MENDENGARKAN SORAKAN PERPADUAN

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/ebf1c28e-555f-4bd4-abb4-c6596d0bcc1a/news2_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ebf1c28e-555f-4bd4-abb4-c6596d0bcc1a-oYEOcG- /web/wcm/connect/pioneer/ebf1c28e-555f-4bd4-abb4-c6596d0bcc1a/news2_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ebf1c28e-555f-4bd4-abb4-c6596d0bcc1a-oYEOcG- /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2020-Q3/malay/03aug20_news2-ms
03aug20_news2-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2020-Q3/malay/03aug20_news2-ms
03 Aug 2020 | COMMUNITY

MENDENGARKAN SORAKAN PERPADUAN

Bagaimanakah bunyi perpaduan kepada anda?

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH TIMOTHY SIM, PIONEER PHOTOGRAPHERS DAN EXCO NDP

English 华文
English 华文
Pesawat F-15SG terbang dalam formasi delta melintasi Marina Bay Sands.

Pada 9 Ogos, warga Singapura di pelosok pulau akan mendengar Sorakan Perpaduan bersama-sama, ketika enam jet pejuang F-15SG Angkatan Tentera Udara Republik Singapura terbang ke udara untuk membawa perayaan Hari Kebangsaan lebih dekat ke kediaman semua orang.

Untuk pertama kalinya di Perarakan Hari Kebangsaan (NDP), jet pejuang akan terbang ke pelosok pulau selepas mengangkat tabik kepada Presiden semasa perarakan di Padang pada waktu pagi.

Formasi enam kapal akan mula-mula memberi penghormatan kepada petugas penjagaan kesihatan barisan hadapan dan pekerja penting dengan penerbangan melintasi lapan hospital kerajaan dan hospital disusun semula, Hospital yang terlibat ialah Hospital Tan Tock Seng, Hospital Besar Seng Kang, Hospital Besar Changi, Hospital Khoo Teck Puat, Hospital Besar Ng Teng Fong, Hospital Universiti Kebangsaan, Hospital Alexandra dan Hospital Besar Singapura.

Ia kemudiannya akan membuat tiga pusingan di sekeliling pulau, meliputi semua kawasan yang berbeza di pelosok pulau.

Jet pejuang akan memberi penghormatan kepada petugas penjagaan kesihatan dan pekerja penting di hospital sebagai sebahagian daripada Sorakan Perpaduan.

"Kami ingin membawa Sorakan Perpaduan kepada Warga Singapura di rumah (di mana mereka akan) berupaya melihat dan mendengar, dan memberi penghormatan kepada pejuang barisan hadapan kita yang kekal berjuang menentang COVID-19 dan pekerja-pekerja penting yang menggerakkan ekonomi dan negara kita dalam tempoh ini.

"Kami menyanjung ketahanan, dedikasi dan pengorbanan mereka," kata Leftenan Kolonel (LTC) Tan Boon Hong, Timbalan Pengerusi Penyertaan Udara dan Marsyal Pertunjukan Penerbangan. Beliau menyelia perancangan untuk semua pesawat udara yang menyertai, termasuk helikopter CH-47D Chinook dan AH-64D Apache yang terbabit dalam terbang lintas hormat bendera negara Kibarkan Bendera Kita.

Memastikan ruang udara kita selamat

Keseluruhan pertunjukan akan mengambil masa selama 30 minit, bermula pada 10.45am di Padang, dan meliputi 170 batu nautika. Ini menandakan laluan paling panjang dan waktu terbang paling lama oleh jet pejuang di NDP.

Walaupun ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi jet pejuang untuk terbang dalam formasi rapat, dan anak-anak kapal selalu menjalankan latihan untuknya, inilah pertama kali mereka akan terbang dalam formasi melintasi pelosok pulau.

Memandangkan mereka akan terbang pada kelajuan lebih kurang 600 kilometer sejam di sekeliling bangunan pada ketinggian pelbagai, adalah penting untuk memastikan keselamatan anak-anak kapal udara dan orang ramai, kata LTC Tan, 46.

LTC Tan menyelia perancangan semua pesawat udara yang menyertai NDP, termasuk helikopter yang terlibat dalam terbang lintas hormat bendera negara.

"Kami terpaksa membahagikan ruang udara untuk mereka terbang. Jadi kami berunding dengan CAAS (Penguasa Penerbangan Awam Singapura) untuk mendapatkan ruang udara dan mengisytiharkan TRA (Kawasan Larangan Sementara). Ini untuk memastikan hanya juruterbang dan pesawat udara berada di udara, dan kita tidak boleh mempunyai situasi di mana mereka bertembung dalam aktiviti udara yang tidak dibenarkan," dia menerangkan.

"Kami juga bekerjasama dengan skuadron untuk memastikan sekiranya ada masalah kecil atau pincang tugas pada pesawat udara, agar ia boleh terbang meninggalkan kawasan dengan selamat bagi menangani situasi."

Bekerja rapat dengan LTC Tan untuk memastikan anak-anak kapal boleh terbang dengan selamat ialah Penyelaras Pengurusan Ruang Udara NDP Kapten (CPT) Daniel Heng. Pegawai Perang Udara berusia 26 tahun (Pengawal Lalu Lintas Udara) bertindak sebagai Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) untuk pesawat yang membuat persembahan untuk NDP, memandu mereka ke lokasi mereka.

CPT Heng bertindak sebagai GPS untuk pesawat yang berada di udara, memastikan mereka sampai ke tempat pemeriksaan dengan selamat.

