RSAF MELUNCUR NAIK KE PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/ad5a6170-fcc5-42c5-98ad-cba6edfd6974/18feb24_news1-thumbnail.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ad5a6170-fcc5-42c5-98ad-cba6edfd6974-oYJRHzy /web/wcm/connect/pioneer/ad5a6170-fcc5-42c5-98ad-cba6edfd6974/18feb24_news1-thumbnail.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ad5a6170-fcc5-42c5-98ad-cba6edfd6974-oYJRHzy /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2024-Q1/malay/18feb24_news1_ms
18feb24_news1_ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2024-Q1/malay/18feb24_news1_ms
18 Feb 2024 | COMMUNITY

RSAF MELUNCUR NAIK KE PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024

RSAF kembali untuk mengagumkan orang awam di pertunjukan udara yang paling berpengaruh di Asia.

//KISAH OLEH BENITA TEO // FOTO OLEH CHAI SIAN LIANG

English 华文
English 华文
Pesawat pejuang F-15SG (kiri) dan helikopter Apache AH-64D akan melakukan aksi gerakan rumit bersama-sama dalam pertunjukan udara RSAF.

Menggemari pertunjukan udara Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang mendebarkan hati serta melihat pelbagai pesawat dan sistem senjata dari dekat?

Berita yang baik: RSAF akan membawa kesemua ini dan lebih lagi ke Pertunjukan Udara Singapura 2024 (SA24) yang dianjurkan di Pusat Pameran Changi (Changi Exhibition Centre, CEC) dari 20 hingga 25 Feb!

Pelawat akan mendapat peluang jarang ditawarkan untuk menghampiri 10 jenis aset RSAF yang berbeza di pameran statik.

Kepulangan pameran kegemaran ramai

Pada tahun ini, pesawat pejuang F-15SG dan helikopter Apache AH-64D RSAF akan mengadakan pertunjukan udara jenis dua pesawat.

Kedua-dua pesawat akan melakukan beberapa gerakan solo dan bersepadu, menunjukkan ketepatan dan kelincahan pesawat serta mempamerkan kemahiran anak kapal udara dan darat.

Salah satu aksi gerakan yang paling baru dan paling mencabar ialah Heliks Berganda, iaitu Apache akan melaksanakan junaman berbentuk lingkaran yang curam sementara F-15SG melaksanakan gerakan meluncur naik dengan curam secara serentak di hadapan Apache.

Gerakan ini mensimulasikan pertempuran pesawat pejuang iaitu dua pesawat tersebut menjalankan serangan bersepadu terhadap sasaran darat.

Pertunjukan udara ini akan menerbangkan F-15SG (di atas) dan AH-64D (di bawah) sehingga had keupayaan maksimum bagi mempersembahkan kemahiran, kelajuan dan kelincahan yang menakjubkan.
1-UP-B-caption

Juruterbang Apache Mejar (MEJ) Ingkiriwang Reeve yang juga Ketua Pasukan Pertunjukan Udara AH-64D, menjelaskan kesukaran melaksanakan aksi gerakan tersebut, yang menghendaki helikopter bermula pada altitud 2,000 kaki dan berakhir secara terapung pada 400 kaki.

Kata juruterbang berumur 37 tahun ini: "Selain menguruskan tinggi dan kelajuan pesawat (semasa membelok), saya juga harus menangani kekencangan angin dan arah angin yang berbeza-beza pada pelbagai altitud.

"Pada masa yang sama, saya perlu mengekalkan pandangan terhadap F-15SG pada setiap masa sementara ia membelok keliling kami dan meluncur naik. Semua pembolehubah ini membuatkan gerakan ini lebih sukar daripada semua gerakan lain."

MEJ Ingkiriwang (kiri) menyatakan bahawa tahap kepercayaannya terhadap juruterbang bersama MEJ Chua adalah sungguh tinggi, dia langsung tidak meragui arahan MEJ Chua semasa dia melaksanakan aksi gerakan.

Sementara dia fokus pada menerbangkan helikopter dan melaksanakan gerakan, juruterbang bersamanya – MEJ Eugene Chua, 36 – mengawasi parameter pesawat dengan mata yang tajam, contohnya kelajuan, untuk memastikan gerakan yang tepat bersama dengan F-15SG.

