DIA SEORANG DOKTOR JURUSELAM DALAM NDU

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/d54b9ceb-0fb0-403f-9a8a-2de998691447/20dec22_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-d54b9ceb-0fb0-403f-9a8a-2de998691447-oYUsG2B /web/wcm/connect/pioneer/d54b9ceb-0fb0-403f-9a8a-2de998691447/20dec22_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-d54b9ceb-0fb0-403f-9a8a-2de998691447-oYUsG2B /web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/people/2022-Q4/malay/20dec22_news1_ms
/web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/people/2022-Q4/malay/20dec22_news1_ms
20dec22_news1_ms
20 Dec 2022 | PEOPLE

DIA SEORANG DOKTOR JURUSELAM DALAM NDU

Dia wanita Singapura pertama yang menjalani Kursus Pegawai Perubatan Juruselam Angkatan Laut Amerika Syarikat yang dahsyat. Mari berkenalan dengan KPT (Dr) Chiew Wenqi, pegawai perubatan formasi bagi Unit Juruselam Angkatan Laut (NDU). Berikut ialah lima perkara yang perlu anda ketahui tentang dirinya:

// KISAH OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH KENNETH LIN & IHSAN KPT (DR) CHIEW WENQI

English 华文
English 华文
KPT (Dr) Chiew menjalani latihan menyelam untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh juruselam.

1. Dia tertarik dengan pasukan gerak khas

Sejak muda, Kapten (KPT) (Dr) Chiew telah lama berminat dengan tentera – terutamanya pasukan gerak khas elit yang menjalankan operasi merangsang seperti terjun dari kapal terbang dan menyelam ke dalam laut.

Jadi tidak hairanlah dia memilih kerjaya tentera dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Rekrut Chiew pada waktu itu (latar depan, tengah) dengan teman Latihan Asas Tentera (BMT) pada 2015.

2. Dia seorang doktor

Seorang penerima Biasiswa Perubatan SAF, KPT (Dr) Chiew memperoleh ijazah perubatannya daripada Universiti Nasional Singapura.

Kini sebagai pegawai perubatan formasi dalam NDU, doktor berumur 27 tahun ini merawat penyakit dan kecederaan yang dikaitkan dengan aktiviti menyelam. Sebagai contoh, penyakit dekompresi, yang berlaku apabila juruselam berenang ke permukaan dengan terlalu pantas.

KPT (Dr) Chiew memeriksa pesakit di dalam kebuk hiperbarik, yang mensimulasikan tekanan di pelbagai kedalaman bawah aras laut, di Kem Sembawang.
KPT (Dr) Chiew (kedua dari kanan) telah menjalani latihan di Hospital Besar Sengkang pada 2020.

3. Dia berminat dalam sukan dan cergas

Semasa zaman bersekolah di Institusi Raffles (RI), dia menyertai pasukan bola sepak dan taekwondo. Dia juga merupakan penyelam skuba rekreasi.

Untuk dicatat secara rasmi, KPT (Dr) Chiew telah memperoleh skor sebanyak 97 mata untuk Ujian Kemahiran Fizikal Individu (IPPT) terkininya – 60 tekan tubi, 60 bangkit tubi dan 11 minit 30 saat untuk larian 2.4km.

KPT (Dr) Chiew (baris kedua, keenam dari kiri) ialah penjaga gol bagi pasukan bola sepak wanita RI yang memenangi Kejohanan Bola Sepak Wanita Antara Sekolah Kebangsaan Divisyen A pada 2012.

4. Wanita SG pertama menghadiri DMOC USN

Serlahan kerjaya tenteranya setakat ini? Menghadiri Kursus Pegawai Perubatan Juruselam (DMOC) Angkatan Laut Amerika Syarikat (USN) di Florida dari Julai hingga Oktober tahun ini.

Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) menghantar seorang atau dua orang pegawai perubatan untuk menghadiri DMOC setiap tahun. KPT (Dr) Chiew merupakan wanita pertama daripada RSN yang berbuat demikian.

Kursus yang mendesak dari segi fizikal ini, termasuk fasa persediaan lima minggu, dijalankan selama lebih tiga bulan setengah.

Pelatih DMOC melakukan senaman pantai.

Para pelatih diarahkan menjalani senaman fizikal harian yang melibatkan larian sehingga 10km, serta latihan kolam renang seperti terapung di air dan menahan nafas.

Bagi satu latihan khusus, KPT (Dr) Chiew terpaksa terapung di air selama dua minit, sambil membawa tangki skuba yang seberat kira-kira 40kg — lebih dua kali ganda berat badannya!

"Latihan itu amat mencabar dari segi fizikal," kata KPT (Dr) Chiew, yang setinggi 1.63m dan seberat 50kg.

