas perlahan-lahan, tahan nafas sebentar dan petik picu pistol," beliau mengulang.

Walaupun terpaksa menahan pada posisi yang sukar dengan siku berada di atas tanah yang keras dan senapang berat di atas bahu, yang peliknya saya berasa tenang dan berada dalam kawalan. Saya layak dengan markah penuh lapan markah daripada lapan, di samping teruja dengan pencapaian cemerlang penembakan secara langsung dan kesedaran bahawa 1WO Izzil boleh menjadi guru yoga yang hebat.

Berbekalkan arahan yang jelas daripada 1WO Izzil, saya lulus tembakan kelayakan saya dengan markah penuh.

Keadaan semakin serius

Prestasi saya dalam ujian penembakan secara langsung yang berikutnya, bagaimanapun, mengecewakan.

Para rekrut dinilai pada empat kedudukan penembakan, dengan empat peluru pada setiap posisi untuk kemungkinan jumlah markah yang diterima ialah 16. Posisinya ialah fox hole; tertiarap tidak disokong; dan mencangkung atau melutut pada 100m; dan berdiri pada 50m.

Mereka kemudiannya memulakan tembakan yang sama pada waktu malam untuk kemungkinan mencatat markah 32.

Tembakan waktu siang sudah cukup untuk saya. Sebaik sahaja saya mengambil posisi pertama saya di fox hole, saya tahu sesuatu telah berubah di antara 7214 dan saya.

"Dia" berasa lebih berat dan lebih membebankan berbanding sebelum ini. Dalam kata-kata lain, saya semakin letih selepas sehari menembak.

Saya mengambil lebih lama untuk pulih semula daripada setiap tembakan yang menganjal dan lengan saya yang letih mula goyang.

Pada masa itu saya sudah sampai ke tembakan berdiri 50m yang akhir, lengan saya tidak sabar untuk melepaskan senapang 4kg tersebut. "Mara ke hadapan! Berdiri tegak!" 1WO Izzil memberi amaran.

Saya melengkapkan latihan dengan markah 12 daripada 16.

Mengambil tembakan berdiri 50m dengan para rekrut di Pulau Tekong. Lengan saya sudah sengal-sengal ketika itu.


"Anda melakukan tembakan dengan bagus tetapi apabila sampai ke tembakan keempat (dalam setiap kedudukan), anda mahu mengalah," kata 1WO Izzil. "Seorang penembak yang berpengalaman akan terus fokus sehingga tembakan terakhir."

Walaupun saya kecewa, saya sedar bahawa tidak realistik bagi saya untuk mempunyai prestasi yang bagus tanpa melalui latihan fizikal seperti para rekrut lain.

Adakah saya dilahirkan untuk menjadi seorang ahli tembak? Tidak. Tetapi adakah saya menunjukkan prestasi yang baik dalam kursus kilat komprehensif yang saya ambil? Ya memang betul sekali.

SSG Azhar malahan menepuk tangan saya dengan riang kerana berjaya lulus, jadi saya tidak berasa saya ini menghampakan.

Sambil saya menanggalkan topi dan ves galas beban untuk menyediakan diri untuk rehat, 1WO Izzil mengingatkan saya tentang perkara akhir yang saya patut lakukan: "Selepas seharian dengan raifal anda, bagaimana anda harus menjaganya?

"Anda harus mencucinya!"

Tugas akhir untuk hari ini: mencuci raifal saya.

Saksikan aksi Thrina di sini:

Tags 2019-ops
Suggested Reading
与新加坡武装部队系统管理飞镖选手一起追求完美 Feature
与新加坡武装部队系统管理飞镖选手一起追求完美
PEOPLE
SASARKAN YANG TERBAIK DENGAN PEMAIN DART SAFSA Feature
SASARKAN YANG TERBAIK DENGAN PEMAIN DART SAFSA
PEOPLE
Aim for perfection with SAFSA darts players Feature
Aim for perfection with SAFSA darts players
PEOPLE
27-Dec-19

Military Expert (ME) 4 Andrew Ho and ME3 Devarajan give tips on the art of darts.

与S.UTAMA少校一起攀岩 Feature
与S.UTAMA少校一起攀岩
PEOPLE
MENDAKI KE PUNCAK DENGAN MEJAR S. UTAMA Feature
MENDAKI KE PUNCAK DENGAN MEJAR S. UTAMA
PEOPLE
Scaling heights with Major S. Utama Feature
Scaling heights with Major S. Utama
PEOPLE
20-Dec-19

Champion rock climber Major (MAJ) S. Utama shows you how to conquer a climbing wall.

2019年新加坡武装部队的九大新闻 Feature
2019年新加坡武装部队的九大新闻
OPS & TRAINING
17-Dec-19

随着2019年接近尾声,国峰报回顾了本年度国防部/新加坡武装部队最重要的九个新闻和事件。

BERITA SAF 9 TERATAS BAGI 2019 Feature
BERITA SAF 9 TERATAS BAGI 2019
OPS & TRAINING
17-Dec-19

Ketika tahun ini menghampiri penghujungnya, PIONEER mengimbau kembali sembilan daripada berita dan peristiwa MINDEF/SAF yang paling penting pada 2019.

追随我祖父和父亲的脚步
追随我祖父和父亲的脚步
PEOPLE
MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA
MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA
PEOPLE