PEMENANG NSF TAHUNAN MELANJUTKAN PERKHIDMATAN NEGARA SEBANYAK DUA KALI UNTUK MELINDUNGI LANGIT SINGAPURA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/5977ea1a-50c4-42d4-bdcb-5c19c3ce4122/14dec20-photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-5977ea1a-50c4-42d4-bdcb-5c19c3ce4122-oYZlt-p /web/wcm/connect/pioneer/5977ea1a-50c4-42d4-bdcb-5c19c3ce4122/14dec20-photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-5977ea1a-50c4-42d4-bdcb-5c19c3ce4122-oYZlt-p /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2020-Q4/malay/14dec20_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2020-Q4/malay/14dec20_news1-ms
14dec20_news1-ms
14 Dec 2020 | PEOPLE
English 华文

PEMENANG NSF TAHUNAN MELANJUTKAN PERKHIDMATAN NEGARA SEBANYAK DUA KALI UNTUK MELINDUNGI LANGIT SINGAPURA

// BERITA THRINA THAM

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN 3 DA BN

English 华文
LTA (NS) Nicholas Chan menawarkan diri secara sukarela untuk menyambung Perkhidmatan Negaranya selama sembilan bulan untuk terus melindungi langit Singapura.

Pegawai Perang Udara ini melanjutkan Perkhidmatan Negara sepenuh masa bukan sekali tetapi sebanyak dua kali. Secara keseluruhannya, dia telah berkhidmat selama sembilan bulan selepas ORD (Tarikh Sedia Beroperasi) asalnya.

Berkhidmat melampaui tugasannya

Leftenan (LTA) (NS) Nicholas Chan melanjutkan perkhidmatan pada kali pertamanya dari November yang lepas ke Mei tahun ini kerana dia mendapati tugasannya di Perkhidmatan Negara memberi makna kepada dirinya.

"Saya menjalankan operasi 24/7 sebenar untuk melindungi ruang udara Singapura," kata pemain berusia 21 tahun itu, seorang Penolong Pemerintah Platun (2IC) di Batalion Artileri Pertahanan Udara Divisyen ke-3 (3 DA Bn).

3 DA Bn adalah unit Pertahanan Udara Berpangkalan Darat di Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), yang menyediakan pertahanan udara sepanjang masa untuk keselamatan negara Mereka mengendalikan RBS 70, sistem peluru berpandu pertahanan udara jarak dekat.

LTA (NS) Chan dengan anugerah NSF Tahunannya selepas upacara penyampaian anugerah yang diadakan di Ibu Pejabat Markas Penyertaan di Kem Chong Pang.

Pelanjutan ORD kedua LTA (NS) Chan dilaksanakan dalam keadaan yang amat berbeza.

Apabila pantai Singapura dilanda COVID-19, SAF menjalankan langkah-langkah kohort. Setentunya, unit LTA (NS) Chan terpaksa berhadapan dengan perubahan dalam tenaga kerja. "Saya sedar ia adalah suatu tempoh yang mencabar," katanya sambil mengenang kembali.

Justeru, dia melanjutkan perkhidmatannya sekali lagi sehingga 11 Ogos, melepaskan peluang untuk menghadiri orientasi universiti dan untuk berehat sebelum memulakan pengajiannya.

Sebagai menghargai semangat dan komitmennya terhadap NS, penuntut Universiti Teknologi Nanyang kini dipilih sebagai salah satu penerima Anugerah Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) Tahun 2020.

Pengarah Latihan RSAF Kolonel Kenneth Chiong (kiri) mengucapkan tahniah kepada LTA (NS) Chan dan peserta Latihan Brightfire yang lain atas kejayaan penembakan mereka.

Mengasah kecekapan bersenjata

"Melanjutkan perkhidmatan saya bukanlah suatu keputusan yang mudah bagi saya, namun, saya tidak menyesal," kata LTA (NS) Chan dengan pasti.

Sebaliknya, peluang yang terlepas ini telah membuka pintu lain baginya kerana dia berpeluang untuk menyertai Perarakan Hari Kebangsaan 2020. Selaku duta besar dalam acara Perarakan & Istiadat, dia menguruskan jadual latihan dan keperluan-keperluan lain bagi Majlis Warna.

Sorotan lain daripada pengalaman LTA (NS) Chan NS termasuk menyertai latihan di luar negara seperti Latihan Brightfire, latihan penembakan secara langsung yang diadakan di Overberg Test Range di Afrika Selatan.

