MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB BELIAU UNTUK NEGARA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/be2d5a85-282d-4937-8011-2712c5a5fa96/17oct19_news-1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-be2d5a85-282d-4937-8011-2712c5a5fa96-mU.ExZ8 /web/wcm/connect/pioneer/be2d5a85-282d-4937-8011-2712c5a5fa96/17oct19_news-1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-be2d5a85-282d-4937-8011-2712c5a5fa96-mU.ExZ8 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2019-Q4/malay/17oct19_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2019-Q4/malay/17oct19_news1-ms
17oct19_news1-ms
17 Oct 2019 | PEOPLE
English 华文

MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB BELIAU UNTUK NEGARA

// LAPORAN OLEH CHIA CHONG JIN

// GAMBAR OLEH CHUA SOON LYE

English 华文

Adakah anda akan menangguh tarikh bulan madu anda untuk menanggung tugas rakan sekerja semasa beliau pergi untuk Latihan In-Camp (ICT)? Cik Ulfah Khairiah Binte Aman telah melakukannya pada Disember tahun lepas. Beliau telah untuk membantu rakannya yang melapor diri untuk ICT. Walaubagaimanapun tarikh ICT beliau bertembung dengan rancangan bulan madunya.

"Kami berdua bekerjasama sebagai pasangan, jadi jika kami pergi dalam tempoh yang sama, kerja kami akan bertimbun pada masa kami kembali - akan ada segunung tunggakan tugasan yang kami harus lakukan , "kata Penyelia Fleets dan Asset SMRT Buses yang berusia 24 tahun.

"Saya juga tidak mahu situasi di mana kami berdua tidak dapat kembali bekerja sekiranya ada kecemasan, jadi saya melakukan apa yang terbaik untuk kami berdua."

Beliau kembali bekerja dua hari selepas berkahwin, dan menjadualkan semula rancangan bulan madunya supaya beliau dapat menanggung tugas rakan sekerjanya. Beliau yakin bahawa perkara yang dilakukannya adalah betul, kerana membenarkan rakannya lebih fokus pada tugas-tugas dalam Perkhidmatan Negara (NS).

Untuk perbuatannya yang tidak mementingkan diri sendiri, Cik Ulfah menerima Anugerah NS Advocate bagi Individu pada Majlis Makan Malam Tahunan Anugerah Pertahanan yang diadakan pada 17 Oktober di Pusat Konvensyen Raffles City.

Sebanyak 167 Anugerah NS Advocate telah diberikan kepada 85 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), 44 buah Syarikat Besar, 31 buah organisasi dan tujuh Individu.

Anugerah ini adalah penghargaan tertinggi yang diberikan kepada perniagaan, organisasi dan individu-individu sebagai pengiktirafan terhadap sokongan mereka terhadap Pertahanan dan NS.

Bercakap pada majlis makan malam itu, Menteri Kanan Pertahanan Negera Heng Chee How menekankan bahawa cabaran keselamatan hari ini telah berkembang termasuk keganasan, serangan siber, penyebaran maklumat palsu dan aktiviti subversif yang lain.

Beliau juga mengatakan bahawa Pertahanan Mutlak tetap relevan, dan ia lebih penting daripada sebelumnya untuk membolehkan rakyat Singapura bekerjasama untuk mempertahankan negara.

Encik Heng juga memuji penerima anugerah untuk sumbangan mereka kepada Total Defense dan NS. Beliau berkata: "Tindakan individu dan sikap berwaspada boleh membawa perubahan yang ketara ... Terdapat banyak cara kita boleh melakukan perubahan.

"Pokoknya adalah: bersama, kita lebih kuat."

Kata-kata beliau bergema dengan penerima. Cik Ulfah mengatakan: "Kami warga Singapura bergantung kepada Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi Pertahanan Awam (NSmen) dan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa untuk mempertahankan kami apabila tiba masanya.

"Tanpa mereka, siapa yang kami harapkan?"

Walaupun beliau gembira menerima Anugerah NS Advocate, beliau mengakui bahawa beliau tidak dapat melakukannya tanpa sokongan suaminya, Sarjan 3 (NS) Muhammad Danial bin Zainal.

Ditanya apa yang suaminya fikir tentang idea untuk menangguhkan bulan madu mereka, Ulfah berkata: "Sebagai seorang NS, beliau memahami kepentingan ICT.

"Saya sangat bersyukur atas sokongan suami saya dan berada di sini untuk saya."

Tags