CMPB BAHARU AKAN BUKA PADA 2025; PORTAL WEB ONENS DISEDIAKAN TAHUN INI

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/97d9a0af-74ee-4932-b4d6-87287af331a7/29feb24_news1-photo1-thumbnail.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-97d9a0af-74ee-4932-b4d6-87287af331a7-oYJRX4o /web/wcm/connect/pioneer/97d9a0af-74ee-4932-b4d6-87287af331a7/29feb24_news1-photo1-thumbnail.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-97d9a0af-74ee-4932-b4d6-87287af331a7-oYJRX4o /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2024-Q1/malay/29feb24_news1_ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2024-Q1/malay/29feb24_news1_ms
29feb24_news1_ms
29 Feb 2024 | COMMUNITY
English 华文

CMPB BAHARU AKAN BUKA PADA 2025; PORTAL WEB ONENS DISEDIAKAN TAHUN INI

//KISAH TEO JING TING /FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文

Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara merentasi semua peringkat Perkhidmatan Negara boleh menikmati kemudahan yang lebih baik daripada kemudahan dan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh SAF.

CMPB baharu bertentangan stesen MRT Cashew akan dibuka secara beransur-ansur mulai 2025. [Imej: MINDEF]

Di manakah lokasi CMPB (Pangkalan Tenaga Manusia Pusat) semasa anda mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS)? Kini, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara pergi ke CMPB di Jalan Depot, manakala bagi generasi yang lebih tua Dempsey adalah tempat yang dituju.

Mulai 2025, anggota perkhidmatan negara akan tahu CMPB terletak di Bukit Gombak, bertentangan stesen MRT Cashew.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How mengumumkan CMPB baharu (sebelum ini digelar NS Hub) akan dibuka secara berperingkat mulai 2025.

Encik Heng berucap di Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan tentang belanjawan pertahanan pada 29 Feb.

Kemudahan baharu itu akan menampilkan Pusat Penyesuaian Kecergasan serba cuaca. [Imej: MINDEF]

Pusat perkhidmatan sehenti

Hab perkhidmatan bersepadu untuk pentadbiran berkaitan NS, CMPB baharu akan membenarkan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara menjalani Program Penyaringan Kesihatan, mengambil Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) mereka atau menghadiri latihan NS FIT di Pusat Penyesuaian Kecergasan serba cuaca.

Pra-pendaftar akan menghadiri saringan perubatan dan mengambil IPPT pra-pendaftaran mereka di sana. Masa pemeriksaan perubatan akan disingkatkan, berkat proses pendaftaran yang lebih mudah dan turutan stesen yang diperbaik.

"Terletak mudah bertentangan stesen MRT Cashew, CMPB baharu akan disambung berterusan dan terlindung dari stesen itu," kata Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Lau Hui Boon dalam wawancara media pada 26 Feb.

Menurut Ketua Pejabat Projek Pembangunan Semula Gombak yang berusia 50 tahun itu, mereka yang memasuki premis itu hanya perlu menunjukkan NRIC mereka untuk pendaftaran dan bukannya bertukar pas, memudahkan kemasukan ke pangkalan tersebut.

Menempatkan pakar perubatan di satu lokasi

CMPB baharu itu juga akan menempatkan Hab Kesihatan Serantau (RHH) kedua, yang memusatkan beberapa kemudahan penjagaan kesihatan SAF yang kini tersebar luas di seluruh pulau.

Ini adalah termasuk Pusat Klasifikasi Perubatan (MCC); Pusat Pakar Perubatan dan Pergigian; Pusat Program Penyaringan Kesihatan; dan Pusat Perubatan MINDEF (Kementerian Pertahanan).

RHH baharu juga akan menempatkan para pakar dari pelbagai bidang, seperti mata; ENT (Telinga Hidung dan Tekak); ortopedik; dermatologi; psikiatri; dan perubatan pekerjaan.

RHH pertama di Kem Kranji III hanya menyediakan perkhidmatan psikiatri satelit.

Menurut LTC (Dr) Ho, RHH baharu akan menempatkan pakar dari pelbagai bidang termasuk ortopedik, dermatologi, psikiatri dan perubatan pekerjaan.

"Jika pra-pendaftar mempunyai semakan perubatan di MCC dan dia memerlukan semakan pakar dan kami menyediakan kepakaran tersebut dalam hab kesihatan, dia akan dirujuk dalam hab yang sama untuk perundingan dan kadar ganti yang lebih pantas untuk keadaannya," kata Leftenan Kolonel (LTC) (Dr) Ho Boon Hor.