Sebagai platun latihan 2IC, LTA (NS) Chan membantu menguruskan program latihan anak-anak kapal di samping memastikan kecekapan mereka dalam RBS 70.

"Persiapannya amat merumitkan. Ini merangkumi sejumlah latihan lapangan yang intensif dan berlarutan sehingga waktu malam untuk mempersiapkan seluruh anak-anak kapal untuk misi penembakan secara langsung," katanya.

Akhirnya, kerja keras mereka membuahkan hasil apabila seluruh pasukan dapat menyaksikan aksi senjata mereka.

"Saya tidak akan melupakan malam penembakan secara langsung pertama yang telah saya saksikan. Berlatarkan langit yang gelap, kami melihat kehebatan RBS 70 dan bersorak atas kejayaan ‘tembakan’ yang terkena sasarannya. Ia sesuatu yang begitu menyeronokkan."

LTA (NS) Chan (barisan kedua, ketiga dari kiri) meraikan misi yang berjaya bersama-sama rakan sepasukannya di Latihan Brightfire.

Mencari hala tujunya di NS

 

LTA (NS) Chan juga menawarkan diri secara sukarela sebagai pengajar tambahan dalam Kursus Pengendali Senjata Pertahanan Udara (ADWO) ke-41.

"Memupuk NSF yang baru menamatkan kursus BMT (Latihan Asas Tentera) untuk menjadi pembela udara penuh merupakan suatu pengalaman yang amat memuaskan," katanya.

Selain berkongsi kemahiran pengendalian senjata teknikalnya untuk melatih rakan-rakan ADWO, dia juga berniat untuk membantu mereka mencari hala tuju mereka di NS.

Sambil mengenang sepatah dua daripada Komander Baterinya, Mejar Sim Bao Chen ketika itu, LTA (NS) Chan berkata: "Katanya kepada saya, 'Sebagai pemimpin, tugas kami adalah untuk membimbing mereka (NSF) dalam perjalanan NS supaya mereka boleh meninggalkan sesi latihan ini sebagai insan yang lebih cekap.'

"Ungkapan ini memberi impak yang besar kepada diri saya dan saya akan selalu menghayati dan mengamalkannya (sikap ini) dalam segala usaha saya."

Tags 2020-ops
Suggested Reading
PEMAIN E-SUKAN MEMENANGI KEJOHANAN DUNIA
PEMAIN E-SUKAN MEMENANGI KEJOHANAN DUNIA
PEOPLE
电子竞技游戏玩家获得世界冠军
电子竞技游戏玩家获得世界冠军
PEOPLE
E-Sports Gamer Takes Home World Championship
E-Sports Gamer Takes Home World Championship
PEOPLE
21-Dec-20

Private (PTE) (NS) Charleston Yeo, better known by his in-game name Scythe in the e-sports community, was part of the team that bagged the 2020 Brawl Stars Championship.

SISTEM PERTAHANAN UDARA PULAU YANG CANGGIH MEMBOLEHKAN PEMANTAUAN RAPI DAN PENEMBAKAN YANG LEBIH JAUH
Cover story
SISTEM PERTAHANAN UDARA PULAU YANG CANGGIH MEMBOLEHKAN PEMANTAUAN RAPI DAN PENEMBAKAN YANG LEBIH JAUH
OPS & TRAINING
17-Dec-20

国土防空系统看的更多,射的更远
Cover story
国土防空系统看的更多,射的更远
OPS & TRAINING
17-Dec-20

Island Air Defence System sees more, shoots further
Cover story
Island Air Defence System sees more, shoots further
OPS & TRAINING
17-Dec-20

为捍卫新加坡领空,这位全职国民服役人员年度大奖获得者将国民服役延长了两次
为捍卫新加坡领空,这位全职国民服役人员年度大奖获得者将国民服役延长了两次
PEOPLE
NSF of the Year extends NS twice, to defend S'pore skies
NSF of the Year extends NS twice, to defend S'pore skies
PEOPLE
14-Dec-20

This Air Warfare Officer extended his full-time National Service (NS) not once, but twice. In total, he served for nine months after his original ORD (Operationally Ready Date).

PELAYARAN GALLANT YANG TERAKHIR
Cover story
PELAYARAN GALLANT YANG TERAKHIR
OPS & TRAINING
11-Dec-20

Pelayaran kapal peronda (PV) RSS Gallant dengan Tentera Laut Republik Singapura berakhir apabila kapal ini menjalankan misi terakhirnya pada bulan November tahun ini.