DATARAN NS BAKAL SIAP DIBINA MENJELANG 2027, MENJADI RUANG UNTUK DINIKMATI RAMAI

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/c2d5b1ad-cd80-42a1-aae8-1f70d0b89a53/19mar24_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-c2d5b1ad-cd80-42a1-aae8-1f70d0b89a53-oYJS3f7 /web/wcm/connect/pioneer/c2d5b1ad-cd80-42a1-aae8-1f70d0b89a53/19mar24_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-c2d5b1ad-cd80-42a1-aae8-1f70d0b89a53-oYJS3f7 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2024-Q1/malay/19mar24_news1_ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2024-Q1/malay/19mar24_news1_ms
19mar24_news1_ms
19 Mar 2024 | COMMUNITY
English 华文

DATARAN NS BAKAL SIAP DIBINA MENJELANG 2027, MENJADI RUANG UNTUK DINIKMATI RAMAI

//KISAH OLEH TEO JING TING // FOTO OLEH CHUA SOON LYE

English 华文

Sebagai salah satu mercu tanda kebangsaan masa depan di Singapura, Dataran NS akan menyediakan bukan sahaja pentas untuk perbarisan, konsert dan acara skala besar yang lain, malah terdapat juga galeri bertema NS, kemudahan sukan dan sesiaran dermaga yang baharu.

Dengan pemandangan latar langit bandar, Dataran NS yang akan dibina ini merupakan suatu tanda dan peringatan tentang peranan utama yang dimainkan oleh NS dalam memastikan keamanan dan kemakmuran Singapura.

Apakah yang boleh anda lihat di Dataran Perkhidmatan Negara (NS) yang bakal dibina ini?

Cirinya yang paling menonjol – sebuah astaka besar yang berbentuk bulat – akan dijadikan tempat anjuran yang tetap bagi acara berskala besar seperti Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dan mempunyai jumlah tempat duduk yang cukup bagi kira-kira 30,000 orang.

Selain itu, terdapat galeri bertema NS dalam rancangan pembangunan yang akan mempamerkan kisah dan sumbangan anggota perkhidmatan negara dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Angkatan Polis Singapura (SPF) dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) melalui paparan perkakasan dan multimedia.

Dr. Ng (ketiga dari kiri) memimpin majlis memecah tanah. Dia diiringi (dari kiri) Panglima Angkatan Pertahanan Naib Laksamana Aaron Beng; Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad dan Heng Chee How; Menteri Negara Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pembangunan Negara Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal Ibrahim; dan Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura serta Tenaga Kerja Singapura Lim Ming Yan.

Mengapakah Dataran NS?

Menggelarkannya sebagai mercu tanda kebangsaan untuk semua warga Singapura, Menteri Pertahanan Dr. Ng Eng Hen berkata bahawa Dataran NS Square ditujukan agar menjadi wadah bagi Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) dan keluarga mereka untuk menikmati keamanan dan kemakmuran Singapura, yang telah mereka lindungi bertahun-tahun lamanya.

Dr. Ng juga menjelaskan sebab pemilihan nama dataran tersebut ketika berucap di majlis memecah tanah Dataran NS.

"Dalam kalangan pelbagai kemudahan dan tawaran di Dataran NS, sebuah Dataran Perbarisan kecil akan dibina.

"Dataran Perbarisan yang sederhana dan biasa itu…adalah suatu tanda penghargaan dan peringatan kepada semua NSmen bahawa perjalanan mereka untuk menjadi askar yang terlatih sepenuhnya bermula di Dataran Perbarisan – di mana disiplin, kekuatan, keakraban, kesetiaan, integriti… telah ditempa dalam diri mereka dan unit SAF mereka."

Dr. Ng berkata: "Dataran NS yang berkekalan di Teluk Marina yang indah dan mengagumkan ini akan menjadi tanda penghormatan yang sesuai bagi sumbangan NSmen dan semua pihak yang menyokong NS. Dataran NS akan menjadi peringatan yang berkekalan bahawa kedaulatan Singapura bergantung pada komitmen kita terhadap pertahanan dan keselamatan kita sendiri."

Astaka besar yang berbentuk bulat tersebut menjanjikan pemandangan yang baik dari setiap tempat duduk – sempurna untuk para penonton yang menyaksikan NDP dan acara lain!

Pemandangan yang baik dari setiap tempat duduk

Astaka besar berbentuk bulat yang julung kali dibina di Asia Tenggara ini mempunyai struktur berjulur tuas yang mempunyai bidang sehingga 25m. Ini akan menampung peningkatan jumlah tempat duduk sehingga kira-kira 30,000, untuk membolehkan lebih ramai warga Singapura menyaksikan NDP dan acara lain di tapak pada setiap tahun.

Tempat duduk tersebut melengkung di keliling pentas untuk memberi pemandangan yang baik dari setiap sudut, membawa para penonton lebih hampir dengan persembahan.

Pentas baharu yang berkekalan ini mempunyai tingkat bawah tanah terbina khusus yang mengunjur ke Bendungan Marina, membolehkan ruang fleksibel ini dikonfigurasikan untuk pelbagai skala acara – daripada konsert dan persembahan sehinggalah aktiviti dan pertandingan sukan.

Ruang komuniti yang penuh semangat dan tenaga

Apabila tidak digunakan untuk acara, pentas ini akan diubah menjadi ruang serba guna untuk aktiviti komuniti seperti sukan dan rekreasi, serta pasar hujung minggu.

Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam aktiviti seperti berkanu, berkayak dan perahu naga di pusat sukan air, atau menikmati gim dan pusat kolam renang terangkat dengan kawasan riadah air.

Orang yang tidak berminat dengan sukan boleh bersiar-siar di sesiaran dermaga awam yang baharu di keliling pentas, membentuk sebahagian daripada laluan lingkaran yang berterusan di keliling Teluk Marina.

Hampiri dan saksikan pelbagai aset SAF di buka depan tingkat jalan galeri bertema NS ini.
Demi instagram: Tunjuk gaya terbaik anda dengan berlatarbelakangkan pelbagai aset SAF dan Pasukan Dalam Negeri di atrium awam.

Tanda Penghormatan kepada NSmen

Di pusat Dataran NS, terdapat galeri bertema NS yang akan mempamerkan aset daripada SAF dan juga Pasukan Dalam Negeri di atrium awam.

Pelawat juga boleh menikmati ruang pameran mengasyikkan yang seluas dua tingkat, serta galeri pemandangan yang memperlihatkan latar langit bandar.

(Dari kiri) SLTC (NS) Halmie, Ketua Turus Divisyen Singapura Ke-3 Kolonel (NS) Tan Khong Wee, dan Sarjan Mejar Briged dari Markas Sokongan Divisyen Ke-6 Pegawai Waran Pertama (NS) Subash Lazar menantikan penyiapan Dataran NS.

Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) (NS) Halmie Bin Hussein Mattar tidak sabar untuk melawati Dataran NS sebagai ruang aktiviti bersama bagi keluarganya, dan menikmati pameran dan kisah NS untuk memahami NS.

Komander berumur 47 tahun daripada Briged Infantri Singapura Ke-24 (24 SIB) ini berharap untuk saling berkongsi kisah dan pengalaman bersama anak lelakinya yang akan masuk tentera pada tahun ini.

"NS ialah tanda peralihan hidup kepada peringkat dewasa yang membentuk ikatan antara bapa dan anaknya. Mendiang ayah saya telah berkhidmat dalam NS pada lewat 1970-an dan dia sentiasa menceritakan kisahnya tentang NS. Saya dapat memahami pengalamannya apabila saya memasuki NS 20 tahun kemudian.

"Saya berharap bahawa (saya dan anak saya) akan dapat berkongsi kisah dan pengalaman sama (NS)."

KPT (NS) Sing berharap bahawa Dataran NS tersebut akan menginspirasikan generasi warga Singapura yang seterusnnya untuk melindungi Singapura.

Bagi Kapten (KPT) (NS) Sing Hui, Platform Terapung tersebut merupakan peringatan yang memilukan tentang perbarisan tamat pengajian Latihan Asas Tenteranya, yang diadakan pada Mac 2016.

"Selepas berkawat sejauh 24km, saya dapat lihat orang tersayang saya di tempat duduk. Itu merupakan detik yang sangat gembira dan membanggakan (bagi saya)."

Menekankan kepentingan NS, Pegawai Bertugas berumur 27 tahun bagi Kompeni Briged Jurutera dari 24 SIB berkata bahawa NS yang berkesan dan mantap akan membolehkan Singapura menangani ancaman dengan tegas, serta melindungi kedaulatan dan kebebasannya.

"Dataran NS akan menjadi tempat yang sesuai untuk berkongsi pengalaman NS dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, serta menginspirasikan generasi seterusnya untuk terus melindungi tanah air kita."

Tags 2024-com
Suggested Reading
浮动舞台:回顾过去
浮动舞台:回顾过去
COMMUNITY
The Floating Platform: A look back
The Floating Platform: A look back
COMMUNITY
20-Mar-24

As The Float @ Marina Bay makes way for the new NS Square, here's a look back at one of the coolest structures in the world.

卫国广场将于2027年落成,成为所有人都能享受的空间
卫国广场将于2027年落成,成为所有人都能享受的空间
COMMUNITY
NS Square to be ready by 2027, set to be a space for all to enjoy
NS Square to be ready by 2027, set to be a space for all to enjoy
COMMUNITY
19-Mar-24

One of Singapore's future national landmarks, NS Square will provide not only a stage for parades, concerts and other large-scale events, but also an NS-themed gallery, sports facilities and a new waterfront promenade.

新的中央人力局将于2025年启用;一站式国民服役门户网站将在今年准备就绪
新的中央人力局将于2025年启用;一站式国民服役门户网站将在今年准备就绪
COMMUNITY
CMPB BAHARU AKAN BUKA PADA 2025; PORTAL WEB ONENS DISEDIAKAN TAHUN INI
CMPB BAHARU AKAN BUKA PADA 2025; PORTAL WEB ONENS DISEDIAKAN TAHUN INI
COMMUNITY
New CMPB to open in 2025; OneNS web portal to be ready this year
New CMPB to open in 2025; OneNS web portal to be ready this year
COMMUNITY
29-Feb-24

Servicemen across all stages of NS can look forward to greater convenience from new facilities and initiatives introduced by the SAF.

在2024年新加坡航展上,新加坡空军部队静态展示的幕后 Feature
在2024年新加坡航展上,新加坡空军部队静态展示的幕后
COMMUNITY
DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024 Feature
DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024
COMMUNITY