MENGIBARKAN BENDERA KITA TINGGI DI SELURUH PELOSOK PULAU

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/0df25cba-5d65-4eed-946f-f8797b75966d/news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-0df25cba-5d65-4eed-946f-f8797b75966d-oYEO64i /web/wcm/connect/pioneer/0df25cba-5d65-4eed-946f-f8797b75966d/news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-0df25cba-5d65-4eed-946f-f8797b75966d-oYEO64i /web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/community/2020-Q3/malay/03aug20_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/community/2020-Q3/malay/03aug20_news1-ms
03aug20_news1-ms
03 Aug 2020 | COMMUNITY

MENGIBARKAN BENDERA KITA TINGGI DI SELURUH PELOSOK PULAU


// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE & TIMOTHY SIM

English 华文
English 华文
Helikopter Chinook yang diiringi dua helikopter Apache mengibarkan bendera negara ke pelosok pulau. [Foto: Deepan Nicholas]

Rindu berkelah di Marina Barrage tahun ini untuk menyaksikan terbang lintas hormat bendera negara pada Hari Kebangsaan tahun ini? Usah bimbang, kerana anda masih boleh menyaksikan terbang lintas hormat ini. Yang paling bagus? Anda tidak perlu meninggalkan rumah!

Terbang lintas hormat bendera negara yang merupakan acara Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) kegemaran orang ramai, akan lebih dekat dengan warga Singapura dalam segmen Kibarkan Bendera Kita di NDP 2020.

Buat pertama kalinya, ketika lagu kebangsaan dimainkan semasa perarakan di Padang pada waktu pagi, dua helikopter CH-47D Chinook yang membawa bendera negara, masing-masing diiringi sepasang helikopter AH-64D Apache, akan bergerak ke pelosok pulau melalui dua laluan.

Laluan timur akan menyaksikan satu Pasukan Bendera Negara terbang melintasi Padang sebelum terbang melalui sempadan timur Singapura, melalui kawasan-kawasan seperti Marine Parade, Bedok, Punggol East, Seletar dan Yishun, sebelum mendarat di Pangkalan Udara Sembawang.

Pasukan Bendera Negara laluan barat akan melalui Sentosa, Jurong East, Choa Chu Kang, Woodlands dan Ang Mo Kio. Ia juga akan menamatkan perjalanannya di Pangkalan Udara Sembawang.

Petugas tentera melipat bendera negara. Seramai 25 anggota memerlukan 45 hingga 120 minit untuk melipat bendera bersaiz 30m kali 20m.

Terbang lintas hormat akan bermula pada 10.30am dan berakhir pada 11.25am. Dalam tahun-tahun terdahulu, terbang lintas hormat NDP adalah selama lebih kurang 10 minit, apabila helikopter Chinook dan Apache membawa bendera negara ke tempat perarakan dan kembali ke pangkalan udara.

Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-50 bendera negara dikibarkan di NDP. Semasa kemunculannya buat kali pertama pada tahun 1970, bendera berukuran 3m kali 2m diterbangkan menggunakan helikopter Alouette. Helikopter Chinook mula mengibarkan bendera negara dari 2001.

Helikopter Chinook mula membawa bendera negara dari 2001, membuatkan ini kemunculannya yang ke-20 di NDP.

Keselamatan didahulukan

Oleh kerana ini adalah kali pertama helikopter Chinook dan Apache Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan membawa bendera negara berukuran 30m kali 20m ke pelosok pulau, perancangan yang rapi diperlukan untuk memastikan misi ‘Kibarkan Bendera Kita’ selamat dan berjaya, kata Timbalan Marsyal Pertunjukan Penerbangan Kapten (CPT) Eugene Chua.

"Keselamatan penting dalam semua operasi penerbangan, jadi (merancang untuk ini) tidak ada bezanya daripada serangan udara harian yang lain. (Bagaimanapun,) kali ini, apabila kami membawa bendera ke seluruh pelosok pulau, terdapat pertimbangan lain berkenaan dengan kelegaan bendera dari halangan di bawah dan dari bangunan. Jadi kami perlu terbang melalui kawasan yang selamat agar tidak membahayakan penonton yang menyaksikannya dari bawah, serta memastikan keselamatan pesawat," terang pegawai berusia 32 tahun itu. Dia menambah bahawa pesawat udara tidak akan terbang di antara bangunan.

Sebagai sebahagian daripada perancangan profil penerbangan, pengesan kapal terbang telah dihantar ke blok HDB dan kawasan terbuka untuk memperhalusi laluan dan dan ketinggian penerbangan, bagi memastikan pendedahan kepada terbang lintas hormat akan dimaksimumkan dan lebih banyak warga penduduk di bahagian pedalaman boleh menyaksikannya.

Pengalaman CPT Chua menerbangkan helikopter Apache di beberapa NDP membantu peranannya sekarang sebagai Timbalan Marsyal Pertunjukan Penerbangan.

Menyertai NDP bukanlah sesuatu yang asing bagi CPT Chua - juruterbang helikopter Apache ini telah turut serta sebagai sebahagian daripada Pasukan Bendera Negara sebanyak tiga kali, mengiringi helikopter Chinook ketika ia membawa bendera negara ke tempat perarakan. Pengalaman tersebut amat berguna kepada peranan baharunya mengawal pesawat, dia berkata.

