PERKHIDMATAN DIGITAL DAN PERISIKAN MENYERTAI LATIHAN PERTAHANAN SIBER PERTAMA DENGAN AGENSI NEGARA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/4b4f0fa3-d531-4e97-98a3-bcd91f7c1d57/pnr16nov22_photo_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-4b4f0fa3-d531-4e97-98a3-bcd91f7c1d57-oYUBaF9 /web/wcm/connect/pioneer/4b4f0fa3-d531-4e97-98a3-bcd91f7c1d57/pnr16nov22_photo_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-4b4f0fa3-d531-4e97-98a3-bcd91f7c1d57-oYUBaF9 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2022-Q4/malay/16nov22_news1_ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2022-Q4/malay/16nov22_news1_ms
16nov22_news1_ms
16 Nov 2022 | OPS & TRAINING
English 华文

PERKHIDMATAN DIGITAL DAN PERISIKAN MENYERTAI LATIHAN PERTAHANAN SIBER PERTAMA DENGAN AGENSI NEGARA

KISAH TEO JING TING // FOTO CHAI SIAN LIANG

English 华文
(Dari kiri) ME5 Eugene Tay, ME6 William Teo dan 2SG Alden Wong dalam kalangan lebih 100 peserta daripada DIS dan 16 agensi kebangsaan yang mengambil bahagian dalam CIDeX yang sulung.

Meracuni loji rawatan air, menghentikan pengagihan air dan memutuskan bekalan kuasanya. Inilah seranmgan yang perlu ditangkis oleh 55 pembela siber dalam tempoh dua hari pada 15 dan 16 Nov.

Para peserta daripada Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan pelbagai agensi kebangsaan memainkan peranan sebagai pembela siber – juga dikenali sebagai Pasukan Biru – untuk mempertahankan infrastruktur digital latihan itu, yang merangkumi loji rawatan air, sebuah loji pengagihan air dan sistem grid kuasa.

Musuh mereka? Pasukan penyerang siber (Pasukan Merah) yang terdiri daripada warga kerja DIS dan Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).

Diadakan dari 15 hingga 16 Nov di Sekolah Pengkomputeran Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) sulung melibatkan lebih daripada 100 peserta daripada DIS dan 16 agensi kebangsaan lain merentasi sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal.

Ini adalah termasuk Penguasa Pengangkutan Darat; Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura; PUB; Sembcorp; Senoko Energy; SingTel; SMRT Corporation dan ST Engineering.

Sepanjang CIDeX, para peserta daripada DIS dan agensi kebangsaan menjalani latihan realistik dalam mempertahankan rangkaian siber serta memantau, mengesan dan menangani serangan siber.

Bercakap dengan media di NUS pada 16 Nov, Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong berkata CIDeX mengambil langkah yang betul untuk menangani ancaman dalam ruang digital dengan lebih baik.

"CIDeX membolehkan industri, agensi kerajaan dan sektor swasta untuk giat bersama menangani isu-isu biasa yang mengancam kita semua, terutamanya dalam bidang infrastruktur kritikal. Adalah amat penting untuk kita bekerjasama, lebih bersua mesra dan menjalani latihan bersama-sama."

Latihan realistik untuk pembela siber

Disokong oleh CSA, iTrust /Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapore serta Makmal R&D Keselamatan Siber Kebangsaan, CIDeX merupakan latihan pertahanan Infrastruktur Kritikal Operasi Teknologi (OT) terbesar yang berfokus pada latihan dan pengukuhan keupayaan siber WoG untuk mengesan dan menangani ancaman keselamatan siber terhadap Teknologi Maklumat dan rangkaian OT yang mengawal operasi infrastruktur kritikal.

Ini juga merupakan latihan pertama yang disertai DIS semenjak perasmiannya pada 28 Okt.

Ketua Sekretariat Penganjur untuk CIDeX, Pakar Tentera (ME) 6 William Teo berkata: "Kami mahu memberi pembela siber kami pengalaman yang realistik dalam mempertahankan negara semasa kami di bawah serangan siber.

