Peruntukan lebih bagi pertahanan

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/61b56c6b-948a-4468-9d4e-02adaa7ab3b6/aug17_fs1-1.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-61b56c6b-948a-4468-9d4e-02adaa7ab3b6-mZ5oyJR /web/wcm/connect/pioneer/61b56c6b-948a-4468-9d4e-02adaa7ab3b6/aug17_fs1-1.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-61b56c6b-948a-4468-9d4e-02adaa7ab3b6-mZ5oyJR /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/2018-dm/malay/01Aug2017_00103-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/2018-dm/malay/01Aug2017_00103-ms
01Aug2017_00103-ms
01 Aug 2017 | TECHNOLOGY
English 华文

Peruntukan lebih bagi pertahanan

// Laporan oleh Benita Teo 

// Gambar oleh Chua Soon Lye & Shaun Ng & ihsan Singapore Army

English 华文

Oleh kerana ancaman semakin berkembang, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan perlu bersiap sedia untuk mempertahankan setiap sudut. Ini bermakna meluaskan peranan anggota perkhidmatan negara dan melengkapi mereka dengan kemahiran bagi menangani ancaman baru.

Anggota perkhidmatan negara akan perlu dilengkapi untuk mengendalikan semua jenis ancaman sedia ada dan baru muncul, ujar Dr Ng.

"Terdapat generasi baru anggota perkhidmatan negara bagi generasi cabaran akan datang dalam dekad seterusnya … Keganasan dan serangan siber adalah bidang baru. 

"(Namun) ia tidak mengurangkan permintaan untuk (berurusan dengan) ancaman konvensional. Kita tidak perlu memilih; ia tidak 'sama ada/atau', ia adalah 'dan'." Ini adalah mesej serius daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam temu bual yang diadakan pada 27 Jun menjelang Hari SAF.

Barisan hadapan siber yang lebih kukuh 

Latihan bagi peperangan konvensional masih menjadi keutamaan. Walau bagaimanapun, serangan siber menjadi semakin meluas di seluruh dunia, barisan hadapan siber juga hendaklah diperkukuhkan, tegas Dr Ng. 

"Kami mengambil serius perkara ini, (kerana) ia mempunyai kesan yang sama sebagai serangan fizikal pengganas dan ia boleh meninggalkan akibat dari segi fizikal. Dan ia juga boleh mempengaruhi ketenteraan." 

Untuk menambah pertahanan siber SAF, Perintah C4 akan ditubuhkan untuk menyelaras dan melaksanakan C4 (Perintah, Kawal,Komunikasi dan Komputer) serta operasi dan keupayaan pertahanan siber. Ia akan mengendalikan dan mempertahankan rangkaian SAF yang menyokong spektrum penuh operasi SAF dalam keadaan aman dan perang. 

Ia akan membentuk Kumpulan Pertahanan Siber dan Kumpulan Operasi C4. Kumpulan terdahulu terdiri daripada Unit Operasi Rangkaian dan Unit Pemantauan Rangkaian, manakala selepas itu termasuk Unit Pemantauan Keselamatan, Unit Tindakan dan Audit Insiden, serta Pusat Ujian dan Penilaian Pertahanan Siber. 

Perintah baru ini akan dirasmikan pada bulan November ini dan mengambil masuk kira-kira 2,000 anggota Tetap dna perkhidmatan negara sepanjang 10 tahun yang akan datang. 

Anggota perkhidmatan negara dengan kepakaran dan kemahiran hebat dalam keselamatan siber juga akan mempunyai peluang untuk ditugaskan semula sebagai pertahanan siber, Dr Ng mengumumkan. Memetik contoh Persendirian (PTE) Velusamy Sathiakumar Ragul Balaji, Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) pertama yang akan ditugaskan semula, beliau menyatakan bahawa ini merupakan salah satu cara SAF meluaskan kemahiran dan keperluan kerjaya anggota perkhidmatan negara. 

PTE Ragul, polis tentera yang berusia 18 tahun, telah dipelawa untuk menjadi pertahanan siber selepas pasukan beliau memenangi pertandingan kategori Universiti/Politeknik di Kem Penemuan Pertahanan Siber pada bulan Jun. 

Dr Ng menambah bahawa kerjaya baru sedemikian juga akan meluaskan tenaga kerja SAF yang boleh dikerahkan: "Disebabkan kerjaya baru ini, lebih ramai anggota perkhidmatan Negara (sekarang) boleh ditugaskan." 

Ayah & Anak: Peranan yang berkembang 

Selama bertahun-tahun lamanya, SAF telah beralih ke arah melengkapi lebih ramai askar dengan keupayaan pertahanan pulau. 

Sebagai contoh, Batalion ke-8 asal, Rejimen Infantri Singapura (SIR 8) pada era 1970an melatih askarnya dalam peperangan konvensional. Hari ini, ia memberikan pengkhususan dalam perlindungan pemasangan utama dan keselamatan kem tentera. 

Sarjan ke-3 (3SG) Ricardo Oliveiro, 21 tahun, kini berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan negara (NS) di SIR 8. Sebagai sarjan platun dalam polis tentera, beliau menguruskan pasukan keselamatan di pos pengawal. 

"Dalam kawalan mereka, pasukan keselamatan mencari ancaman bom, orang yang nampak mencurigakan dan tanda bahaya lain … Apabila tahap keselamatan semakin meningkat, kami meningkatkan kekerapan pemeriksaan mengejut ke atas orang dan kenderaan yang memasuki kem," jelas beliau. 

