KISAH KOMANDO SEBENAR

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/d087499c-eed9-4d72-b817-a6b1125ffbdd/dec18_people1-1a.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-d087499c-eed9-4d72-b817-a6b1125ffbdd-oYZwkyu /web/wcm/connect/pioneer/d087499c-eed9-4d72-b817-a6b1125ffbdd/dec18_people1-1a.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-d087499c-eed9-4d72-b817-a6b1125ffbdd-oYZwkyu /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2018-Q4/malay/dec18_people-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2018-Q4/malay/dec18_people-ms
dec18_people-ms
03 Dec 2018 | PEOPLE
English 华文

KISAH KOMANDO SEBENAR

// BERITA BENITA TEO

// FOTO TAN YONG QUAN & IHSAN ENCIK SANIF

English 华文

Pernahkah anda mengalami pengalaman yang begitu berkesan sehingga anda terdorong untuk membuat filem tentangnya? Inilah yang dilakukan oleh pembuat filem tempatan dan mentor ciNE65, Mohamad Sanif Olek.

"Komando Tua, Komando tua!" Kata Encik Sanif tertawa malu sambil berjalan terdengkot-dengkot. Dia mengalami kesakitan di pinggulnya yang pernah tercedera semasa larian mingguan dengan bekas rakannya Perkhidmatan Nasional (NS).

Walaupun kesakitan, dia masih melagakkan gaya semasa sesi foto, sambil berjenaka dan meminta maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama.

Siapa akan percaya kami sebenarnya bersama-sama dengan pembuat filem Melayu Singapura pertama yang hampir dicalonkan untuk Oscar?

Satu langkah besar untuk pembuatan filem SG

Pengarah dan penulis Encik Sanif, 48, bukan calang-calang orang di hadapan televisyen tempatan, setelah membina kerjayanya selama dua dekad dalam penerbitan program bahasa Melayu. Tetapi semangat dan bakatnya yang besar terserlah di belakang layar besar.

Pada 2015, filem sulongnya, Sayang Disayang (My Beloved Dearest) – sebuah kisah dalam bahasa Melayu tentang hubungan pembantu rumah berbangsa Indonesia dengan majikannya yang berkerusi roda — menjadi kemasukan rasmi Singapura untuk pencalonan Oscar bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.

"Saya menerbitkan filem ini kerana saya yakin dengan ceritanya itu. Saya mahu bercerita tentang makanan dan muzik Nusantara (Kepulauan Melayu). Dan saya mahu ia mudah dikenali oleh semua orang di Nusantara," kata pembuat filem veteran itu.

Encik Sanif di set penggambaran Sama Sama. Filem pendek ini mengisahkan tentang pertemuan secara kebetulan di antara dua profesion yang berlainan — Komando dan pemandu Boyan.

Di kalangan yang terbaik

Prinsip panduan Encik Sanif dalam pembuatan filem adalah menceritakan tentang kisah-kisah yang sahih. Dan di Sama Sama (The Same) — sebuah filem yang ditempah khas untuk ciNE65, pertandingan filem pendek dwitahunan—warga Boyan etnik ini memilih dua subjek yang dekat di hatinya: "Komando dan pemandu Boyan.

"Saya sering tertarik dengan filem dan naratif yang melibatkan golongan elit sejak dulu lagi," kata mantan Koperal di Batalion Komando Pertama (1 Cdo Bn).

Katanya lagi, seperti juga Komando, pemandu Boyan dianggap sebagai golongan elit dalam profesion mereka dan boleh dipercayai kerana sikap profesionalisme dan kebanggaan terhadap pekerjaan mereka sejak zaman penjajahan.

"Kedua-duanya mempunyai tradisi yang boleh disusur kembali dari dulu lagi... Orang memandang rendah kepada pemandu Boyan kerana menganggapnya sebagai pekerjaan kelas bawah, malahan ramai yang tidak tahu pemandu Boyan adalah pemandu elit yang tradisional," jelasnya, sambil menambah bahawa "Ahmad" (slanga untuk pemandu) lazimnya merujuk khususnya kepada kumpulan yang dihormati ini.

"Pemandu Boyan tidak berpendidikan tinggi dan ada juga yang tidak fasih bertutur dalam berbahasa Inggeris, namun mereka berjaya menjadi pemandu yang sebaik-baiknya."

