DI DALAM NADI HARIMAU BINTANG

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/1caff076-0faf-4600-b29f-e489398754b1/Firsthand_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-1caff076-0faf-4600-b29f-e489398754b1-mOecbPY /web/wcm/connect/pioneer/1caff076-0faf-4600-b29f-e489398754b1/Firsthand_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-1caff076-0faf-4600-b29f-e489398754b1-mOecbPY /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-Q4/malay/nov18_fs3-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-Q4/malay/nov18_fs3-ms
nov18_fs3-ms
01 Nov 2018 | OPS & TRAINING
English 华文

DI DALAM NADI HARIMAU BINTANG

// Cerita Benita Teo

// Gambar Kenneth Lin

English 华文
Wartawan Benita Teo mengalami pemanduan yang kasar dan mencabar apabila memandu Kenderaan Tempur Utama Leopard 2SG.

Wartawan Benita Teo mengalami pemanduan yang kasar dan mencabar apabila memandu Kenderaan Tempur Utama Leopard 2SG.

Adakah terdapat kenderaan yang lebih gemilang untuk dipandu daripada kereta kebal Leopard? Di Pusat Simulasi Perisai, saya mendapat pengalaman yang realistik untuk belajarmemandu kereta kebal tanpa membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Ruang Untuk Satu

Kenderaan berperisai itu memang kelihatan mengkagumkan. Tetapi tiada siapa sangka bagaimana kecil ruang di dalamnya.

Sebagai contoh kabin pemandu bagi Simulator Pemanduan Kereta Kebal Berperisai Leopard (ADS), hanya boleh memuatkan seorang pemandu. Untuk masuk ke dalam "tempat duduk tergantung" pemandu adalah sangat sukar. Kerusi tersebut adalah abah-abah yang dipasang pada pedal kaki.

Ini adalah untuk melindungi pemandu, yang duduk di bahagian yang paling rendah di dalam kenderaan, daripada kesan letupan periuk-periuk api.

Saya terpaksa merangkak dan memasuki kaki dahulu ke dalam abah-abah. Kemudian, dengan menggunakan baki kekuatan otot yang ada, saya mengangkat badan saya sedikit, supaya dapat mengklip abah-abah pada kabel gantung.

Walaupun dengan pertolongan daripada instruktor, Leftenan Teng Jian Ling, ia masih sangat sukar.

Selesa seperti bayi di dalam buaian kain sarung, saya bersedia untuk mula memandu.

Berayun dan bergolek

Bercakap dengan saya melalui alat komunikasi di dalam topi keledar, Leftenan Teng mengajar saya asas kemahiran pemanduan kereta kebal. Apabila kereta kebal berderam derum sambil bergerak dengan perlahan, saya dapat melihat "kenderaan" yang lain dan "pokok" yang saya lalui menerusi tiga periskop yang terdapat di dalam kereta kebal.

Leftenan Teng kemudiannya mengarah saya melalui lapangan berhalangan yang mempunyai stesen seperti galur(iaitu lurah-lurah yang berbukit). Sedang saya memandu di atas lurah berbukit, kereta kebal itu condong ke atas dan saya mendapati diri saya terjatuh dari abah-abah. Ketika saya sampai ke puncak, kenderaan itu berundur ke bawah dan saya terhayun ke depan di dalam abah-abah.

Leftenan Teng, Instruktor Simulasi Sayap Kereta kebal Berperisai, memberi arahan kepada saya dari Stesen Operasi Instruktur.
Ruang duduk penembak sama kecil dengan kabin pemandu – Saya terpaksa mengalihkan alat sandaran untuk merangkak masuk ke tempat duduk.
Ini adalah pemandangan sebenar kenderaan: Kereta Kebal Leopard 2SG di latihan Panzer Strike di Jerman tahun lepas.

Sebelum saya sempat pulih dari kejutan, Leftenan Teng masih ada banyak lagi arahan untuk saya.

"Kamu terlepas selekoh, undur dan pandu ke kanan," beliau mengarahkan. "Selepas itu terus ke depan."

"Masuk ke dalam pokok-pokok?"

"Ya."

Saya menekan penderas dan meneruni cerun, melanggar pokok-pokok di dalam laluan saya. Saya rasa sangat berkuasa apabila pokok-pokok hilang di bawah kenderaan saya.

Mabuk dengan kuasa menghancurkan pokok, saya terus terjun ke dalam air yang telah muncul, mempercayai yang saya boleh menawannya.

Sebaliknya… kereta kebal itu bergegar dengan kuatnya, mencampak saya merata-rata. Saya boleh nampak air dan langit melalui periskop. Selepas beberapa saat, semuanya berhenti.

"Saya rasa saya terhempas," saya bercakap pada alat komunikasi tersipu malu.

Senyap.

"Hello?"

Tergantung dengan kekoknya, dengan muka saya menekan pada periskop, saya disambut dengan bunyi senyap yang tidak menyenangkan. Akhirnya, satu suara yang sangat dikenali kedengaran. "Boleh kamu dengar saya?" "Ya,saya boleh mendengar kamu!" saya berkata dengan lega.

Sebenarnya, mensimulasi kehilangan komunikasi selepas terhempas adalah sebahagian daripada.

Pod ADS boleh di pasang pada kabin pemanduan untuk mensimulasi pelbagai perisai yang berbeza dan kenderaan-kenderaan infantri perang.

Mengeluarkan Senjata-senjata Besar

Kami bergerak ke Simulator Perisai Senjata dan Pergerakan, di mana saya boleh belajar menembak senjata yang terdapat di dalam kereta kebal.

Alat kawalan penembak serupa dengan konsol permainan video, ia mengimbau kenangan di mana saya tidak pernah dapat bertahan lebih dari lapan saat di dalam permainan Super Mario Bros. Nasib baik, ia mudah untuk digunakan.

Pemegang boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan atau dicondongkan ke atas dan ke bawah untuk menggerakkan senjata.

Ia hanya mempunyai empat butang atau togol: untuk mengesan, las dan menembak, dan suis tangan seperti suis keselamatan untuk mengelakkan pergerakan yang tidak sengaja. Ia perlu ditekan serentak dengan butang atau stereng.

Leftenan Teng mengenalpasti dan mengarahkan saya pada sasaran – yang berkemungkinan kenderaan musuh atau angkatan tentera darat.

Saya melihat menerusi sistem penglihatan dan menggerakkan senjata. Apabila tanda silang itu berada di atas sasaran, saya akan menggunakan suis las untuk mencari jarak sasaran.

"satu-satu-ratus," saya melaporkan, bermaksud sasaran itu berada dalam jarak 1.1km. Dengan arahan beliau, saya melepas tembakan.

Boom! Dan sasaran itu terbakar.

Menembak sesuatu yang tidak bergerak adalah jelas dan mudah. Tetapi ia adalah sesuatu yang berbeza apabila cuba untuk mengikut, mengesan dan las sasaran yang sedang bergerak – ia mengambil beberapa tembakan yang tersasar sebelum akhirnya saya berjaya menembak sasaran.

"Koordinasi kamu agak baik, untuk orang yang menembak untuk pertama kalinya," Leftenan Teng memberi galakan.

Hah! Ambil itu, Goomba (Karakter di dalam Super Mario)!

Untuk mendapatkan lesen kereta kebal 2SG, saya rasa saya perlu menjadi lincah dan tangkas seperti harimau bintang yang sebenar.

Tags