ANGKATAN TENTERA LAUT ASEAN, CHINA MENJALANKAN LATIHAN UNTUK MENINGKATKAN KESELAMATAN MARITIM

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/78cde6f1-3449-40f4-8568-2335f454e3c0/Feature.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-78cde6f1-3449-40f4-8568-2335f454e3c0-mOeemxH /web/wcm/connect/pioneer/78cde6f1-3449-40f4-8568-2335f454e3c0/Feature.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-78cde6f1-3449-40f4-8568-2335f454e3c0-mOeemxH /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-Q4/malay/dec18_fs2-ms
dec18_fs2-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-Q4/malay/dec18_fs2-ms
03 Dec 2018 | OPS & TRAINING

ANGKATAN TENTERA LAUT ASEAN, CHINA MENJALANKAN LATIHAN UNTUK MENINGKATKAN KESELAMATAN MARITIM

Angkatan Tentera Laut dari 10 negara-negara ASEAN dan China meningkatkan keyakinan dan kepercayaan menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan latihan di lautan.

// Laporan Koh Eng Beng  

// Gambar Chua Soon Lye, Koh Eng Beng & SUMBANGAN DARI RSN

Kapal-kapal Angkatan Tentera Laut daripada negara-negara ASEAN dan China belayar di dalam formasi pada hari pertama fasa laut dua hari yang berakhir pada 26 Oktober.
English 华文
English 华文

Angkatan Tentera Laut dari 10 negara-negara ASEAN dan China meningkatkan keyakinan dan kepercayaan menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan latihan di lautan.

Kapal tangki dan feri telah bertembung di perairan Bandar Zhanjiang di selatan Guandong, China, mencetuskan penglibatan daripada berbagai negara dalam usaha mencari dan menyelamat.

Lapan kapal laut berada di perairan berdekatan – dari China, Brunei, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam – bekerjasama untuk  mengimbas kawasan sejauh 5 batu nautika (9.26km) – mencari mangsa yang terselamat.

Semua mangsa yang ditemui dan dibawa ke atas kapal China sebelum hari malam. Tetapi keesokan harinya, keadaan salah seorang yang terselamat semakin buruk. Tanpa melengahkan masa, helikopter Cina memindahkan mangsa ke atas kapal dengan kemudahan perubatan yang diperlukan.

Ini adalah senario yang dimainkan semasa Latihan Maritim ASEAN-China dari 22 hingga 27 Oktober. Ia melibatkan lebih daripada 1,000 kakitangan dari tentera laut ASEAN dan China, serta lapan kapal - termasuk frigat RSS Stalwart - dan tiga helikopter.

Latihan ini dianjurkan bersama oleh Angkatan Tentera Darat Pembebasan Rakyat (PLAN) dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN). Latihan ‘table-top’  ini telah diadakan di Singapura pada bulan Ogos sebagai persiapan fasa kedua ini.

Dijalankan di perairan kira-kira 30 batu nautika dari Zhanjiang, fasa laut dua hari ini terdiri daripada lima komponen atau siri: bergerak dalam formasi yang rapat, latihan komunikasi, operasi SAR bersama, pendaratan silang di dek helikopter dan simulasi penambahan bekalan maritime.

Pakar Tentera 1 Johnson mendengar mesej radio yang telah dihantar oleh kapal patrol persisiran pantai KDB Daruttaqwa milik Brunei semasa latihan komunikasi di mana ia menguji kecekapan menggunakan CUES.
Kru kapal RSS Stalwart melepaskan bot penyelamat bersama simulasi tiga orang mangsa yang terselamat. Ini bagi memudahkan pengendalian komponen SAR di dalam latihan.
Penolong Pegawai Pelayaran Kapten Angela Toh mengira kelajuan dan arah untuk kapal-kapal di belakang RSS Stalwart untuk mengikuti semasa siri latihan pengemudian jarak dekat.
Junshanhu menjumpai mangsa yang terselamat yang hanyut di laut di atas bot keselamatan bewarna oren (inset). Kapal bekalan Cina melancarkan bot laju untuk menyelamatkan mereka.

Bahasa Yang Sama

Apakah tumpuan utama latihan ini? Mempraktikkan Kod untuk Pertembungan Tidak Dijangka di Laut (CUES). Ini adalah satu set protokol tentera laut yang menetapkan prosedur keselamatan, pelan komunikasi dan arahan pergerakan.

Leftenan Kolonel Aaron Li, Pegawai Pemerintah RSS Stalwart, menjelaskan: "CUES menyediakan ruang bagi anda menyatakan niat anda - menggunakan huruf dan nombor - tanpa perlu menyatakannya dalam bahasa biasa."

Semasa latihan, menggunakan kod tentera laut ini membantu para pelayar dari negara-negara lain untuk mengatasi halangan bahasa dan berkomunikasi dengan kelajuan dan kejelasan yang lebih baik. 

Pakar Tentera (ME) 1 Joel Johnson, 29, seorang pengendali sistem komunikasi di RSS Stalwart, berkata: "Apabila kami tidak mempunyai CUES, saya terpaksa mengulangi beberapa kali. Dan kadang-kadang saya tidak faham apa yang mereka cuba untuk sampaikan kerana loghat mereka. Dengan CUES, hanya sekali sahaja."

