SAF SENTIASA SEDIA UNTUK MASA KINI & AKAN DATANG: MG ONG

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/3c3b9e82-84f5-46ce-8c43-29fc3599c7c8/vft1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-3c3b9e82-84f5-46ce-8c43-29fc3599c7c8-mM4b8Bh /web/wcm/connect/pioneer/3c3b9e82-84f5-46ce-8c43-29fc3599c7c8/vft1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-3c3b9e82-84f5-46ce-8c43-29fc3599c7c8-mM4b8Bh /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-q2/malay/20jun18_news-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-q2/malay/20jun18_news-ms
20jun18_news-ms
20 Jun 2018 | OPS & TRAINING
English 华文

SAF SENTIASA SEDIA UNTUK MASA KINI & AKAN DATANG: MG ONG

// Laporan by Koh Eng Beng


// Gambar by Tan Yong Quan & Chai Sian Liang

English 华文

Pada senarai paling atas Ketua Pasukan Pertahanan (CDF) Mejar Jeneral (MG) Melvyn Ong adalah memastikan bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bersiap sedia untuk memelihara keselamatan dan keamanan negara.

Beliau menyatakan perkara ini semasa temubual bersama media di Kem Bukit Panjang pada 19 Jun, yang berlangsung sebelum Hari SAF yang jatuh pada 1 Jul.  

Selepas menyaksikan bagaimana SAF dapat dikerahkan dalam tempoh seminggu bagi menjamin keselamatan Singapura untuk Sidang Kemuncak Trump-Kim baru-baru ini, beliau yakin bahawa SAF sudah bersedia jika dipanggil untuk bertugas. 

"Kami mempunyai lebih kurang 2,000 askar yang telah dikerahkan untuk Sidang Kemuncak Kim-Trump," ujar beliau. "Kapal-kapal kami ada di sana, disokong oleh helikopter penyerang. Kami memiliki (unit) pertahanan udara yang mengawasi langit, (dan) kami mempunyai pejuang di udara." 

Tambah MG Ong: "Ia adalah bukti bahawa SAF sudah bersedia (dan) dapat memastikan keselamatan dan keamanan Singapura apabila dipanggil bertugas, walaupun dengan notis yang singkat." 

Menyediakan SAF untuk masa depan

Antara cabaran yang dihadapi oleh SAF ialah krisis tenaga kerja yang akan berlaku disebabkan oleh penurunan kadar kelahiran. 

MG Ong menyatakan bahawa SAF mesti membuat perancangan untuk saiz pasukan barunya pada tahun 2030, yang akan memiliki kira-kira 30 peratus lebih sedikit Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa berbanding hari ini.

Untuk melakukan lebih banyak perkara dengan kekuatan yang lebih sedikit, SAF akan memanfaatkan teknologi-teknologi tanpa manusia seperti menara jam tanpa manusia yang meningkatkan pengawasan dan mengurangkan keperluan tenaga kerja, tegas beliau.

Dan untuk memanfaatkan potensi penuh setiap askar, SAF menggunakan sains sukan untuk membangunkan sistem latihan yang lebih baik, tambah MG Ong. 

Pusat Kecemerlangan Prestasi Askar (CESP) telah ditubuhkan pada bulan Disember 2017 untuk menerajui inisiatif ini.

Bagi mengurangkan dan mencegah kecederaan haba, CESP akan menjalankan ujian ke atas teknologi yang sesuai dipakai tidak lama lagi, yang boleh mengumpul data fisiologi askar seperti kadar nadi, suhu kulit dan aktiviti masa tidur. 

Ia dijangkakan bahawa komander boleh mengesan data askar mereka semasa latihan. Jika seseorang askar itu terlalu memaksa diri – seperti yang ditunjukkan oleh data fisiologi – komander boleh membawa keluar beliau.

Di samping itu dalam perancangan, aplikasi latihan akan dicipta untuk membolehkan askar memantau data fisiologi mereka sendiri dan menetapkan matlamat latihan yang diperibadikan.

Ujian selama enam bulan akan bermula pada bulan Ogos dan melibatkan 150 pegawai kadet di Sekolah Pegawai Kadet.

Kemahuan untuk bertarung

MG Ong juga mengakui bahawa pertahanan negara bukan hanya bergantung pada keupayaan angkatan bersenjatanya, malah kemahuan askarnya untuk bertarung.  

"SAF terletak dalam ekosistem yang sangat bergantung pada NS. Atas sebab itu, sokongan untuk NS adalah sangat penting." 

Beliau menambah: "Kita mesti …memastikan sistem latihan (dan) sistem keselamatan NS kita sentiasa terkini dan terus menyokong latihan dan operasi anggota perkhidmatan negara kita." 