Tahap kepercayaan dan sinergi setinggi ini adalah amat penting bagi pasangan tersebut, kata MEJ Chua. "Oleh sebab kami telah terbang bersama pada SA20, kami sudah pun mewujudkan keserasian ini, jadi perjalanan kali ini adalah jauh lebih mudah."

Tarian udara yang lemah lembut

Walaupun mereka membuat aksi gerakan di udara itu kelihatan mudah, anak kapal F-15SG dan Apache bersetuju bahawa amat sukar untuk merancang pertunjukan bagi dua jenis pesawat yang amat berbeza.

"Terdapat perbezaan besar antara prestasi kedua-dua platform – F-15SG adalah lebih pantas dan membelok lebih tajam tetapi dengan jejari yang lebih besar", jelas juruterbang F-15SG iaitu MEJ Paul-Matthew Lim.

"Manakala Apache adalah lebih perlahan tetapi lebih lemah lembut dan bergerak lebih lincah. Kesukaran utama di sini adalah mengintegrasikan aksi gerakan dan mencari jalan untuk mempersembahkan kekuatan kedua-dua platform dengan cara yang dinamik supaya dapat dinikmati khalayak ramai, sambil kekal dalam margin keselamatan."

Juruterbang berumur 36 tahun ini juga merupakan Ketua Pasukan bagi Pasukan Pertunjukan Udara F-15SG.

MEJ Lim (kanan) akan melakukan pertunjukan udara dalam F-15SG bersama dengan Pegawai Sistem Senjata MEJ Lee Si Wei.
Kapten Rebekah Abbott ialah pengulas wanita yang pertama bagi Pertunjukan Udara ini. Baginya, kelebihan terbesar daripada menjalankan tugas ini adalah bahawa dia mendapat tempat duduk terbaik dalam pertunjukan udara ini dan bekerjasama dengan anggota daripada pasukan berbeza.

Pakar Tentera (ME) 4 Katherine Chan, yang mengetuai Pasukan Logistik Persembahan AH-64D dan memantau pelancaran dan pemerolehan semula Apache, bersetuju bahawa kejayaan pertunjukan udara ini bergantung pada kerjasama semua pasukan yang terlibat.

"Kita memerlukan penyelarasan dan komunikasi yang teliti antara pelbagai pihak – seperti skuadron penerbangan, menara kawalan dan CEC – untuk memastikan Apache dan juga F-15SG menepati pemasaan khusus," kata anggota berumur 26 tahun tersebut.

"Pertunjukan udara ini mempamerkan keupayaan RSAF, jadi kami ingin memastikan bahawa kami membuat persembahan yang baik."

Jangan terlepas peluang: MRTT A330, iaitu pesawat terbesar milik RSAF, akan ditonjolkan dalam pameran statik.

Mempamerkan yang terbaik

Di darat pula terdapat tarikan yang sentiasa menjadi kegemaran – sebuah pameran statik bagi kesemua pesawat dan sistem pertahanan udara berasaskan darat milik RSAF.

Pelawat berpeluang untuk duduk di dalam kokpit pesawat pejuang dan helikopter, atau mengambil swafoto bersama pesawat RSAF yang terbesar – Pesawat Pengangkut Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330.

Helikopter Pengangkut Berat CH-47F (tengah) akan membuat penampilan sulungnya di Pertunjukan udara.
Buat kali pertama di bahagian pameran statik, pelawat boleh melihat keseluruhan pilihan senjata yang dibawa oleh helikopter Apache.

Membuat penampilan sulungnya di Pertunjukan udara ialah Helikopter Pengangkut Berat CH-47F yang akan menggantikan varian CH-47D yang lebih tua. Buat kali pertama di acara tersebut juga, Apache akan mempamerkan keseluruhan senjatanya, yang terdiri daripada misil Hellfire, roket Hydra 70 dan peluru 30mm.

Pelawat yang bermata tajam juga boleh mencari jalur ekor khas pada F-15SG yang direka bentuk tahun lepas untuk ulang tahun RSAF yang ke-50.