Pengalaman beliau tidak banyak bezanya dengan ayah beliau, Pegawai Waran Pertama (1WO) (Bersara) Oliveiro Edward, yang juga merupakan NSF di SIR 8 pada tahun 1977. Tetapi, tidak seperti anak beliau, 1WO Oliveiro menjalani latihan dalam peperangan konvensional dan merupakan seorang jurusemboyan radio. 

"Peranan SIR telah berubah kerana ancaman juga telah berubah. Hari ini ancaman hampir dengan tanah air. Keselamatan tanah air juga sama pentingnya," ujar lelaki yang berumur 59 tahun ini.

Melindungi tanah air kita 

Singapura kekal menjadi sasaran pengganas. Baru-baru ini seperti tahun lepas, rancangan untuk menyasarkan kawasan Marina Bay telah digagalkan dan dipintas oleh pihak berkuasa Indonesia. 

Untuk memastikan bahawa setiap askar bersedia dan dilengkapi untuk berurusan dengan serangan di tanah air, SAF telah meluaskan peranan Anggota Perkhidmatan Negara (NSmen) Sedia Beroperasi dengan memasukkan tugas keselamatan tanah air sejak bulan Julai. Mereka akan bekerjasama dengan anggotan kerahan Tetap dan aktif bagi menyokong Pasukan Dalam Negara dalam operasi sedemikian. 

Pada bulan yang sama, Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI) juga mula melatih askar daripada unit aktif dan Perkhidmatan Negara dalam operasi keselamatan tanah air. Latihan tersebut menumpukan pada set kemahiran operasi bandar lanjutan dan disesuaikan dengan operasi keselamatan tanah air. Kira-kira 18,000 askar akan dilatih setiap tahun. 

IDTI yang terletak di Kem Clementi, akan meliputi simulasi berdasarkan senario dan tembakan sebenar, prosedur carian dan tangkapan, pengetahuan tentang kuasa undang-undang dan hak pertahanan persendirian, serta latihan baton boleh tarik. 

Anggota perkhidmatan negara juga akan dapat menjalani latihan realistik dan berkesan dalam simulasi senario operasi keselamatan tanah air dengan teknologi seperti Latihan Simulasi Video Pertimbangan, yang menyediakan dan melatih keupayaan mereka untuk menentukan jika sasaran itu rakan atau musuh. 

Dr Ng menyatakan: "Kita biasa melatih unit aktif terpilih (bagi operasi menentang keganasan), jadi sekarang, apabila keganasan telah beralih dari skala besar (diselaraskan secara terpusat) kepada skala kecil (serba lengkap), kita perlu mempunyai keupayaan tersebut untuk pertahanan kita sendiri pada peringkat skala kecil."

Latihan Simulasi Video Pertimbangan membina keyakinan askar dalam membezakan antara rakan dan musuh semasa krisis.

Melihat selanjutnya

Bagi mengukuhkan keselamatan maritim, Tentera Laut Republik Singapura akan melancarkan dua buah Kapal Permukaan Tanpa Pemandu (USV) Langkah Balas Periuk Api berautonomi sepenuhnya, Dr Ng mengumumkan. Pada masa ini USV menjalani ujian dan dijangka beroperasi menjelang tahun 2020. Pasukan Petugas Keselamatan Maritim juga akan menerajui "Exercise Highcrest" pada tahun ini yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan kebangsaan pada bulan Oktober. 

Pertahanan udara Singapura juga akan diperkukuhkan. Sistem Pertahanan Udara Pulau (IAD) Tentera Udara Republik Singapura, sistem berbilang lapisan, berangkaian dan di seluruh pulau, akan melihat peningkatan seperti Sistem Pengurusan Pertempuran (CMS). 

CMS memberikan maklumat dari pelbagai sumber untuk mempersembahkan gambaran situasi udara bersepadu dan komprehensif, membolehkan sistem IAD melihat lebih dan berurusan dengan lebih baik dengan spektrum ancaman yang lebih luas.

Lebih pengiktirafan untuk Anggota Perkhidmatan Negara 

Bagi memperingati 50 tahun Perkhidmatan Negara, Dr Ng mengumumkan bahawa lebih daripada 300 peruncit dan syarikat akan menawarkan promosi istimewa kepada anggota perkhidmatan Negara pada masa lalu dan kini untuk Hari SAF. Beliau menekankan bahawa ini adalah inisiatif penubuhan yang menerima bilangan penyertaan peruncit yang terbesar sejak inisiatif tersebut dilancarkan pada tahun 2013. 

Promosi tersebut akan berlangsung dari 30 Jun hingga 10 Ogo. Sila lungsuri https://spotns50.spotnwin.asia untuk maklumat lanjut.

Meraikan NSmen kita 

Promosi Hari SAF bukan hanya inisiatif penubuhan untuk berterima kasih kepada Anggota Perkhidmatan Negara kita:

"Kami Tabik Anggota Perkhidmatan Negara kita" Kempen yang dianjurkan oleh SAFRA 

Letakkan gambar atau video anda memberi tabik hormat di media sosial dengan hashtag #NS50salute dan #safrasg, dan ia akan ditampilkan di laman sesawang SAFRA NS50 (www.safra.sg/ns50) dan skrin di kelab SAFRA.

Medalion NS50 oleh Singapore Mint 

Medalion peringatan menampilkan "Mobilisation Man" yang ikonik dan juga merupakan medalion bercahaya dalam gelap pertama di Singapura. Untuk menempah, lungsuri laman sesawang Singapore Mint (singaporemint.com) atau kedai runcit. Untuk peluang memenangi salah satu daripada tiga Medalion NS50, semak www.mindef.gov.sg/pnr/contest!

Tags