KPT (Dr) Chiew (latar depan) menjalani latihan menyelam ketika DMOC.
Membuat persediaan untuk penyelaman yang melibatkan pembekalan gas pernafasan dari permukaan. KPT (Dr) Chiew (kedua dari kanan) sedang memakai topi penyelaman yang seberat kira-kira satu pertiga daripada berat badannya.
Bersama pegawai perubatan RSN KPT (Dr) Gong Haoran (kanan) di DMOC.

Dia juga mempelajari cara menggunakan sistem pernafasan semula litar tertutup yang digunakan oleh pasukan Pelupusan Kelengkapan Ledakan dan pasukan SEAL Angkatan Laut Amerika Syarikat. Sistem ini serupa dengan sistem yang digunakan oleh juruselam di NDU.

Menurutnya, pelbagai latihan senaman ini membolehkan dia lebih memahami cabaran fizikal dan mental yang dialami oleh juruselam di bawah permukaan air.

"Apabila mereka mengalami kecederaan atau menunjukkan gejala, saya dapat lebih memahami profil penyelaman mereka dan perkara yang telah mereka lakukan. Jadi ini membantu saya memberi diagnosis dan rawatan yang lebih tepat untuk mereka."

Ketika DMOC, dia juga menerima latihan amali dalam penggunaan kebuk hiperbarik serta latihan terperinci tentang perubatan bidang penyelaman.

Kebuk hiperbarik menekankan udara agar meniru persekitaran bawah permukaan air, dan digunakan untuk merawat kecederaan berkaitan dengan penyelaman.

KPT (Dr) Chiew berharap dapat menginspirasikan lebih banyak wanita agar menyertai Angkatan Laut.

5. Dia ingin menginspirasikan lebih banyak wanita agar menyertai Angkatan Laut

KPT (Dr) Chiew menyatakan bahawa wanita yang ingin masuk tentera perlu mempunyai tahap kecergasan dan daya ketahanan tertentu untuk menghadapi latihan mencabar dalam SAF.

Apabila ditanya tentang nasihat yang ingin diberi, dia berkata: "Jika anda berminat menyertai NDU atau Angkatan Laut sebagai pegawai perubatan, cuba sahaja. Pilihan kerjaya ini adalah menakjubkan dan menarik!"

Tonton aksi KPT (Dr) Chiew dalam video ini:

Tags 2022-ppl
Suggested Reading
PERINTIS ARTILERI ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA MERAIHKAN ULANG TAHUN KE-50
Cover story
PERINTIS ARTILERI ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA MERAIHKAN ULANG TAHUN KE-50
PEOPLE
28-Dec-22

Latihan menjerihkan yang dilalui dalam Perkhidmatan Negara telah membantu penembak veteran ini membina ikatan hubungan yang erat. Tahun ini, mereka meraihkan ulang tahun mereka ke-50 semenjak ditauliahkan sebagai pegawai artileri.

炮兵先辈庆祝 50 周年
Cover story
炮兵先辈庆祝 50 周年
PEOPLE
28-Dec-22

国民服役期间的艰苦训练帮助这些老炮兵建立了牢固的情谊。今年迎来他们被任命为炮兵军官的 50 周年。

NSman artillery pioneers mark 50 years
Cover story
NSman artillery pioneers mark 50 years
PEOPLE
28-Dec-22

The tough training they went through in NS helped these veteran gunners build strong bonds. This year, they celebrate their 50th anniversary since they were commissioned as artillery officers.

她是海军潜水部队的一名潜水医生
Cover story
她是海军潜水部队的一名潜水医生
PEOPLE
20-Dec-22

她是第一位接受艰苦的美国海军潜水医官课程的新加坡女性。认识一下海军潜水部队(NDU)编队医疗官周文琪上尉(医生)(CPT (Dr) Chiew Wenqi)。以下是您需要了解的关于她的五件事:

She's a diver-doctor in NDU
Cover story
She's a diver-doctor in NDU
PEOPLE
20-Dec-22

She is the first Singaporean woman to undergo the gruelling US Navy Diving Medical Officers' Course. Meet CPT (Dr) Chiew Wenqi, the formation medical officer of the Naval Diving Unit (NDU). Here's five things you need to know about her:

SEBUAH WARISAN PERKHIDMATAN NEGARA
Cover story
SEBUAH WARISAN PERKHIDMATAN NEGARA
PEOPLE
19-Dec-22

Mari berkenalan dengan Keluarga Chin, iaitu sebuah keluarga tiga generasi yang berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan negara.

国民服役佳话
Cover story
国民服役佳话
PEOPLE
19-Dec-22

陈家三代,接力国民服役。

A legacy of national service
Cover story
A legacy of national service
PEOPLE
19-Dec-22

Meet the Chins, a three-generation family of national servicemen.

PERJALANAN SEORANG JURAGAN DALAM KAPAL SELAM ANGKATAN LAUT Feature
PERJALANAN SEORANG JURAGAN DALAM KAPAL SELAM ANGKATAN LAUT
PEOPLE