Ketua Perkhidmatan Kesihatan Pakar dari Institut Perubatan Tentera yang berusia 46 tahun, ditugaskan untuk menyelia penubuhan RHH kedua.

Sepanjang dekad yang seterusnya, SAF akan menubuhkan empat lagi RHH di seluruh pulau.

Bertapak di Berek Dieppe, RHH ketiga akan menempatkan Pusat Perubatan Sukan dan Senaman pertama SAF untuk menguruskan kecederaan muskuloskeletal dengan lebih baik. Ia dijadualkan untuk beroperasi pada 2027.

Aplikasi mudah alih OneNS akan dilancarkan kepada semua unit NS menjelang akhir 2024.

Menjadikan proses ICT selanjar

Selaras dengan memperbaik pengalaman NS, Portal Web oneNS akan menggantikan Portal NS secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini.

Dihoskan di awan komersial, portal yang diubah suai akan membolehkan akses yang lebih lancar dengan sedikit gangguan, kata Encik Heng.

Terdapat juga aplikasi mudah alih OneNS yang disertakan, yang dijangka akan dilancarkan kepada semua unit NS menjelang akhir 2024.

Bertujuan untuk menjadikan proses pentadbiran Latihan Dalam Kem (ICT) lebih cekap, aplikasi itu melibatkan pemprosesan dalam yang diperkemas melalui lokasi geo dan ciri-ciri pengimbasan kod QR, serta pengiktirafan panggilan ICT dan penerimaan Gaji Pencukup.

Sejak Disember 2022, ujian aplikasi itu dijalankan untuk hampir 4,000 Anggota Perkhidmatan Negara  Sedia Beroperasi untuk menyediakannya.

Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa yang menjalani penilaian fungsian untuk operator pengangkutan, seperti memasang dan menurunkan trak lima tan.

Memaksimumkan sumbangan anggota perkhidmatan negara

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, SAF telah melancarkan beberapa skim untuk memperbaik dan memperkukuh sumbangan NS.

Ia adalah termasuk mereka bentuk semula 1,800 peranan merentas 20 kerjaya seperti Medik Tempur, Operator Kenderaan Pengangkut Infantri dan Operator Pengangkutan, dengan memanfaatkan teknologi.

Sejak inisiatif ini pada 2021, sebanyak 700 NSF dikerahkan dalam pelbagai peranan operasi yang meluas yang sebelum ini dikecualikan daripadanya.

Satu lagi ialah menyemak kriteria kecergasan perubatan dan memadankannya dengan keperluan fizikal pekerjaan.

Pada Januari 2022, penilaian fungsian untuk pra-pendaftar dengan keadaan ortopedik tertentu telah diperkenalkan. Sejak itu, seramai 200 pra-pendaftar dinilai dan didapati mempunyai fungsi untuk diserapkan ke dalam rangkaian peranan yang lebih luas berbanding sebelum ini, kata Encik Heng.

(Dari kiri) 2SG Firqin, ME4A (NS) Seah dan CPL (NS) Joel Lim mendapati inisiatif NS baru-baru ini – seperti skim Belajar Sambil Kerja, Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkatkan dan platform untuk mengakses kursus dalam talian – bermanfaat untuk kerja atau pembelajaran mereka.

Bekerja & belajar

Untuk melabur dan memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan anggota tentera negara, SAF telah memperkenalkan pelbagai Skim Belajar Sambil Kerja (WLS).

Bagi yang belum tahu, Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) yang menyertai skim ini akan menerima diploma atau kredit separa universiti semasa melaksanakan tempoh NS sepenuh masa, diikuti dengan perkhidmatan Regular. Mereka boleh memberi sumbangan yang lebih bagus kepada SAF dengan peningkatan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Kini, terdapat lapan WLS; hampir 520 NSF mendaftar dalam skim ini.

Antaranya ialah Sarjan Kedua (2SG) Firqin Akmal, yang mendaftar untuk WLS dalam penyenggaraan tentera pada Jun 2022.

Juruteknik Pakar Automotif berusia 24 tahun di Pangkalan Penyenggaraan Tentera Darat Ketiga menyertai WLS kerana ingin belajar tentang kemahiran kepimpinan dan pengurusan sumber manusia dalam SAF, di samping memperoleh kredit pada masa yang sama.

