PEMAIN E-SUKAN MEMENANGI KEJOHANAN DUNIA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/71a74e95-5088-49de-b700-7b416e93cd44/21dec20_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-71a74e95-5088-49de-b700-7b416e93cd44-oYZl9Fl /web/wcm/connect/pioneer/71a74e95-5088-49de-b700-7b416e93cd44/21dec20_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-71a74e95-5088-49de-b700-7b416e93cd44-oYZl9Fl /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2020-Q4/malay/21dec20_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2020-Q4/malay/21dec20_news1-ms
21dec20_news1-ms
21 Dec 2020 | PEOPLE
English 华文

PEMAIN E-SUKAN MEMENANGI KEJOHANAN DUNIA

// BERITA THRINA THAM

// FOTO OLEH ONG JI XUAN

English 华文

Prebet (PTE) (NS) Charleston Yeo, yang lebih dikenali sebagai Scythe, iaitu nama dalam permainannya di komuniti e-sukan, mengganggotai pasukan yang merangkul Kejohanan Brawl Stars 2020.

1-UP-B-caption

Dia baru berjinak dalam dunia Brawl Stars yang kompetitif semasa bergabung di pertandingan kelayakan permainan video mudah alih tahun lalu. Pasukan Prebet (PTE) (NS) Charleston "Scythe" Yeo menduduki tempat ketiga setelah gagal untuk layak ke pusingan akhir.

Tetapi potensi bakatnya menarik perhatian saingannya, Nicholas "CoupDeAce" Ng dari pasukan yang memenangi kelayakan, yang terus menjemputnya untuk membentuk skuad baharu.

Bersama-sama Jerome "Response" Kwek, pasukan mereka, Brawlers PSG e-sports –ditandatangani oleh PSG Esports, sebuah kelab Perancis pada Mac ini – dan seterusnya memenangi besar di Pertandingan Akhir Dunia Brawl Stars pada November ini. Mereka berjaya memenangi hadiah wang berjumlah A$200,000 (kira-kira S $266,400).

PTE (NS) Yeo, yang akan menjalani pengajian perubatan di Universiti Monash pada tahun depan, kini berkhidmat sebagai Operator Pengangkutan dengan Batalion Pengangkutan Pertama.

Prebet berusia 20 tahun itu berkongsi tentang latihan permainannya, memori semasa di NS, dan sama ada persediaan canggih diperlukan untuk menjadi juara e-sukan:

1. Bagaimana anda menyertai e-sukan?

Saya mula bermain Vain Glory secara bersahaja pada tahun 2015. Semakin banyak anda bermain, semakin tinggi pangkat anda, dan saya mula bermain dengan pemain yang lebih terkenal di rantau ini. Saya bermain dengan agak baik dan mengambil kesempatan untuk bermain secara kompetitif.

Tetapi pada tahun 2017 saya memasuki maktab rendah dan saya tidak bijak menguruskan masa saya – menyebabkan keputusan saya merosot dan saya terpaksa berhenti bermain secara kompetitif.

Ia merupakan suatu pengalaman yang baik: Saya mengenali lebih banyak rakan baharu dan ia membuka mata saya kepada senario e-sukan.

2. Keseluruhan Pertandingan Akhir Dunia Brawl Stars pada tahun ini diadakan dalam talian kerana COVID-19 – bagaimanakah pasukan anda melakukannya?

Pengurus kami daripada PSG Esports, memberitahu bahawa Singtel akan menaja tempat permainan untuk kami di SCAPE. Justeru, beberapa minggu sebelum pertandingan akhir, kami akan berlatih bersama di sana, hanya kami bertiga. Mujurlah kami tidak perlu bergantung pada panggilan suara dan semangat kerja berpasukan kami juga bertambah lebih baik kerana itu.

