PASUKAN PERUBATAN SAF MENYOKONG SUMBANGAN BANTUAN S'PURA KEPADA GAZA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/7317273c-0792-42c2-b4d5-9030b1e6b01a/05feb24_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-7317273c-0792-42c2-b4d5-9030b1e6b01a-oYYmzCU /web/wcm/connect/pioneer/7317273c-0792-42c2-b4d5-9030b1e6b01a/05feb24_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-7317273c-0792-42c2-b4d5-9030b1e6b01a-oYYmzCU /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2024-Q1/malay/05feb24_news1_ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2024-Q1/malay/05feb24_news1_ms
05feb24_news1_ms
05 Feb 2024 | OPS & TRAINING
English 华文

PASUKAN PERUBATAN SAF MENYOKONG SUMBANGAN BANTUAN S'PURA KEPADA GAZA

// KISAH TEO JING TING // FOTO KENNETH LIN & IHSAN MEREKA YANG DITEMU DUGA

English 华文
LTC (Dr) Nazirul (kiri) dan ME3 Woo berasa gembira kerana dapat memainkan peranan menghulurkan bantuan kemanusiaan Singapura untuk Gaza.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang tak seimbang pemakanannya mengalami jangkitan teruk pada tunggul kaki kanannya. Seorang wanita berusia 22 tahun dengan jangkitan pada kaki kanan yang diamputasi.

Ini adalah beberapa mangsa kecederaan yang ditemui Leftenan Kolonel (LTC) (Dr) Nazirul Hannan Bin Abdul Aziz dan Pakar Tentera (ME) 3 Jimmy Woo semasa pengerahan mereka ke kapal pengangkut helikopter Perancis FS Dixmude, sebuah kapal hospital yang dikonfigurasikan semula yang berlabuh di Pelabuhan El-Arish di Mesir.

"Ini adalah senario yang jarang dilihat setiap hari di Singapura, tetapi ia merupakan kejadian yang biasa di sana," kata LTC (Dr) Nazirul, 35.

LTC (Dr) Nazirul (dua dari kanan) dan ME3 Woo (kanan sekali) berinteraksi dengan pasukan perubatan Angkatan Tentera Perancis sebelum menaiki kapal FS Dixmude. [Foto: Kedutaan Singapura di Kaherah]

Pakar bertauliah dalam perubatan kecemasan, LTC (Dr) Nazirul merupakan Ketua Cawangan Operasi di Institut Perubatan Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

ME3 Woo ialah pakar operasi perubatan utama dalam Flotilla Perubatan Tentera Laut Republik Singapura. Pegawai berusia 38 tahun itu juga pakar sebagai jururawat skrub dewan bedah serta dalam latihan peribedah.

Mereka adalah di kalangan dua orang pasukan perubatan SAF yang dihantar ke Mesir untuk membantu rawatan mangsa, bagi menyokong sumbangan bantuan kemanusiaan Singapura kepada Gaza, atas jemputan Angkatan Bersenjata Perancis.

LTC (Dr) Nazirul (kiri) menyediakan talian intravena (IV) untuk pesakit yang akan menerima antibiotik IV.

Mengatasi kekangan bahasa

Kedua-dua lelaki itu meninggalkan Singapura pada 17 Jan dan tiba di kapal FS Dixmude sehari kemudian, selepas hampir 24 jam dalam perjalanan.

Sebelum sempat menyesuaikan diri, mereka diaktifkan untuk menangani sekumpulan mangsa yang tiba di kapal pada malam itu.

"Latihan perubatan kami bermula dengan segera. Kami berfokus kepada apa yang perlu dilakukan dan apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyelesakan (mangsa)," kata LTC (Dr) Nazirul.

Kekangan bahasa adalah cabaran segera yang dihadapi oleh pasangan tersebut. Bahasa Perancis adalah bahasa komunikasi utama di kalangan pasukan perubatan manakala kebanyakan pesakit bertutur dalam bahasa Arab. Hanya segelintir sahaja yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris yang ringkas.

ME3 Woo (beruniform biru) membersih dan membalut luka untuk seorang mangsa.

Walaupun begitu, kedua-dua LTC (Dr) Nazirul dan ME3 Woo tidak berasa terganggu dan memanfaatkan pengalaman perubatan mereka untuk merawat mangsa yang terkorban di kawasan triaj, yang berfungsi seakan-akan jabatan Kemalangan & Kecemasan kapal itu.

