PEMBUAT FILEM CINE65 MEWARNAI KISAH "SINGAPURA"

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/5235acfe-ff84-4b3d-91d2-0101b63330d7/13jun19_news1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-5235acfe-ff84-4b3d-91d2-0101b63330d7-oYJbA.S /web/wcm/connect/pioneer/5235acfe-ff84-4b3d-91d2-0101b63330d7/13jun19_news1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-5235acfe-ff84-4b3d-91d2-0101b63330d7-oYJbA.S /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2019-Q2/malay/13jun19_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2019-Q2/malay/13jun19_news1-ms
13jun19_news1-ms
13 Jun 2019 | COMMUNITY
English 华文

PEMBUAT FILEM CINE65 MEWARNAI KISAH "SINGAPURA"

// LAPORAN OLEH BENITA TEO

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG

English 华文

Apakah maksud "Singapura" kepada anda? Ini adalah tema pertandingan pembuatan filem ciNE65 pada tahun ini.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Canberra, "Singapura" membangkitkan perasaan nostalgia untuk masa di mana kehidupan adalah mudah dan keistimewaan  adalah sedikit.

"Ia adalah mengenai warisan dan tradisi ... Apabila saya mendengar 'Singapura', saya juga berfikir tentang masa-masa yang sukar. Ia membuatkan saya menghargai jasa-jasa orang-orang dahulu," jelas Sivesh Sivaganesh.

Atas sebab ini, Sivesh dan pasukannya memilih untuk memberi penghormatan kepada generasi Merdeka dalam pertandingan pembuatan filem ciNE65.

Bertajuk Echoes of 1965, johan filem pendek ini menyaksikan ini mewawancara golongan-golongan dari generasi Merdeka untuk mendengar tentang kehidupan mereka semasa di zaman kampung dahulu.

Kisah-kisah masa kecil mereka - seperti jiran-jiran yang berkumpul di luar satu-satunya rumah yang mempunyai satu set TV untuk menonton persembahan – dengan mengatur seiring lukisan-lukisan yang menggambarkan situasi berikut. Ini semua diwarnakan oleh pelajar Faith Ann Bonatan, yang juga pengarah filem.

"Pada masa itu, mereka serba kekurangan  daripada apa yang kita ada sekarang, tetapi mereka masih mampu bertahan dan menyumbang kepada masyarakat," jelasnya. "Memang lebih baik jika generasi kita boleh belajar daripada itu."

Rakan sepasukan Andrea Fababeir, yang menulis skrip dengan Sivesh, bersetuju: "Saya telah belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki. Warga tua menyatakan betapa susah kehidupan ketika itu, sekarang kita di kurniakan dengan kemudahan pekerjaan yang sering disia-siakan begitu saja. "

Kreativiti pasukan ternyata menjadi kegemaran dengan penonton dalam talian. Echoes of 1965 memenangi kategori Filem Kegemaran dalam Anugerah Pilihan Penonton.

Pada 13 Jun, pasukan itu menerima trofi mereka dari Menteri Kanan Kementerian Pertahanan Dr Mohamad Maliki Bin Osman pada majlis ciNE65 Movie Makers Award 2019.

Memasuki musim kelima, pertandingan filem pendek terus menjadi platform bagi pembuat filem muda untuk menceritakan kisah mereka tentang Singapura.

"Tahun ini adalah Ulang tahun ke-200 Singapura, jadi wajarlah ciNE65 menyumbang kepada usaha nasional untuk melihat semula sejarah kita dan merenungkan bagaimana negara kita telah membangun, sejauh mana kita telah sampai, dan bagaimana kita boleh maju bersama," kata Dr Maliki.

"Melalui tema 'Singapura', kami mahu pembuat filem untuk berkongsi dengan generasi akan datang cerita-cerita indah yang diberitahu oleh nenek moyang mengenai apa yang menjadikan kita orang Singapura."

Mendapat tempat pertama pada tahun ini ialah My Homeland: A Photography Project by Grandpa Chen, oleh bekas pelajar Politeknik Temasek. Ia telah memenangi Anugerah Pembuat Filem ciNE65 dalam kategori Anugerah Pilihan Juri.

Filem yang menarik ini menceritakan kisah seorang lelaki muda, berpisah dari datuknya, yang pulang dari luar negara untuk membantu datuknya yang uzur itu menyelesaikan projek fotografinya.

"Apabila anda pergi ke luar negara, perkara pertama yang anda lakukan adalah menghubungi keluarga dan orang tersayang. Mereka tempat di mana kita akan kembali," kata pengarah Jastine Tan.

Pada masa  ini beliau adalah seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa dengan Angkatan Pertahanan Awam Singapura, gadis berusia 21 tahun itu diilhamkan oleh rakan sepasukannya, Eugene Voo, yang mewarisi kamera dan kanta datuknya.

"Apa yang membuat rumah itu rumah, dan apa yang membuatkan ramai orang mahu pulang ke Singapura, adalah rakyatnya. Dan rakyat adalah teras Singapura," jelasnya.

Ia adalah gambaran yang indah mengenai hubungan antara manusia yang menyentuh perasaan para  juri.

Kata  hakim pertandingan Encik Michael Kam, 50: "Kami melihat bagaimana filem itu mewakili semua yang baik mengenai 'Singapura'. Apa yang saya hargai adalah bahawa pasukan ini menceritakannya dengan sentuhan ringan sambil dapat menarik perhatian penonton. Kami mahu filem yang menyentuh perasaan."

Pensyarah kanan Sekolah Pengajian Filem dan Media Politeknik Ngee Ann menambah: "(Filem yang menang ini) benar-benar kuat kerana ia mempunyai unsur-unsur berikut (dan) dapat menarik perhatian penonton dengan segera. Itulah yang menjadikannya sangat hebat.

Tags 2019-com
Suggested Reading
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG NS HUB Feature
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG NS HUB
COMMUNITY
关于国民服役中心您需要了解的内容: Feature
关于国民服役中心您需要了解的内容:
COMMUNITY
What you need to know about NS Hub Feature
What you need to know about NS Hub
COMMUNITY
25-Nov-19

By 2023, national servicemen will be able to access all their National Service (NS)- and training-related activities in a one-stop centre.

TIGA PERKARA YANG MENARIK DI NAVY@VIVO Feature
TIGA PERKARA YANG MENARIK DI NAVY@VIVO
COMMUNITY
值此怡丰城海军展览之际,值得期待的三件事 Feature
值此怡丰城海军展览之际,值得期待的三件事
COMMUNITY
Three things to look forward to at Navy@Vivo Feature
Three things to look forward to at Navy@Vivo
COMMUNITY
15-Nov-19

Navy@Vivo is back! What's new this year and what are some of the highlights? Catch the must-sees of this event which includes a tour of frigate RSS Supreme, a glimpse into the training of elite naval divers and more!

MENGANGKAT TABIK KEPADA MATAHARI TERBENAM Feature
MENGANGKAT TABIK KEPADA MATAHARI TERBENAM
COMMUNITY
向夕阳致敬 Feature
向夕阳致敬
COMMUNITY
A salute to the setting sun Feature
A salute to the setting sun
COMMUNITY
14-Nov-19

The sunset ceremony is an age-old naval tradition. What is its significance, and what goes on?

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PERSEMBAHAN TATU TENTERA ANTARABANGSA NANCHANG KE-6 Feature
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PERSEMBAHAN TATU TENTERA ANTARABANGSA NANCHANG KE-6
COMMUNITY