2SG Firqin juga sedang menuntut Diploma Pengajian Kerja dalam Kejuruteraan Pengangkutan Darat di ITE College West.

Skim Belajar Sambil Kerja Siber Politeknik terbaharu bertujuan untuk menarik pelajar yang mendaftar dalam kursus keselamatan siber di Politeknik Singapura. [Foto fail]

Perkongsian terkini ini adalah antara MINDEF dan Politeknik Singapura (SP).

Pelajar tahun akhir SP boleh mendaftar setahun lebih awal daripada rakan sekolah mereka, serta menerima pengiktirafan perkhidmatan ketenteraan mereka bagi memenuhi keperluan latihan amali tahun akhir politeknik mereka.

Satu lagi inisiatif baharu ialah tajaan akademik untuk pelajar diploma politeknik di kedua-dua SP dan Politeknik Republik (RP).

Para pelajar yang menuntut kursus elektronik aeroangkasa dalam SP dan mereka yang belajar kejuruteraan elektrik dan elektronik atau teknologi maklumat dalam RP boleh memohon Penajaan SAF-Politeknik untuk Diploma Kurikulum Bersepadu (SPS-IC).

Permohonan untuk kedua-dua skim tersebut sudah dibuka, dengan permohonan Politeknik Cyber WLS dan SPS-IC bermula pada Oktober 2023 dan Februari tahun ini.

Pengerahan semula Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara dengan kemahiran & kepakaran yang berkaitan

Sejak 2014, SAF juga telah mengenal pasti anggota NS yang mempunyai kemahiran yang relevan dan menempatkan semula mereka ke unit di mana mereka boleh menyumbang kepakaran awam mereka dalam kapasiti yang lebih besar, kata Encik Heng.

Setakat ini, kira-kira 790 anggota NS telah ditempatkan selama bertahun-tahun dalam peranan seperti pengendali C4 (Perintah, Kawalan, Komunikasi dan Komputer) dan pegawai undang-undang.

Hanya dalam 2023, SAF telah menempatkan semula kira-kira 260 anggota NS, serta memperkenalkan tinjauan marin sebagai domain baharu.

Salah seorang NSmen ini ialah Pakar Tentera (ME) 4A (NS) Melvin Seah. Lelaki berusia 40 tahun itu kini berkhidmat sebagai ketua pasukan tindak balas insiden daripada Komando C4 SAF Perkhidmatan Digital dan Perisikan.

Sebelum beliau menyertai Skim Penggunaan Kepakaran Dipertingkat tahun lepas, ME4A (NS) Seah memegang pangkat ME2 dan merupakan Sarjan Mejar Kompeni dalam unit tersebut.

Dalam peranan awamnya, beliau mengawasi sepasukan responden insiden dalam firma keselamatan siber tempatan Ensign InfoSecurity, tempat beliau menguruskan insiden siber.

"Ini adalah tempat di mana saya boleh menyumbang dan mempelajari proses baharu (keselamatan siber) daripada rakan sebaya ICT dan Regulars, serta berkongsi pengetahuan saya dari sudut komersial," kata ME4A (NS) Seah.

NSF melawat gerai pameran di pameran kerjaya dan pendidikan SkillsFuture@NS. [Foto fail]

Peralihan yang lebih lancar untuk NSF pasca-Perkhidmatan Negara

Dalam perbahasan belanjawan, Encik Heng juga memberi maklumat terkini tentang penglibatan MINDEF untuk membantu NSF beralih dengan lebih baik untuk pengajian lanjutan atau tempat kerja mereka selepas menjalani Perkhidmatan Negara.

Bersama dengan Kementerian Dalam Negeri, ia bekerja bersama dengan NTUC Learning Hub dan Institut Pekerjaan dan Kebolehkerjaan NTUC untuk meningkatkan inisiatif SkillsFuture@NS pada 2022.

Di bawah peningkatan ini, NSF boleh mengguna SkillsFuture@NS Learning eXperience Platform (LXP) untuk mendapat akses tanpa batas kepada 75,000 kursus dalam talian.

Sejak pelaksanaannya, hampir 21,000 NSF telah mendaftar di platform.

Semasa hampir menamatkan Perkhidmatan negara pada 2023, Koperal (KPL) (NS) Joel Lim membuat kepurtusan untuk mendaftar dalam SkillsFuture@NS LXP untuk mendapat kembali rentak pembelajaran dan pengajian.