Mengenai pemergian Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee baru-baru ini, MG Ong menyatakan: "Kematian setiap askar menyentuh hatinya... Kami mahu semua askar kami kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan apabila sebaliknya berlaku, kami amat sedih."

Ekoran insiden terbabit, SAF telah menubuhkan panel pakar perubatan luar bagi mengkaji semula langkah-langkah pengurusan kecederaan habanya, tambah MG Ong.

Semasa lawatan ke Kem Bedok, panel bercakap dengan komander dan meneliti amalan yang dilaksanakan semasa insiden. 

Walaupun panel mengambil maklum tentang polisi-polisi dan langkah-langkah bagi pengurusan kecederaan haba di SAF hari ini dijajarkan dengan amalan industry dan juga ketenteraan asing, barisan panel telah mencadangkan perbaikan lanjut dalam bidang pencegahan dan pengurusan kecederaan haba. 

Siasatan sedang dijalankan dan penemuannya akan siap dan diumumkan kepada orang ramai dalam tempoh beberapa minggu lagi, ujar MG Ong. 

Beliau menekankan bahawa mesti terdapat tujuan di sebalik setiap latihan dan semua askar mesti mematuhi arahan latihan dan liputan keselamatan yang perlu. 
 
Angkatan bersenjatan yang kuat & bersiap sedia

MG Ong membuat kesimpulan bahawa visi beliau adalah agar SAF sentiasa bersedia, dinamik dan kuat.

"Sebagai CDF, saya perlu memastikan SAF terus bersedia hari ini," jelas beliau. "Kami (juga) perlu…memastikan SAF hari esok – bagi mereka yang akan menggantikan kami – terus relevan." 

MENINGKATKAN PRESTASI ASKAR

Sejak pelancarannya pada bulan Disember yang lalu, Pusat Kecemerlangan Prestasi Askar (CESP) telah melaksanakan program dan peralatan berikut:
 
Latihan khusus kerjaya

Latihan Kecergasan Kerjaya (VFT) ialah program selama empat minggu yang disesuaikan untuk setiap kerjaya. Ia mempersiapkan askar yang baru dibentuk – selepas mengakhiri Latihan Ketenteraan Asas (BMT) – bagi latihan tempur lanjutan mereka. 

Sebagai contoh, oleh kerana askar infantri perlu berbaris dan berkawad untuk jarak yang jauh sambil membawa beban berat, latihan VFT mereka akan menumpukan pada menguatkan bahagian bawah belakang dan otot teras mereka. 

Menyedari bahawa askar biasanya menderita akibat kecederaan belakang, lutut dan buku lali, Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Yee Kok Meng, Ketua CESP, menyatakan: "Kami ingin mempersiapkan diri mereka dari segi fizikal supaya kami mengurangkan (sebarang kemungkinan) kecederaan." 

VFT terdiri daripada latihan kekuatan dan kuasa yang sama dengan latihan angkat berat, dan litar tempur yang menggunakan peralatan peribadi seperti pek bidang.  

Bagi membantu mereke menyesuaikan diri dengan tekanan biasa yang akan mereka hadapi di lapangan, askar akan memakai pakaian seragam hibrid baru bagi litar tempur. Apabila latihan semakin bertambah, mereka akan memakai anak baju galas beban dan topi keledar. 

Mengenai pengalaman pertama beliau melakukan VFT, Privet (PTE) Kugan Senivasan, anggota dari Batalion ke-4, Rejimen Infantri Singapura, menyatakan: "Ia adalah peningkatan dari berat yang kita gunakan dalam BMT." 

"Memecut, berlari…adalah jauh lebih sukar kerana terdapat berat yang berlebihan pada badan kita," tanpa anggota yang berumur 18 tahun itu. 

Latihan litar tempur menyerupai pergerakan yang biasanya dilakukan oleh askar di lapangan, seperti berlari dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri, dengan lengan diangkat seolah-olah sedang membawa senapang. 

Komander-komander unit perlu menghadiri kursus selama dua hari yang dijalankan oleh jurulatih CESP sebelum mereka boleh mengendalikan VFT untuk askar mereka.

VFT yang merupakan program latihan yang progresif, direka bagi membantu askar mencapai kemuncak prestasi mereka sebelum pencapaian latihan utama seperti latihan di luar negara, ujar SLTC Yee.

VFT telah dilaksanakan dalam semua unit tempur dan akan dilaksanakan untuk unit sokongan tempur menjelang penghujung tahun ini.

Rawatan dalaman

Inisiatif lain dari CESP termasuk program Rehabilitasi di Unit (Rehab@Unit). 

Ahli fisioterapi kini melawat unit untuk menyediakan rawatan dalaman dengan lebih cepat. Pada masa lalu, askar yang mengalami kecederaan perlu dibawa ke klinik pakar atau hospital bagi mendapatkan rawatan. 