Helikopter Cina mendarat di dek Kapal RSS Stalwart. Ia mengangkut salah seorang mangsa yang terselamat, yang keadaannya semakin buruk dan memerlukan bantuan perubatan.
Seorang mangsa terselamat menerima rawatan di atas kapal RSS Stalwart, yang mempunyai pegawai perubatan di atas kapal dan dilengkapi dengan peralatan yang lengkap untuk memberi rawatan.

Mengelak Perselisihan Faham

Dengan empat negara anggota ASEAN - Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam - dan China yang mempunyai tuntutan yang bercanggah di Laut China Selatan, CUES mempunyai penggunaan yang lebih penting dan bukan sekadar latihan.

Ko-Pengarah latihan Kolonel (COL) Lim Yu Chuan, yang merupakan Panglima Flotilla Pertama dan Pegawai Pemerintah Skuadron 185, berkata: "(CUES) telah terbukti sangat berguna sebagai satu cara untuk membolehkan kita berkomunikasi dan menyelaraskan tujuan taktikal kita di darat... 

"(Latihan ini) telah membantu (semua tentera laut yang mengambil bahagian) membina keyakinan yang lebih tinggi dalam menggunakan CUES apabila mereka bertembung di laut. Dan ini akan membantu untuk mengelakkan salah faham atau salah perhitungan di masa depan."

Leftenan (Gred Junior) John Emmanuel Sison, Pegawai Hal Ehwal Awam Kumpulan Petugas Angkatan Tentera Laut Filipina 88, berkongsi perasaan yang sama: "Apa pun pengalaman yang kami pelajari di sini akan dibawa kembali tanahair. Kami akan memastikan bahawa ini akan menjadi pengetahuan umum bukan hanya oleh kami di dalam kontinjen, tetapi untuk semua orang dalam organisasi (supaya kami) dapat melaksanakan CUES apabila ada keperluan."

Membina Perhubungan

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, yang melawat Pusat Komand Latihan Bersepadu pada 23 Oktober, menggesa pegawai-pegawai tentera negara-negara ASEAN dan China untuk menghabiskan lebih banyak masa membina hubungan peribadi dan memahami satu sama lain semasa masa aman.

"Jika berlaku sebarang kemalangan, diharap anda boleh menghubungi orang itu dan - melalui hubungan peribadi dan hubungan yang telah terbina sebelum ini – dapat mengurangkan salah perhitungan," jelasnya. 

Latihan Maritim ASEAN-China menandakan peristiwa penting dalam usaha Singapura untuk memajukan kestabilan serantau sebagai Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN pada 2018. Singapura juga merupakan penyelaras negara untuk hubungan ASEAN-China dari tahun 2015 hingga 2018.

Ko-Pengarah Latihan Kapten Kanan (Snr CAPT) Zhu Jianda, yang merupakan Panglima PLAN Combat Support Flotilla, Southern Theatre Command, menyatakan latihan itu sebagai satu kejayaan. 

"Melalui latihan ini, angkatan laut ASEAN dan China memperkuat persahabatan dan meningkatkan persefahaman dan kerjasama bersama. Saya harap dapat melihat lebih banyak interaksi seperti ini di masa depan."

Meningkatkan Kerjasama

Bagi Pakar Tentera 3 ME3 Suresh S / O Shyamlal, 36, pengawal dek penerbangan d atas kapal RSS Stalwart, ia adalah kali pertama beliau bekerja dengan juruterbang yang tidak berbahasa Inggeris untuk mendarat sebuah helikopter.

Peranan beliau adalah untuk memimbing juruterbang Cina menggunakan isyarat tangan. Sebelum operasi itu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan juruterbang, dengan bantuan jurubahasa, untuk memastikan mereka memahami prosedur operasi masing-masing.

"Membolehkan helikopter Cina mendarat dan terbang tanpa sebarang pelanggaran akta keselamatan adalah 'misi yang dicapai' untuk saya," kata ME3 Suresh, sambil menambah beliau yakin untuk melakukan satu lagi latihan pendaratan helikopter dengan orang Cina pada masa akan datang.

Begitu juga, Leftenan Baharudin Haji Salleh, 33, seorang penolong pegawai operasi kapal peronda Brunei luar pesisiran KDB Daruttaqwa, sangat gembira "kami mempunyai peluang untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan kami, (dan bertukar) maklumat, pengetahuan dan amalan terbaik".

Sarjan 3 Yang Wu mendapati latihan ini merupakan pengalaman yang membuka mata. Anggota pasukan negara berusia 18 tahun itu adalah anak kapal termuda dari RSS Stalwart.

"(Latihan ini telah membolehkan saya) melihat peranan tentera laut dalam hal ehwal ketenteraan dan diplomatik ... Ia juga membantu saya menghargai bagaimana Perkhidmatan Negara menyumbang kepada pertahanan kami," kata pengendali sistem senjata itu.

Tags