"Pengalaman saya membantu saya memahami perspektif udara dan apa yang terjadi ketika berada di udara, (jadi saya tahu) apakah pertimbangan juruterbang semasa kami mengawal mereka dari darat. Saya juga boleh mengira masa yang tepat untuk mereka muncul di pusat pertunjukan. Ia memudahkan saya untuk menyampaikan arahan dan perubahan masa kepada mereka."

Memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan kita

ME2 Sukhdesh mengimbas langit untuk memastikan laluan penerbangan selamat untuk helikopter Chinook dan untuk mengiringi helikopter Apache.

Seperti CPT Chua, Jurutera Angkatan Tentera Udara Pakar Tentera (ME) 2 Sukhdesh Singh Sandhu, 35, ialah veteran NDP. Dia telah menyertai lima NDP, dan ini merupakan penyertaan kali keempat sebagai jurutera penerbangan Chinook. Menerbangi laluan barat, peranannya adalah untuk mengawasi Chinook dan memastikan pesawat yang terbang dalam formasi mengekalkan jarak yang selamat, di samping memantau pesawat terbang tanpa pemandu dan burung yang mungkin memasuki laluan helikopter.

Bagaimanapun, NDP tahun ini istimewa baginya kerana ia merupakan penghormatan kepada bapanya seorang petugas penjagaan kesihatan. Bapanya, Encik Satpal Singh Sandhu, 66, merupakan pegawai bertugas kejururawatan di Hospital Khoo Teck Puat yang menjaga pesakit COVID-19.

Oleh kerana mereka duduk bersama, mereka terpaksa berkorban agar kerja mereka dalam operasi kritikal tidak akan dikompromi. "Untuk memastikan kami tidak mencemar silang satu sama lain, kami menyusun jadual kami agar tidak bertembung. Bapa saya mengambil giliran malam agar saya boleh mengambil mana-mana giliran dalam kitaran tugas saya. Dengan cara ini, hanya salah seorang daripada kami akan berada di rumah pada satu-satu masa," terang ME2 Sukhdesh. Bapa dan anak yang rapat ini telah mengehadkan perhubungan kepada panggilan Facetime dan mesej teks.

Walaupun begitu, ME2 Sukhdesh gembira kerana perayaan Hari Kebangsaan boleh diteruskan: "Ia sungguh bermakna apabila saya dapat menyumbang kembali kepada petugas barisan hadapan, termasuk bapa saya, dan orang lain yang menyumbang begitu banyak sekali kepada Singapura (dalam menentang pandemik ini)."

CPT Tang menjalankan pemeriksaan pra penerbangan atas helikopter Chinook. Dia merupakan juruterbang wanita pertama Chinook, dan pada NDP tahun ini, yang pertama sebagai peserta.

Membawa bendera lebih dekat kepada warga Singapura

Menyertai NDP buat pertama kalinya ialah juruterbang helikopter Chinook CPT Trixie Tang. Pegawai berusia 31 tahun itu juga merupakan juruterbang wanita pertama helikopter Chinook RSAF'.

Dia telah menawarkan diri untuk mengambil bahagian dalam NDP tahun lepas, sebelum perarakan itu terpaksa diubah suai kerana COVID-19. Bagaimanapun, keadaan sekarang ini hanya mengukuhkan tekadnya untuk mengibarkan dengan tinggi bendera untuk warga Singapura.

"Tahun ini, warga Singapura tidak dapat pergi ke Padang untuk menyaksikan terbang lintas hormat. Harap-harap apabila kami terbang ke pelosok pulau, mereka akan dapat melihat kami. Ia akan membantu semua orang meraikan Hari Kebangsaan bersama-sama," katanya.

“Saya berbangga dan berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk menyumbang kembali kepada Singapura di samping juga menyumbang kepada warga Singapura. Ia menjadi bukti kepada latihan yang kami jalani kerana (mengibarkan bendera negara di perarakan) merupakan salah satu daripada acara kemuncak bagi helikopter Chinook."

 

Tags 2020-com
Suggested Reading
2020. MENGIMBAS SEMULA TAHUN SAF Feature
2020. MENGIMBAS SEMULA TAHUN SAF
COMMUNITY
2020年:新加坡武装部队年度回顾 Feature
2020年:新加坡武装部队年度回顾
COMMUNITY
2020: SAF Year in Review Feature
2020: SAF Year in Review
COMMUNITY
30-Dec-20

While many may be glad to say goodbye to 2020, there has been some bright spots in this rollercoaster of a year. PIONEER takes a look back at positive and uplifting MINDEF/SAF stories as Singapore soldiers trudge on through the COVID-19 pandemic.

ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55,  DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55, DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
COMMUNITY
陆军庆祝成立55周年,首次举办虚拟展览
陆军庆祝成立55周年,首次举办虚拟展览
COMMUNITY
Army marks 55th anniversary, holds first ever virtual exhibition
Army marks 55th anniversary, holds first ever virtual exhibition
COMMUNITY
01-Dec-20

There's a whole host of activities and games for everyone in the family at the Army 55 virtual exhibition.

我们心中的2020年国庆庆典
我们心中的2020年国庆庆典
COMMUNITY
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
COMMUNITY
NDP 2020 in our hearts
NDP 2020 in our hearts
COMMUNITY
27-Aug-20

"This was what we set out to achieve when COVID-19 hit us – to organise an NDP that would rally and unite Singaporeans."

退役的新加坡武装部队军犬重获新生 Feature
退役的新加坡武装部队军犬重获新生
COMMUNITY