Ikatan mesra: Encik Sanif (paling kanan) dan rakan Komandonya terus bertemu pada hari ini, hampir 30 tahun setelah mereka mendaftar.

Abang-adik berlainan ibu

Kisah tentang bagaimana untuk mengatasi kemusyilan turut mencerminkan pengalaman perkhidmatan negara (NS) Encik Sanif sendiri dalam 1 Cdo Bn.

"Saya memandang tinggi pada ideal keberanian, patriotisme, dan apakah ertinya menjadi askar yang berkhidmat untuk negara anda. Dan kemudian, saya berpeluang untuk ‘menyertai kumpulan legenda'."

Walaupun hari-hari pertamanya tidak mudah, lama-kelamaan dia belajar mendisiplinkan diri dan menghadapi segala cabaran.

"Menjadi Komando bukan semata-mata tentang keadaan fizikal, tetapi juga kecergasan mental untuk terus berusaha.

Dan juga kontigensi — setiap kali kami menjalankan operasi, kami selalu ada beberapa rancangan kontigensi.

"Penyiapan mental itu juga banyak membantu dalam tugasan saya, kerana sekiranya terjadi sesuatu di set penggambaran, anda harus juga meneruskan penggambaran untuk menepati tarikh akhir. Latihan saya telah membantu saya untuk bersedia menghadapi semua perkara ini."

Walaupun sudah lebih satu dekad sejak dia memakai beret merahnya, namun hubungannya dengan rakan-rakannya masih tetap akrab. Mereka sering melakukan larian mingguan bersama-sama, dan selalu bersedia untuk membantu.

"Contoh, jika seseorang dalam kumpulan sembang kami menyatakan Saudara A tidak sihat, dalam masa beberapa hari sahaja, semua orang akan bergabung tenaga untuk membantunya. Semua ini masih kami lakukan sehingga hari ini, setelah hampir 30 tahun."

Katanya dengan bangga: "Bagi saya ini memang mengkagumkan bagaimana rakan-rakan ini kini menjadi ahli keluarga kedua kami."

Menceritakan tentang kisah Singapura

Apabila disoal tentang pencapaian terbesarnya, Encik Sanif tidak menyebut tentang penglibatannnya dalam platform terbesar industri pembuatan filem.

Sebaliknya, sikap penghargaan yang diterima daripada mereka dekat di hatinya, iaitu warga Singapura.

"Bagi saya, perasaan yang menyentuh hati saya ialah apabila seseorang menghampiri saya dan berkata, 'Hei saya telah melihat filem kamu, saya benar-benar seronok menontonnya.' Bagi saya, ia suatu pengesahan tentang kenapa saya melakukan apa yang saya lakukan — bahawa pekerjaan saya bukan semata-mata hanya untuk rakan sebaya saya, malahan ia adalah untuk masyarakat yang lebih luas," katanya sambil merenung panjang.

Tags 2018-ops
Suggested Reading
保龄球夙愿
保龄球夙愿
PEOPLE
突击队员的真实故事
突击队员的真实故事
PEOPLE
多才多艺、活力四射、优雅 Feature
多才多艺、活力四射、优雅
PEOPLE
Real Commando story
Real Commando story
PEOPLE
03-Dec-18

Ever had an experience so impactful you made a movie about it? Local filmmaker and ciNE65 mentor Mohamad Sanif Olek is doing just that.

Multitalented, dynamite, classy Feature
Multitalented, dynamite, classy
PEOPLE
03-Dec-18

No mid-life crisis for the Music and Drama Company as it celebrates 45 years of entertaining Singaporeans and soldiers with bigger and better performances.

Bowl ambition
Bowl ambition
PEOPLE
03-Dec-18

National bowler Corporal First Class (CFC) (NS) Alex Chong doesn't give up easily.

CITA-CITA DALAM SUKAN BOLING
CITA-CITA DALAM SUKAN BOLING
PEOPLE
PELBAGAI BAKAT, DINAMIK, ADA KELAS Feature
PELBAGAI BAKAT, DINAMIK, ADA KELAS
PEOPLE
一帆风顺
一帆风顺
PEOPLE