CPT Heng menerangkan: "Kali ini, kami juga menyaksikan penyertaan helikopter, yang melalui laluan yang lebih jauh. Sepanjang penerbangan, kami perlu memastikan terdapat pemisahan ketinggian, agar keselamatan tidak dikompromi. Jet pejuang juga perlu boleh berlepas dan mendarat dengan selamat apabila perlu."

Disebabkan ruang udara yang diperlukan oleh pesawat udara ketika terbang ke pelosok pulau sangat luas, dia juga perlu memastikan ruang udara bebas untuk mereka terbang. "Singapura mempunyai banyak lapangan terbang serta pangkalan udara dengan ruang udara sendiri yang diperuntukkan. Kami semua berkongsi ruang yang kecil jadi kami perlu menguruskan ia dengan selamat dan ketat, di dalam RSAF dan dengan CAAS," dia berkata.

Memberi penghormatan kepada petugas penjagaan kesihatan kita

Kurang daripada seminggu menjelang NDP, anak-anak kapal udara mengalami tekanan untuk menjalankan latihan mereka dengan betul agar mereka boleh sampai ke tempat pemeriksaan mereka dengan tepat semasa Perarakan. Begitu juga tekanan yang dihadapi oleh Ketua Penerbangan dan Ketua Perancang 142 Skuadron (SQN), CPT Adam Eng, 29. Pegawai Sistem Senjata (Pejuang) bertanggungjawab atas perancangan misi untuk F-15SG, menentukan butiran seperti laluan penerbangan dan ketinggian penerbangan, serta menguji dan melaksanakan rancangan. Di samping itu, dia juga akan mengetuai formasi dan terbang di dalam pesawat pertama.

CPT Tang menjalankan pemeriksaan pra penerbangan ke atas pesawat F-15SG.

Dan mereka perlu bersedia untuk satu lagi musuh – hujan monsun Singapura yang terkenal.

"Kebimbangan utama yang kita hadapi ialah cuaca tidak menentu. Formasi delta enam kapal yang kami terbangkan ini amat memerlukan penumpuan daripada anak-anak kapal. Dan kami perlu melakukannya dengan setepat-tepatnya apabila tiba ke pusat pertunjukan, tepat pada masa dan tepat pada sasaran. Kami perlu menumpukan kepada mengekalkan formasi ketat kami dengan selamat, dan cuaca yang buruk akan menghalang pandangan kami sambil kami terbang,"

Peserta pertama kali NDP juruterbang F-15 Leftenan (LTA) Shidan Swah bersetuju, menambah bahawa kerja berpasukan menjadi kunci kepada menganjurkan persembahan yang bagus.

"Tiada siapa yang 'berada di sebalik tabir' untuk laluan ini; kami boleh dilihat sepanjang masa. Kami perlu bekerja bersama-sama untuk mengekalkan formasi sepanjang penerbangan. Laluan ini juga mempunyai banyak selekoh. Sambil kami berpusing, (bergantung kepada sama ada kita berada di dalam atau di luar selekoh) kita perlu melakukan aksi berbeza untuk melalui selekoh sambil kekal dalam formasi."

Mengambil bahagian dalam terbang lintas hormat istimewa baginya atas sebab lain – kedua-dua ibu bapanya bekerja dalam industri penjagaan kesihatan. Dan dia tidak sabar menanti untuk terbang melintasi Hospital Tan Tock Seng.

Kata anggota berusia 26 tahun itu yang mempunyai anak perempuan berusia lapan bulan: "Ia bermakna bagi saya kerana saya dapat terbang melalui hospital di mana ibu saya menghabiskan hampir keseluruhan kariernya di situ, di mana saya banyak meluangkan masa zaman kanak-kanak saya ketika saya melawatnya di sana.

LTA Swah gembira menyertai terbang lintas hormat memberi penghormatan, kerana kedua ibu bapanya bekerja dalam industri penjagaan kesihatan.
Tags 2020-com
Suggested Reading
2020. MENGIMBAS SEMULA TAHUN SAF Feature
2020. MENGIMBAS SEMULA TAHUN SAF
COMMUNITY
2020年:新加坡武装部队年度回顾 Feature
2020年:新加坡武装部队年度回顾
COMMUNITY
2020: SAF Year in Review Feature
2020: SAF Year in Review
COMMUNITY
30-Dec-20

While many may be glad to say goodbye to 2020, there has been some bright spots in this rollercoaster of a year. PIONEER takes a look back at positive and uplifting MINDEF/SAF stories as Singapore soldiers trudge on through the COVID-19 pandemic.

ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55,  DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55, DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
COMMUNITY
陆军庆祝成立55周年,首次举办虚拟展览
陆军庆祝成立55周年,首次举办虚拟展览
COMMUNITY
Army marks 55th anniversary, holds first ever virtual exhibition
Army marks 55th anniversary, holds first ever virtual exhibition
COMMUNITY
01-Dec-20

There's a whole host of activities and games for everyone in the family at the Army 55 virtual exhibition.

我们心中的2020年国庆庆典
我们心中的2020年国庆庆典
COMMUNITY
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
COMMUNITY
NDP 2020 in our hearts
NDP 2020 in our hearts
COMMUNITY
27-Aug-20

"This was what we set out to achieve when COVID-19 hit us – to organise an NDP that would rally and unite Singaporeans."

退役的新加坡武装部队军犬重获新生 Feature
退役的新加坡武装部队军犬重获新生
COMMUNITY