PTE (NS) Yeo semasa sesi latihan di SCAPE. Ketiga-tiga ahli pasukan duduk sebelah menyebelah supaya boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan semasa permainan mereka. [Foto: Singtel]

3. Bagaimanakah sesi latihan diadakan?

Kami akan mendapat pasukan dari wilayah lain untuk berlatih bertanding dan menguji pelayan kami. Kami akan berlatih selama dua hingga tiga jam sehari; tetapi oleh sebab pasukan ini berasal dari Amerika atau Eropah dan zon waktu mereka berbeza daripada zon waktu kami, kami akan berlatih sama ada pada waktu tengah malam atau awal pagi.

4. Adakah anda mendapat sokongan daripada ibu bapa anda untuk bermain e-sukan?

Pada mulanya, ibu saya kurang setuju. Saya tidak boleh menyalahinya kerana saya membiarkan gred saya merosot. Tetapi menjelang akhir tahun ini, ibu dapat melihat kemajuan saya dan mula berasa teruja. Ibu saya akan mengambil gambar sebelum saya keluar bermain permainan di SCAPE; adakalanya saya berasa segan... (ketawa)

Setiap ahli pasukan e-sukan Brawlers PSG akan menerima barang niaga Brawl Stars dan pingat Juara Dunia (gambar di sebelah kiri) untuk kemenangan mereka.

5. Apakah kemahiran yang anda perolehi daripada e-sukan?

Dalam permainan, adanya mekanik dan pemahaman permainan. Mekanik yang baik memerlukan koordinasi mata-tangan, refleks yang bagus supaya anda boleh menembak dan membidik dengan tepat. Pemahaman permainan adalah mengetahui apa yang harus dilakukan pada waktu yang tepat, dan seterusnya meningkatkan pemikiran kritis anda juga.

Bagi permainan berpasukan, anda juga memerlukan kerja berpasukan yang baik - kerana ahli pasukan Brawl Stars kami berusia di antara 16 dan 25 tahun, dan kami perlu menyesuaikan cara kami bertutur supaya kami boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan.

6. Perlukah pemain mendapatkan kerusi permainan, PC, papan kekunci, dll yang terbaik untuk berjaya?

Ini berharga $70 (menunjukkan kerusi "permainannya"), dan saya rasa ia tidak perlu. Saya rasa anda tidak perlu melabur dalam peralatan anda dengan segera.

Tetapi jika anda tahu anda bermain dengan bagus tetapi set anda menghalang kemajuan anda, dapatkan sahaja peralatan yang lebih bagus.

Saya pernah bermain Brawl Stars dalam telefon saya tetapi bermain dengan iPad Pro ada kelebihannya kerana kadar bingkai yang lebih tinggi, dansaya menggunakan wang hadiah dari pusingan awal untuk membelinya.

PTE (NS) Yeo melakukan pemanasan sebelum permainan Brawl Stars di iPad Pronya. Brawl Stars adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena, yang dimainkan pada peranti mudah alih.

7. Anda ORD-ed (Tarikh Sedia Beroperasi) tidak lama sebelum anda mula latihan sepenuh masa untuk Brawl Stars. Apakah perkara yang terbaik mengenai Perkhidmatan Negara (NS) anda?

Masa yang paling seronok di NS ialah sewaktu menjalani kursus memandu di mana kami dapat belajar memandu pelbagai jenis kenderaan untuk menjalankan tugasan syarikat. Ini termasuk land rover, kenderaan 5-ton, 6-ton dan juga trailer.

Tetapi bagi saya, masa yang paling menggembirakan adalah semasa kursus BMT (Latihan Asas Tentera) - walaupun sukar, ia memang tidak dapat dilupakan. Kami dapat pergi ke lapangan perkemahan, dan setentunya saya tidak akan berpeluang untuk menggali shellscrape atau melakukan latih tubi di hutan lagi.

8. Apakah kesukaran yang anda hadapi?

Cabaran terbesar saya adalah menyertai unit baharu kerana saya tidak mengenali sesiapa semasa pergi ke sana. Tetapi setelah beberapa minggu, lebih ramai (rekrut) menyertai dan pada masa itulah saya mendapat kawan rapat saya di NS - kami masih kerap bercakap dan bermain permainan bersama-sama.