Para komander juga telah dilatih untuk mengetahui tanda-tanda awal kecederaan.

Rehab@Unit telah dilaksanakan di lima Infantri dan dua Batalion Pengawal. 

Hasilnya amat menggalakkan. Unit-unit ini mencatatkan 30 peratus penurunan dalam kecederaan rangka otot yang mungkin telah membawa kepada penurunan kekal dalam status Piawaian Pekerjaan Fizikal.

Pakaian seragam hibrid

Askar kini nampak menarik di lapangan, dengan pakaian seragam hibrid baru yang menghilangkan kepanasan dengan lebih cepat dan memberikan lebih keselesaan kepada pemakainya.

Ia diperbuat daripada kedua-dua fabrik prestasi tinggi dan fabrik berpiksel pakaian seragam No. 4 yang lebih kuat. Pakaian seragam ini 40 peratus lebih boleh telap dan 60 peratus lebih mudah dikeringkan berbanding dengan pakaian seragam No. 4 yang digunakan sekarang. 

Untuk dipakai di bawah anak baju galas beban bersepadu, pakaian seragam hibrid ini direka bentuk untuk latihan di lapangan. 

"Matlamatnya adalah apabila askar memakai anak baju galas bebas bersepadu, mereka akan rasa lebih selesa (dan dengan itu)…berupaya untuk bertahan lebih baik dan kekal lama dalam persekitaran tempur," tegas SLTC Yee.

Pakaian seragam No.4 semasa akan kekal digunakan untuk aktiviti-aktiviti rutin. 

SAF telah mula melengkapi askar dalam unit tempur dengan pakaian seragam baru mulai bulan Januari tahun ini.

Pemakanan lebih baik 

Keperluan diet harian untuk askar telah ditambah baik bagi memastikan bahawa mereka menggunakan kalori yang mencukupi. Sebagai contoh, bar snek diberikan di antara waktu makan. 

Membina daya tahan

Sepanjang enam bulan yang lalu, CESP telah bekerjasama dengan unit bagi membangunkan program latihan kekuatan mental bagi askar semasa latihan tempur. Sebagai contoh, misi boleh dilanjutkan bagi menguji daya tahan askar. Ujian sedang dijalankan.

Suggested Reading
SAF medical team supporting S'pore aid contributions to Gaza
SAF medical team supporting S'pore aid contributions to Gaza
OPS & TRAINING
05-Feb-24

LTC (Dr) Nazirul Hannan Bin Abdul Aziz and ME3 Jimmy Woo, who recently returned from their deployment in Egypt, share their experiences providing medical assistance to casualties from Gaza.

What is the Trooping of Colours? Feature
What is the Trooping of Colours?
MILESTONES
04-Jul-23

It's an ancient tradition to show off the flags of a military's regiments.

Keep serving, keep contributing Feature
Keep serving, keep contributing
MILESTONES
30-Jun-23

More than 350 NSmen and their employers gathered at rededication ceremonies across Singapore on 30 Jun to reaffirm their commitment to national defence.

Leading the parade Feature
Leading the parade
PEOPLE
21-Jun-23

One's a first-time participant while the other marched in his first parade more than 20 years ago. But they have one thing in common – shouting parade commands in Malay while driving!

Self-defence tips to know in Close Combat
Cover story
Self-defence tips to know in Close Combat
OPS & TRAINING
16-Dec-22

How to turn your body into a weapon: Trainers from the Centre of Excellence for Soldier Performance (CESP) show us how soldiers are taught to fight effectively with just their bare hands.

Clearing the toughest SOC stations
Cover story
Clearing the toughest SOC stations
OPS & TRAINING
09-Nov-22

It's known as the Soldier's Playground but it ain't child's play. We get the low-down with the Centre of Excellence for Soldier Performance (CESP) to find out how it's done.

The mission comes first
The mission comes first
COMMUNITY
29-Jul-22

LG Melvyn Ong, Chief of Defence Force, shares how the SAF kept its operations running while contributing to whole-of-government efforts to contain COVID-19.

Saving more than $159m through innovation
Saving more than $159m through innovation
PEOPLE
Saving more than $159m through innovation
Saving more than $159m through innovation
TECHNOLOGY
26-Jul-22

Innovations and work improvement efforts from SAF personnel led to savings of over $159 million in the last financial year – $6 million above the set target.

Servicemen Reaffirm Commitment to Defence on SAF Day Feature
Servicemen Reaffirm Commitment to Defence on SAF Day
MILESTONES
01-Jul-22

The SAF celebrates its birthday and commemorates NS55 with combined rededication ceremonies in the morning and the resumption of a full-scale parade in the evening.