Daripada kursus pembentangan dan pembinaan pasukan sehinggalah ke fotografi makanan, rangkaian kursus yang tersedia adalah menarik dan bermanfaat kepada mahasiswa Pentadbiran Perniagaan dan Perakaunan berusia 22 tahun dari Universiti Kebangsaan Singapura.

"Saya ingin memastikan agar fikiran saya tajam dan begitu banyak kursus untuk dipilih yang bukan sahaja boleh membantu dalam kerjaya dan pengajian, tetapi juga yang menarik minat anda," kata KPL (NS) Lim, yang berkhidmat sebagai seorang anggota Polis Tentera di Pangkalan Gombak.

Pada September 2023, MINDEF turut bekerjasama dengan NTUC Muda untuk memperkenalkan program Makmal Permulaan Kerjaya kepada NSF.

Dengan penglibatan sebanyak 100 syarikat merentasi pelbagai industri, seperti makanan dan minuman, peruncitan, kesihatan, tenaga dan kewangan, ia membantu NSF untuk memulakan kerjaya dalam pasaran pekerja.

Semua anggota perkhidmatan negara dahulu dan sekarang akan menerima kredit LifeSG $200 mulai November ini. [Foto fail]

Menghargai anggota perkhidmatan negara dahulu dan sekarang

Menurut Encik Heng juga, semua anggota perkhidmatan negara dahulu dan sekarang akan menerima $200 dalam kredit LifeSG pada November ini, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong sebelum ini pada 16 Feb.

Sah untuk satu tahun dari tarikh ia dikeluarkan, kredit boleh diguna di mana-mana peniaga dalam talian atau fizikal yang menerima pembayaran secara "Imbas dan Bayar" melalui Paynow UEN QR atau NETs QR.

Jumlah itu adalah tambahan kepada $100 yang dikeluarkan pada 2022 untuk memperingati NS55 (55 tahun NS).

"NS kekal sebagai asas dalam menjaga keselamatan, kedaulatan dan cara hidup kita.

"Kami mesti terus melakukan yang terbaik untuk memperkukuh sistem NS, memanfaatkan sepenuhnya bakat dan kemahiran NSF dan NSmen kami, (dan) menghargai sumbangan berharga mereka. Kita mesti menjaga mereka dengan baik," pesan Encik Heng.

Tags 2024-com
Suggested Reading
浮动舞台:回顾过去
浮动舞台:回顾过去
COMMUNITY
The Floating Platform: A look back
The Floating Platform: A look back
COMMUNITY
20-Mar-24

As The Float @ Marina Bay makes way for the new NS Square, here's a look back at one of the coolest structures in the world.

卫国广场将于2027年落成,成为所有人都能享受的空间
卫国广场将于2027年落成,成为所有人都能享受的空间
COMMUNITY
DATARAN NS BAKAL SIAP DIBINA MENJELANG 2027, MENJADI RUANG UNTUK DINIKMATI RAMAI
DATARAN NS BAKAL SIAP DIBINA MENJELANG 2027, MENJADI RUANG UNTUK DINIKMATI RAMAI
COMMUNITY
NS Square to be ready by 2027, set to be a space for all to enjoy
NS Square to be ready by 2027, set to be a space for all to enjoy
COMMUNITY
19-Mar-24

One of Singapore's future national landmarks, NS Square will provide not only a stage for parades, concerts and other large-scale events, but also an NS-themed gallery, sports facilities and a new waterfront promenade.

新的中央人力局将于2025年启用;一站式国民服役门户网站将在今年准备就绪
新的中央人力局将于2025年启用;一站式国民服役门户网站将在今年准备就绪
COMMUNITY
New CMPB to open in 2025; OneNS web portal to be ready this year
New CMPB to open in 2025; OneNS web portal to be ready this year
COMMUNITY
29-Feb-24

Servicemen across all stages of NS can look forward to greater convenience from new facilities and initiatives introduced by the SAF.

在2024年新加坡航展上,新加坡空军部队静态展示的幕后 Feature
在2024年新加坡航展上,新加坡空军部队静态展示的幕后
COMMUNITY
DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024 Feature
DI SEBALIK PAMERAN STATIK RSAF DI PERTUNJUKAN UDARA SINGAPURA 2024
COMMUNITY