"Langkah-langkah untuk merawat dan membalut luka adalah sama di mana-mana negara anda berada, oleh itu kami hanya berkomunikasi dengan mengguna isyarat tangan," kata ME3 Woo.

Menurut LTC (Dr) Nazirul lagi: "Bahasa adalah hanya satu peralatan dan kami berasa gembira menemui ruang untuk menyumbang tenaga."

LTC (Dr) Nazirul (kiri) berinteraksi dengan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu sebelum pembedahannya.

Merawat mangsa

Di kalangan ramai pesakit yang dirawat oleh pasukan perubatan SAF adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun, yang menjadi tak keruan semasa tiba di kapal. Kaki kanannya diamputasi dan dia sedang mengalami jangkitan yang teruk.

Kanak-kanak perempuan ini mengalami  kesakitan, ketakutan dan keresahan, dan tidak membenarkan sesiapa menyentuhnya. Akhirnya, dia terpaksa dibius untuk dirawat.

LTC (Dr) Nazirul menyedari jangkitan budak itu tahan ubat dan akhirnya terpaksa menjalani pembedahan. "Ini adalah sesuatu yang tidak akan berlaku di Singapura dan merupakan satu kes yang sungguh tragis."

Bagi ME3 Woo, pesakit yang meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya adalah seorang wanita berusia 22 tahun dengan jangkitan pada kaki kanan yang diamputasi. Dia terkena serpihan dan kakinya terpaksa diamputasi apabila terjangkit.

"Dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris yang ringkas dan saya mendapat tahu dia belajar bahasa itu semasa menuntut pengajian hubungan antarabangsa di sebuah universiti di Gaza. Saya berasa sayu melihat keadaannya memandangkan masa depannya yang cerah sebelum ditimpa kecederaan ini," kata ME3 Woo.

Membuat kawan ME3 Woo (kiri) bersama dengan seorang pesakit di kapal.

Semangat yang cekal dan tak luntur

Walaupun melalui kengerian perang, kebanyakan mangsa perang masih mengekalkan pandangan positif dalam kehidupan – pembelajaran yang dibawa pulang oleh kedua-dua lelaki dari pengerahan mereka.

"Sebagai personel perubatan, kami akan tertarik dengan emosi dan situasi pesakit dan tertanya-tanya bagaimanakah masa depan mereka.

"Pada masa yang sama, saya melihat mereka begitu tabah dan positif walaupun melalui semua kesulitan – ada juga yang turut bermain bola keranjang bersama-sama kami apabila mereka berasa lebih sihat!" kata LTC (Dr) Nazirul.

Tambah ME3 Woo: "Kami menimba kekuatan daripada mereka dan mengingatkan diri inilah sebabnya mengapa kami melakukan semua yang kami upaya lakukan – tanpa mengambil kira kesukaran tugas, ia memang berbaloi."

LTC (Dr) Nazirul (dua dari kanan) berbual dengan pesakit untuk membangkitkan semangat mereka.

Mengibarkan bendera Singapura dengan bangga

Merawat mangsa di kapal juga ada cabaran yang sama, tetapi LTC (Dr) Nazirul dan ME3 Woo berasa gembira kerana menjalani pengerahan tersebut.

Mereka berasa bangga untuk mengatakan mereka berasal dari Singapura apabila ditanya dan semua orang di kapal itu  –  pasukan perubatan dan pesakit  –  berasa kagum dengan perjalanan jauh mereka untuk ke sana.

"Kami perlu menaikkan bendera kami kerana kapal tersebut dipenuhi dengan warga dari banyak negara lain.  Cara kami membawa diri kami adalah amat penting," kata ME3 Woo.

LTC (Dr) Nazirul (tengah) dan ME3 Woo (kanan) menyampaikan buku peringatan dan plak kepada kapten kapal FS Dixmude, Kapten Alexandre Blonce (kiri).

Keamanan tidak diperoleh dengan sewenang-wenangnya

Apabila Angkatan Bersenjata Perancis memutuskan untuk kapal meninggalkan Pelabuhan, ia menandakan tamatnya tempoh pengerahan dan mereka kembali ke Singapura pada 28 Jan.

Meskipun seronoknya berada di rumah, namun memori semasa pengerahan mereka di sana masih segar dalam ingatan.

Bagi LTC (Dr) Nazirul (kiri) dan ME3 Woo, pembelajaran utama yang diperoleh daripada pengerahan itu ialah betapa tingginya nilai keamanan, dan warga Singapura harus menghargai apa yang mereka ada.