"Kita perlu melatih mereka untuk bersiap sedia semasa krisis…kerana mempertahankan negara adalah tanggungjawab teras kita."

ME5 Tay (beruniform, berdiri) menyatakan CIDeX membolehkannya membina hubungan baik dengan rakan sejawatnya dan untuk belajar daripada satu sama lain.

Membina hubungan baik

Untuk menyediakan mereka dalam latihan ini, para peserta menjalani program latihan praktikal selama tiga hari di Pusat Ujian dan Penilaian Pertahanan Siber SAF yang dipertingkat di Kem Stagmont untuk membangun dan mengasah kecekapan pertahanan siber mereka.

"Selain mengasah kemahiran mereka, kami juga mahu mereka membina hubungan baik kerana pertahanan siber adalah sukan berpasukan," kata ME6 Teo, 45.

Bagi ME5 Eugene Tay, latihan selama tiga hari itu bukan sahaja membantunya memahami peralatan dan protokol yang diperlukan oleh pembela siber, ia juga memberinya peluang untuk menjalin hubungan dengan warga kerja daripada agensi lain dan memahami kekuatan masing-masing.

"Rangkaian itu amat meluas dan setiap orang perlu berfokus pada kawasan yang berbeza, oleh itu komunikasi antara pasukan adalah begitu penting," kata ketua Pasukan Biru yang berusia 36 tahun itu.

"Serangan di satu kawasan mungkin bererti serangan juga berlaku serentak di sektor-sektor lain, justeru kami perlu berkongsi maklumat, berganding bahu untuk memastikan kami melindungi semua kawasan."

Latihan itu juga memberi masa kepada pembela siber untuk mencipta papan pemuka yang membantu mereka mengesan pencerobohan awal melalui trafik siber yang beranomali.

"Apabila kami mengesan sebarang anomali dalam trafik, kami akan menyiasat lebih lanjut dan menyiasat log rangkaian dengan mendalam untuk mengenal pasti serangan itu."

Seorang pembela siber DIS (duduk, tengah) sedang menjalankan sumbang saran dengan rakan sepasukannya tentang bagaimana untuk menangkis serangan.

Berfikir seperti penyerang

Sarjan Kedua (2SG) Alden Wong, yang berada dalam Pasukan Merah lawan, mengatakan pembela siber melebihi jangkaannya dalam menangkis serangan mereka.

"Kami tidak jangka mereka boleh bergiat dengan begitu baik, oleh itu kami terpaksa menyesuaikan sedikit serangan kami," kata 2SG Wong sambil bergelak.

Berada di pasukan lawan juga menyedarkan mereka dan membolehnya belajar daripada rakan sekerja serta pakar industri CSA.

"Banyak yang saya belajar daripada pengalaman ini dan menyertai CIDeX mengajar saya bagaimana untuk mencari dan mengaitkan kepingan itu dengan lebih baik, di samping berfikir sebagai penyerang," ujar pemain berusia 22 tahun itu.

BG Chen (dua dari kiri) dan Encik Keerthi (dua dari kanan) menandatangani CSA-DIS JOA di luar CIDeX. Bersama-sama mereka adalah Ketua Perkhidmatan Digital dan Perisikan (CDI) BG Lee Yi-Jin (kiri sekali) dan Ketua Eksekutif CSA David Koh

Menjamin keselamatan ruang siber negara

Untuk mewujudkan kerjasama erat dalam mempertahankan ruang siber Singapura, Perjanjian Operasi Bersama (JOA) di antara DIS dan CSA telah ditandatangani di luar latihan pada 16 Nov.

Ditandatangani oleh Ketua Siber Pertahanan Brigedier Jeneral (BG) Edward Chen dan Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan) CSA Gaurav Keerthi, perjanjian itu membentuk rangka kerja untuk kerjasama dan kolaborasi dalam operasi bersama dan pembangunan keupayaan.