Secara keseluruhannya, saya bersyukur dengan pengalaman yang ditimba semasa di NS. Saya belajar untuk berinteraksi dengan pelbagai kumpulan orang dan saya sedar bahawa dalam apa jua keadaan, pasti ada hikmahnya.

PTE (NS) Yeo di majlis tamat pengajian BMTnya pada Mac 2019. [Foto ihsan PTE (NS) Yeo]

9. Apakah langkah yang seterusnya bagi anda dan pasukan Brawl Stars anda?

Kami sudah berubah secara perlahan-lahan menjadi kumpulan "Liga" (Legenda) (ketawa) dan kami bermain selama beberapa jam setiap malam. Sekarang ini adalah masa luar musim dan ramai yang befikir untuk menyertai pasukan yang mana dan untuk bersedia bagi tahun depan. Saya tidak tahu sama ada saya akan terus bermain kerana saya akan memulakan pengajian Perubatan dan tidak pasti sama ada saya dapat meluangkan masa untuk menguruskan kedua-duanya sekali.

Tetapi jika saya boleh, saya pasti akan cuba. Ini adalah pendapatan sampingan yang lumayan, dan ia adalah impian ramai lelaki dan wanita muda untuk menyertai permainan dan memenangi wang.

Tags 2020-ops
Suggested Reading
电子竞技游戏玩家获得世界冠军
电子竞技游戏玩家获得世界冠军
PEOPLE
E-Sports Gamer Takes Home World Championship
E-Sports Gamer Takes Home World Championship
PEOPLE
21-Dec-20

Private (PTE) (NS) Charleston Yeo, better known by his in-game name Scythe in the e-sports community, was part of the team that bagged the 2020 Brawl Stars Championship.

SISTEM PERTAHANAN UDARA PULAU YANG CANGGIH MEMBOLEHKAN PEMANTAUAN RAPI DAN PENEMBAKAN YANG LEBIH JAUH
Cover story
SISTEM PERTAHANAN UDARA PULAU YANG CANGGIH MEMBOLEHKAN PEMANTAUAN RAPI DAN PENEMBAKAN YANG LEBIH JAUH
OPS & TRAINING
17-Dec-20

国土防空系统看的更多,射的更远
Cover story
国土防空系统看的更多,射的更远
OPS & TRAINING
17-Dec-20

Island Air Defence System sees more, shoots further
Cover story
Island Air Defence System sees more, shoots further
OPS & TRAINING
17-Dec-20

PEMENANG NSF TAHUNAN MELANJUTKAN PERKHIDMATAN NEGARA SEBANYAK DUA KALI UNTUK MELINDUNGI LANGIT SINGAPURA
PEMENANG NSF TAHUNAN MELANJUTKAN PERKHIDMATAN NEGARA SEBANYAK DUA KALI UNTUK MELINDUNGI LANGIT SINGAPURA
PEOPLE
为捍卫新加坡领空,这位全职国民服役人员年度大奖获得者将国民服役延长了两次
为捍卫新加坡领空,这位全职国民服役人员年度大奖获得者将国民服役延长了两次
PEOPLE
NSF of the Year extends NS twice, to defend S'pore skies
NSF of the Year extends NS twice, to defend S'pore skies
PEOPLE
14-Dec-20

This Air Warfare Officer extended his full-time National Service (NS) not once, but twice. In total, he served for nine months after his original ORD (Operationally Ready Date).

PELAYARAN GALLANT YANG TERAKHIR
Cover story
PELAYARAN GALLANT YANG TERAKHIR
OPS & TRAINING
11-Dec-20

Pelayaran kapal peronda (PV) RSS Gallant dengan Tentera Laut Republik Singapura berakhir apabila kapal ini menjalankan misi terakhirnya pada bulan November tahun ini.