Bagi LTC (Dr) Nazirul, interaksi dengan pesakitnya menyedarkan mereka tentang tragedi perang. Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memeluk ketat anak-anaknya, berumur 2 dan 4 tahun.

"Saya masih tidak memahami sepenuhnya mengapa, pada zaman ini, ramai yang harus melalui penderitaan ini.  Ia benar-benar tragis dan tiada siapa yang harus berada dalam keadaan itu," kata bapa kepada dua anak itu, yang akan menyambut anak ketiga tidak lama lagi.  

Bagi ME3 Woo, "keamanan tidak diperoleh dengan sewenang-wenangnya". Katanya lagi, warga Singapura harus banyak mengambil iktibar daripada anak-anak muda di Gaza.

"Ia adalah tentang menghargai apa yang kita ada, mempunyai daya tahan dan semangat yang cekal dan tidak luntur (untuk mempercayai), walaupun berada dalam keadaan yang buruk sekalipun, esok masih ada."

Tags 2023-ops
Suggested Reading
训练将在全新的新加坡武装部队军训城和战斗回路中开始
Cover story
训练将在全新的新加坡武装部队军训城和战斗回路中开始
OPS & TRAINING
28-Feb-24

从今年开始,随着三个新的器件化作战训练场和新加坡武装部队军训城的逐步开放,士兵们将能够进行更真实、更有效地训练。

LATIHAN AKAN BERMULA DI BANDAR SAFTI BAHARU & LITAR MEDAN TEMPUR
Cover story
LATIHAN AKAN BERMULA DI BANDAR SAFTI BAHARU & LITAR MEDAN TEMPUR
OPS & TRAINING
28-Feb-24

Mulai tahun ini, anggota tentera akan dapat berlatih dengan lebih realistik dan berkesan apabila tiga Litar Pertempuran Berinstrumen baharu dan Bandar SAFTI dibuka secara progresif.

Training set to begin in new SAFTI City & battle circuits
Cover story
Training set to begin in new SAFTI City & battle circuits
OPS & TRAINING
28-Feb-24

Starting this year, soldiers will be able to train more realistically and effectively as three new Instrumented Battle Circuits and SAFTI City progressively open up.

国防部购置8架F-35A战斗机;平台升级步入正轨 Feature
国防部购置8架F-35A战斗机;平台升级步入正轨
OPS & TRAINING
28-Feb-24

除了之前宣布购置12架F-35B外,还购置了8架全新的F-35A战斗机,这是建设强大新加坡武装部队的稳定、长期投资的一部分。

MINDEF AKAN PEROLEH 8 JET PEJUANG F-35A; NAIK TARAF PLATFORM SEDANG DIJALANKAN Feature
MINDEF AKAN PEROLEH 8 JET PEJUANG F-35A; NAIK TARAF PLATFORM SEDANG DIJALANKAN
OPS & TRAINING
28-Feb-24

Pemerolehan lapan jet pejuang F-35A baharu, sebagai tambahan kepada 12 jet pejuang F-35B yang diumumkan sebelum ini, merupakan sebahagian daripada pelaburan jangka panjang yang stabil untuk membina SAF yang kukuh.

MINDEF to acquire 8 F-35A fighter jets; platform upgrades on track Feature
MINDEF to acquire 8 F-35A fighter jets; platform upgrades on track
OPS & TRAINING
28-Feb-24

The acquisition of eight new F-35A fighter planes, in addition to 12 F-35Bs previously announced, are part of a steady, long-term investment to build a strong SAF.

新加坡武装部队医疗小组支持新加坡向加沙提供的援助工作
新加坡武装部队医疗小组支持新加坡向加沙提供的援助工作
OPS & TRAINING
05-Feb-24

Nazirul中校(医生)和 Jimmy Woo三级军事专才很高兴他们能够在新加坡对加沙的人道主义援助工作中起到一定作用。

SAF medical team supporting S'pore aid contributions to Gaza
SAF medical team supporting S'pore aid contributions to Gaza
OPS & TRAINING
05-Feb-24

LTC (Dr) Nazirul Hannan Bin Abdul Aziz and ME3 Jimmy Woo, who recently returned from their deployment in Egypt, share their experiences providing medical assistance to casualties from Gaza.

为新加坡空军部队飞行员优化视觉功能
为新加坡空军部队飞行员优化视觉功能
OPS & TRAINING
26-Jan-24

有近视的飞行员候选人可以选择接受赞助的眼科矫正手术。