Menurut BG Chen: "JOA antara CSA dan DIS merupakan suatu langkah penting ke hadapan dalam menginstitusikan kolaborasi berterusan kami dan meluaskan perkongsian kami dalam bidang seperti latihan siber bersama.

"Dengan bekerjasama dalam latihan siber berskala besar seperti CIDeX, kami menyediakan platform pembela siber negara kami untuk berlatih bersama dan mengukuhkan keupayaan kami untuk melindungi sistem infrastruktur kritikal kami di Singapura."

ME6 Teo juga berkata bahawa DIS akan meneliti kemungkinan untuk mengadakan latihan siber berskala lebih besar pada masa depan dengan penyertaan lebih banyak agensi.

"Dalam bidang pertahanan siber, kami perlu sentiasa berwaspada dan bersiap sedia semasa menghadapi krisis. Oleh yang demikian, kami akan terus berusaha sama dengan CSA, rakan kongsi kami dan WoG untuk memastikan ruang siber negara kita terselamat."

Tags 2022-ops
Suggested Reading
Self-defence tips to know in Close Combat
Cover story
Self-defence tips to know in Close Combat
OPS & TRAINING
16-Dec-22

How to turn your body into a weapon: Trainers from the Centre of Excellence for Soldier Performance (CESP) show us how soldiers are taught to fight effectively with just their bare hands.

SAF, KOR MARIN AS MENGERATKAN HUBUNGAN DALAM LATIHAN BERSAMA Feature
SAF, KOR MARIN AS MENGERATKAN HUBUNGAN DALAM LATIHAN BERSAMA
OPS & TRAINING
09-Dec-22

Latihan Valiant Mark berjaya dilengkapkan hari ini pada 9 Disember.

SAF, US Marine Corps strengthen ties at joint exercise Feature
SAF, US Marine Corps strengthen ties at joint exercise
OPS & TRAINING
09-Dec-22

Exercise Valiant Mark successfully concluded today on 9 December.

MENJADI ASKAR: KEM LAPANGAN PERTAMA
Cover story
MENJADI ASKAR: KEM LAPANGAN PERTAMA
OPS & TRAINING
18-Nov-22

Ini merupakan aktiviti yang harus dijalani oleh semua rekrut baharu ketika Latihan Asas Tentera (BMT) dalam perjalanan mereka untuk menjadi askar sebenar dalam Angkatan Bersenjata Singapura.

成为士兵:第一个野地营
Cover story
成为士兵:第一个野地营
OPS & TRAINING
18-Nov-22

这是所有基本军事训练 (BMT) 新兵在成为新加坡武装部队的一名真正军人之前必须通过的仪式。

Becoming soldiers: First field camp
Cover story
Becoming soldiers: First field camp
OPS & TRAINING
18-Nov-22

It's a rite of passage that all new recruits in Basic Military Training (BMT) must go through in their journey to becoming full-fledged soldiers in the Singapore Armed Forces.

国防数码防卫与情报军部队和政府机构一起参加首届网络防御演习
国防数码防卫与情报军部队和政府机构一起参加首届网络防御演习
OPS & TRAINING
16-Nov-22

The exercise focused on training and strengthening Whole-of-Government (WoG) cyber capabilities to detect and tackle cyber security threats.

Digital and Intelligence Service takes part in first cyber defence exercise with national agencies
Digital and Intelligence Service takes part in first cyber defence exercise with national agencies
OPS & TRAINING
16-Nov-22

The exercise focused on training and strengthening Whole-of-Government (WoG) cyber capabilities to detect and tackle cyber security threats.

Clearing the toughest SOC stations
Cover story
Clearing the toughest SOC stations
OPS & TRAINING
09-Nov-22

It's known as the Soldier's Playground but it ain't child's play. We get the low-down with the Centre of Excellence for Soldier Performance (CESP) to find out how it's done.