Angkatan BTS: (dari kiri) 2SG Yogeswaran, ME4 Chan dan 3SG Yap Kah Wei, seorang AFT Pasukan Pertunjukan Udara F-15SG, telah bekerja keras untuk memastikan pesawat berada dalam keadaan yang sempurna untuk hari pertunjukan.

Tunda sehingga menjangkau batasan!

Jika anda ingin tahu bagaimana beberapa platform ini sampai ke CEC, ia telah ditunda dari pangkalan udara – pada larut malam!

Sarjan Kedua (2SG) Yogeswaran S/O Murugas, 26, merupakan sebahagian daripada pasukan yang menunda pesawat pejuang dan MRTT dari Pangkalan Udara Changi (Kiri) ke CEC.

Walaupun Juruteknik Angkatan Udara (AFT) Pasukan Pameran Statik F-15SG telah biasa memindahkan pesawat pada siang hari, bekerja di waktu malam memberikan cabaran yang berbeza.

Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa ini menjelaskan: "Oleh sebab kurang daya penglihatan, kami terpaksa lebih berwaspada tentang kawasan sekeliling dan mengawasi hazard keselamatan, terutamanya terhadap hujung sayap pesawat.

"Kami mengikat baton pengawas pada hujung sayap dan ekor supaya kakitangan yang membuat perjalanan dalam konvoi pesawat dapat melihat kawasan hadapan dan memastikan mereka bergerak perlahan apabila kita perlu menyeberang jambatan."

(Dari kiri) Pengerusi Jawatankuasa Kecil RSAF Leftenan Kolonel Kanan Yeong Kah Wai dan Pengerusi Jawatankuasa Pameran Terbang RSAF Leftenan Kolonel Max Ng amat berterima kasih kepada pasukan yang mengkhususkan masa mereka di samping tugas operasi dan kakitangan utama supaya dapat memberi persembahan baik di SA24.

Tidak berjaya mendapatkan tiket ke Pertunjukan Udara? Jangan bimbang, anda masih boleh menonton strim langsung pertunjukan udara pada 20 Feb pukul 12.20 tengah hari dan 24 Feb pukul 11.20 pagi di singaporeairshowlive.gov.sg!

Tags 2024-com
Suggested Reading
浮动舞台:回顾过去
浮动舞台:回顾过去
COMMUNITY
The Floating Platform: A look back
The Floating Platform: A look back
COMMUNITY
20-Mar-24

As The Float @ Marina Bay makes way for the new NS Square, here's a look back at one of the coolest structures in the world.

卫国广场将于2027年落成,成为所有人都能享受的空间
卫国广场将于2027年落成,成为所有人都能享受的空间
COMMUNITY
DATARAN NS BAKAL SIAP DIBINA MENJELANG 2027, MENJADI RUANG UNTUK DINIKMATI RAMAI
DATARAN NS BAKAL SIAP DIBINA MENJELANG 2027, MENJADI RUANG UNTUK DINIKMATI RAMAI
COMMUNITY
NS Square to be ready by 2027, set to be a space for all to enjoy
NS Square to be ready by 2027, set to be a space for all to enjoy
COMMUNITY
19-Mar-24

One of Singapore's future national landmarks, NS Square will provide not only a stage for parades, concerts and other large-scale events, but also an NS-themed gallery, sports facilities and a new waterfront promenade.

新的中央人力局将于2025年启用;一站式国民服役门户网站将在今年准备就绪
新的中央人力局将于2025年启用;一站式国民服役门户网站将在今年准备就绪
COMMUNITY
CMPB BAHARU AKAN BUKA PADA 2025; PORTAL WEB ONENS DISEDIAKAN TAHUN INI
CMPB BAHARU AKAN BUKA PADA 2025; PORTAL WEB ONENS DISEDIAKAN TAHUN INI
COMMUNITY
New CMPB to open in 2025; OneNS web portal to be ready this year
New CMPB to open in 2025; OneNS web portal to be ready this year
COMMUNITY
29-Feb-24

Servicemen across all stages of NS can look forward to greater convenience from new facilities and initiatives introduced by the SAF.

在2024年新加坡航展上,新加坡空军部队静态展示的幕后 Feature
在2024年新加坡航展上,新加坡空军部队静态展示的幕后
COMMUNITY
DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024 Feature
DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024
COMMUNITY