MENJUNAM DALAM AIR

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/0ac98340-bfd0-451f-8418-4951a0f826af/nov18_fs1-1a.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-0ac98340-bfd0-451f-8418-4951a0f826af-nEiWUam /web/wcm/connect/pioneer/0ac98340-bfd0-451f-8418-4951a0f826af/nov18_fs1-1a.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-0ac98340-bfd0-451f-8418-4951a0f826af-nEiWUam /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-Q4/malay/nov18_fs1-ms
nov18_fs1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-Q4/malay/nov18_fs1-ms
01 Nov 2018 | OPS & TRAINING

MENJUNAM DALAM AIR

Sebagai penyelam tentera laut, mereka perlu memenuhi standard kecergasan fizikal yang lasak, memiliki kekuatan mental yang kuat dan bersifat umpama ikan di dalam air. PIONEER membawa anda ke belakang tabir untuk melihat sekilas keupayaan latihan dan operasi Unit Penyelam Tentera Laut (NDU).

// KISAH TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN

English 华文
English 华文

Sebati dengan air

Sebelum mendapat sirip mereka, semua pelatih perlu menjalani Kursus Penyelam Tempur (CDC). Sepanjang tempoh 20 minggu ini, mereka akan menjalani latihan fizikal yang lasak, bina keyakinan dalam air melalui penahan lemas, belajar tentang pertempuran darat dan kemahiran menyelam yang khusus, serta menjalani lima-hari Minggu Pembinaan Pasukan.

Seorang pelatih sedang mencelupkan Sistem Gas Oksigen Liputan Penuh (FROGS), sistem rebreather yang membolehkannya berada dalam air untuk tempoh panjang, dalam air untuk memeriksa kebocoran. Sekiranya ada gelembung, dia mesti membetulkan dan memasang semula radas tersebut.
Semasa penahan lemas, tangan dan kaki pelatih adalah diikat. Setelah tenggelam ke dasar kolam sedalam 4m, mereka akan timbul ke permukaan – aksi ini diulang sebanyak lapan kali.
Sesudah itu, mereka akan membuat balik kuang sebelum mengambil topeng selam dengan mulut mereka dan memberinya kepada petugas keselamatan di permukaan.
Seorang "penyerang" (kanan atas) akan menarik pengatur dan topeng pelatih, menutup bekalan oksigennya dan membalikkannya. Pelatih mesti berupaya untuk mensetkan semula peralatannya dalam air dan teruskan menyelam.

"Penahan lemas adalah perkara paling menakutkan yang saya lalui di CDC kerana saya tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki saya. Sebelum memasuki NDU, saya tidak boleh berenang satu lap pun. Sesi latihan perseorangan dengan instruktor saya telah membantu meningkatkan keyakinan saya dalam air. Kini, sesudah menamatkan latihan di CDC, saya sedar saya dapat mengatasi segala cabaran.”

Membentuk satu pasukan

Dijalankan dalam empat anggota sepasukan, Maritime Assault Course (MAC) adalah ujian tahunan yang menilai tahap kecergasan dan kecekapan operasi penyelam tentera laut yang tetap. Sepanjang kursus ini, setiap penyelam akan membawa muatan 15kg yang merangkumi baju tempur, jaket keselamatan dan senapang serangan Heckler & Koch HK416. Masa untuk melengkapkan litar lima halangan? 15 minit.

Penyelam tentera laut membuat lompatan menara 6m dan menaiki tangga. Lompatan itu mensimulasikan kemasukan ke dalam air dari helikopter, manakala meniti tangga adalah umpama mendaki di bahagian sisi kapal.
Penyelam tentera laut membalikkan tayar 105kg pada jarak 80m secara giliran (kiri) dan menlengkapkan larian 200m.
Ini membentuk sebahagian daripada komponen kecergasan fizikal yang juga meliputi 20 lompatan bintang (di atas) dan 20 tekan tubi (di bawah).

"MAC menggabungkan senario operasi ke dalam latihan fizikal dan memaksa anggota pasukan untuk bekerja bersama-sama. Ini adalah cara bagi kami untuk melakukan latihan fizikal, memperkukuhkan ketahanan kami dan membina semangat kepasukan kami."

Serangan menyelinap

Untuk menyelinap keluar dari laut dan menyerang pasukan di darat memerlukan kerja sama dan koordinasi pasukan yang teguh, lebih-lebih lagi dalam keadaan pasang surut laut yang bergelora. Penyelam diperlengkapkan dengan peralatan dan senjata seberat 22kg termasuk baju beban, kaca mata penglihatan malam dan senapang serangan HK416 — yang beratnya bertambah satu pertiga bila basah.

Mod selinap: Penyelam tentera laut sedang menghampiri pantai dalam formasi garis mendatar, membolehkan mereka mendapat lengkuk pemerhatian yang lebih luas. Mereka bergerak dengan perlahan dan mesti senyap agar tidak memberi amaran kepada musuh.
Para penyelam mesti sentiasa berwaspada. Setelah meneliti kawasan itu, mereka akan melemparkan grenad asap supaya Combatant Craft Medium (CCM) yang berada di kawasan sekitarnya, tahu lokasi untuk mengambil mereka.
Apabila kedua-dua CCM menghampiri, satu akan menembak ke arah grenad asap yang dilepaskan untuk memberi penutup (atas) manakala para penyelam lain akan menaiki yang lain (bawah).

"Kami berlatih dalam jarak penglihatan yang rendah dan keadaan yang teruk kerana kami berlatih untuk menghadapi sesuatu yang tidak diketahui. Inilah sebabnya kenapa kami selalu perlu bersedia dan sentiasa berwaspada.”

Tags