PRESIDEN HALIMAH MELAWAT LATIHAN PEGAWAI KADET DI BRUNEI

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/e2c8852a-7ef9-4e29-aa81-e34aaa9e3ad3/3.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-e2c8852a-7ef9-4e29-aa81-e34aaa9e3ad3-mXf0By1 /web/wcm/connect/pioneer/e2c8852a-7ef9-4e29-aa81-e34aaa9e3ad3/3.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-e2c8852a-7ef9-4e29-aa81-e34aaa9e3ad3-mXf0By1 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-q2/malay/14may18_news-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-q2/malay/14may18_news-ms
14may18_news-ms
14 May 2018 | OPS & TRAINING
English 华文

PRESIDEN HALIMAH MELAWAT LATIHAN PEGAWAI KADET DI BRUNEI

// LAPORAN BENITA TEO

// GAMBAR CHUA SOON LAI / LOKASI TEMBURONG, BRUNEI

English 华文

"Tiada cara yang kita boleh mereplikakan (di Singapura) keadaan yang kita temui di dalam hutan Temburong. Ia menyediakan satu latihan (sekitaran) yang amat penting untuk askar-askar kita," kata beliau dalam satu temubual dengan media pada 14 Mei.

"Oleh sebab itu, saya amat berterima kasih dan Singapura benar-benar menghargai Brunei khususnya terhadap DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah kerana membenarkan kita melatih askar di Temburong. Hubungan erat pertahanan adalah suatu contoh yang baik yang dimiliki oleh kedua-dua buah negara."

Beliau berkata sedemikian selepas melawat Temburong, Brunei, di mana para pegawai kadet menjalani latihan keyakinan dan kemandirian di dalam hutan.

Puan Halimah berada di Brunei dari 11 hingga 14 Mei untuk lawatan sulung beliau ke luar negara atas jemputan Sultan yang juga Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam, DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Beliau telah diiringi oleh Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Mohamad Maliki bin Osman, Panglima Tentera Darat Brigedier Jeneral Goh Si Hou dan pegawai-pegawai kanan SAF yang lain.

Beliau turut melawat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai sebahagian daripada lawatan beliau.

Beliau menyaksikan para kadet menyeberangi halangan air dengan menggunakan sebuah jambatan tali sambil memakai peralatan tempur sepenuhnya di Temburong.

Beliau kemudiannya menyertai mereka dalam satu pelajaran tentang kelangsungan hidup di dalam hutan di mana mereka telah diajar cara untuk bergantung hidup dengan mengenal pasti tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang boleh dimakan.

Puan Halimah juga meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan para askar dan menggalakkan mereka untuk memberikan usaha terbaik dalam latihan mereka.

"Ini (latihan di dalam hutan dan keyakinan) ialah satu proses amat penting bagi kamu untuk meningkatkan disiplin, ketahanan, kemahiran ikhtiar hidup dan kerja berpasukan. Ia bukan sahaja akan menjadi penting kepada kerjaya kamu dalam SAF malah ia juga akan menjadi penting di sepanjang hidup kamu."

Beliau menambah: "Saya rasa ini ialah satu peluang (latihan) yang bagus untuk kamu dan saya pasti yang kamu akan menjadi pegawai-pegawai (dan) askar-askar yang sangat baik apabila kamu kembali ke Singapura."

Para kadet berkongsi perasaan yang serupa. Kata Kadet Pegawai Pelatih (OCT) Donavan See: "Kami benar-benar berasa seperti kami berlatih di dalam sebuah hutan sebenar di sini dengan hutan yang tebal dan kecuramannya (tanah).

Remaja yang berumur 19 tahun itu menambah: "Kami tidak boleh mendapat latihan sebegini di Singapura. (Latihan hutan) di sini rasa amat benar dan saya gembira kerana kami boleh melalui pengalaman ini."

Walaupun sekitaran hutan di sana masih baru bagi para kadet, latihan progresif yang dijalani mereka ketika di Singapura telah mempersiapkan diri mereka daripada latihan yang memenatkan itu sebelum mereka tiba di Brunei.

"Kami melakukan latihan persediaan untuk penyesuaian iklim dan penggunaan tenaga fizikal,"Kadet Pegawai Pelatih (OCT) Ashruff bin Mohammed Ibrahim yang berumur 20 tahun menerangkan. "Kami melakukan banyak latihan kawad dengan muatan-muatan tambahan. Memandangkan tanah di Singapura lebih rata, kami beransur-ansur menambah muatan kami untuk membiasakan diri (dengan pendakian)."

Bagi Kadet Pegawai Pelatih (OCT) Jai Prakash Gameran, dia merasakan bahawa mempunyai penetapan minda yang betul ialah kunci untuk menawan latihan mencabar. Kata lelaki yang berumur 21 tahun itu: "Kamu patut mengambilnya secara positif kerana kamu melalui sesuatu yang amat sukar dan kamu berjaya melakukannya.

"Dan faham bahawa OCS (Sekolah Kadet Pegawai) memberi kamu peluang untuk membuktikan diri kamu secara mental dan fizikal yang mana kamu boleh mengatasi cabaran yang kamu sangkakan tidak boleh untuk melakukannya." 

Tags