RSAF MENUNJUKKAN KESEDIAAN MELALUI LATIHAN MOBILISASI

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/d34f841c-a69e-4d08-921d-d1bdbe95fda0/1_reportingDES_3828.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-d34f841c-a69e-4d08-921d-d1bdbe95fda0-mOeePlI /web/wcm/connect/pioneer/d34f841c-a69e-4d08-921d-d1bdbe95fda0/1_reportingDES_3828.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-d34f841c-a69e-4d08-921d-d1bdbe95fda0-mOeePlI /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-Q4/malay/09dec18_news-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-Q4/malay/09dec18_news-ms
09dec18_news-ms
09 Dec 2018 | OPS & TRAINING
English 华文

RSAF MENUNJUKKAN KESEDIAAN MELALUI LATIHAN MOBILISASI

// Laporan Koh Eng Beng

// Gambar Chua Soon Lye

English 华文

Pengumuman mobilisasi telah disiarkan pada jam 12 tengah hari di Singapura pada 9 Disember. Dalam masa beberapa jam, lebih dari 90 peratus Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) sudah berada di tiga pangkalan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF di seluruh pulau, bersedia untuk bertugas.

Mereka adalah anak-anak kapal udara dan kakitangan di lapangan lima skuadron pejuang di Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). Latihan rutin ini adalah sebahagian daripada 20 hingga 30 latihan mobilisasi yang dijalankan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) setiap tahun.

Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong melihat proses mobilisasi di Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB), sementara latihan mobilisasi yang serupa sedang berlangsung secara serentak di pangkalan udara Changi dan Tengah.

Selepas melapor diri, Anggota Perkhidmatan Negara menghadiri taklimat untuk maklumat prosedur terkini untuk peranan mereka. Mereka turut mengambil bahagian dalam latihan table-top dengan kakitangan yang aktif.

Mejar (MAJ) (NS) Freddie Lim-Ng, 38, adalah salah seorang Anggota Perkhidmatan Negara yang melapor diri di PLAB. Meskipun beliau baru saja menyelesaikan separuh maraton awal pagi tadi.

Juruterbang F-15SG, yang telah berkhidmat di RSAF sebagai Reguler selama 15 tahun sebelum berhenti untuk bekerja sebagai pengajar simulator penerbangan, tidak ada keraguan tentang menjawab panggilan negara itu dengan segera.

Beliau memahami bahawa tindak balas pantas dan tepat pada masanya dari Anggota Perkhidmatan Negara sangat kritikal untuk Singapura, dan akan dilihat sebagai keupayaan SAF untuk sedia beroperasi.

Memandangkan Singapura adalah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai kedalaman strategik, Adalah penting untuk Singapura mempunyai pasukan udara yang berkesan dan siap sedia sebagai barisan rintangan dan pertahanan pertama.

"Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan proses pengerahan Anggota Perkhidmatan Negara dan kru aktif dijalankan dengan baik, dan kami boleh kembali dengan kadar segera untuk berkhidmat kepada negara terutama pada masa-masa yang diperlukan," katanya, tambah beliau lagi mobilisasi sedemikian memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa SAF bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang keadaan.

Mengenai mesej yang hendak disampaikan daripada latihan mobilisasi ini, RSAF Regular, MAJ Dhinaa Kumaar, 40, berkata: "SAF sudah siap pada bila-bila masa dipanggil, 24/7. Anggota (kami), termasuk Anggota Perkhdmatan Negara, akan meluangkan masa, walaupun di hujung minggu."

Beliau menambah: "Bertindak balas secepat mungkin... menunjukkan komitmen para anggota-anggota kami - baik yang aktif mahupun Anggota Perkhidmatan Negara."

Mengenai bagaimana RSAF menaikkan keupayaannya, MAJ Dhinaa, Pegawai Sistem Senjata F-15SG (Pejuang) daripada  Skuadron 142  (SQN), berkata bahawa RSAF kerap berlatih dengan pasukan udara dalam latihan luar negara berskala besar di Australia, Amerika Syarikat dan Thailand, di mana senario yang realistik dijalankan.

Mejar (NS) Lim-Ng, yang telah mengambil bahagian dalam latihan seberang laut itu sepanjang perkhidmatannya yang aktif, berkata: "Saya dengan selamat boleh mengatakan bahawa negara ini berada di dalam tangan yang baik dalam mempertahankan ruang udara kita."

Tags