SAYA MAHUKAN AWAK DALAM HIDUP SAYA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/900c03b7-9434-4e40-bd31-bd3d57502918/19feb24_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-900c03b7-9434-4e40-bd31-bd3d57502918-oU7g3Ho /web/wcm/connect/pioneer/900c03b7-9434-4e40-bd31-bd3d57502918/19feb24_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-900c03b7-9434-4e40-bd31-bd3d57502918-oU7g3Ho /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2024-Q1/malay/19feb24_news1_ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2024-Q1/malay/19feb24_news1_ms
19feb24_news1_ms
19 Feb 2024 | PEOPLE
English 华文

SAYA MAHUKAN AWAK DALAM HIDUP SAYA

//KISAH OLEH THRINA THAM / FOTO OLEH KENNETH LIN & IHSAN ME3 HARMEET

English 华文

Pada mulanya mereka berselisih apabila ditugaskan bersama sebagai teman kursus, tetapi tidak lama selepas itu mereka mendapati bahawa mereka menyenangi satu sama lain.

ME3 Naresh (kiri) dan ME3 Harmeet memulakan perjalanan SAF mereka bersama-sama dari hari masuk tentera; dan mereka berdua kini berkhidmat dalam DIS.

Mereka bertemu di tempat permulaan semua perjalanan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – pada hari masuk tentera di CMPB (Pangkalan Tenaga Manusia Pusat).

Semuanya bermula dengan agak buruk. ME3 Harmeet menyangka dia seorang yang suka menunjuk-nunjuk; ME3 Naresh menyangka dia sombong dan bersikap suka menyendiri. Namun sudah ditakdirkan, mereka ditugaskan sebagai pasangan dalam kursus latihan.

Oleh itu, bermulalah pelbagai kerja projek dan pembentangan yang perlu dilakukan bersama. Pada bulan Ogos 2006, mereka berkhidmat dalam komuniti Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Risikan (C4I) SAF.

Apabila mantan-Rekrut (REC) Naresh pergi menjalani Latihan Asas Tenteranya (BMT) dua bulan kemudian, mantan-REC Harmeet Kaur menyedari bahawa dia sebenarnya merindui dia. (BMT dijadualkan pada pertengahan sekolah latihan mereka pada ketika itu dan kedua-duanya memasuki dalam kelompok yang berbeza.)

"Saya rasa agak sedih dan berfikir 'hilanglah seorang kawan saya.' Pada saat itu saya menyedari dia bukan sekadar teman, tetapi kawan karib, seorang sahabat," kata Pakar Tentera (ME) 3 Harmeet, kini berumur 39 tahun.

Dia pasti rasa demikian juga. ME3 Naresh menghubunginya tiga bulan kemudian, menjemput dia untuk menghadiri perbarisan tamat pengajian BMT – dan dia memang turut hadir.

Mereka berdua mula keluar berjanji temu beberapa bulan selepas itu, dan akhirnya menjadi pasangan secara rasmi pada 2007.

Pasangan ini telah bersama selama 17 tahun sejak 2007.

Lamaran "menyedihkan"

"070707 – itulah tarikh saya melamar cinta kepada dia (untuk menjadi teman lelaki dan wanita secara rasminya). Ini kisah yang menyedihkan, adakah anda benar-benar mahu mendengar?" kata ME3 Naresh, 39.

(Sudah tentu kami mahu!)

Dia sudah tahu bahawa dia mahu melamar cinta tetapi pada pagi itu dia tidak dapat mencari kata-kata yang sesuai ketika mereka menaiki teksi ke tempat kerja.

"Kami tidak mengucapkan sepatah kata buat masa yang lama sehingga rasa kekok.

"Saya turun dari teksi, manakala dia meneruskan perjalanannya… Kemudian saya menghantar mesej kepadanya, mengatakan 'Saya mahukan awak dalam hidup saya'," ingati ME3 Naresh.

"Saya fikir, 'wah, apakah cara ini, Naresh'. Tetapi, ya, dia bukan seorang yang berjiwa romantik," kata ME3 Harmeet, mengangguk kerana memahami sepenuhnya suami dia sejak 15 tahun lalu.

Rasa lucu dan komunikasi telah mengekalkan keteguhan hubungan pasangan ini; dan mereka berdua mempunyai anak perempuan berumur 13 tahun, Harshini.

Inilah gaya mereka

ME3 Naresh yang bersikap praktis juga telah menetapkan "syarat" untuk perkahwinan mereka dua tahun kemudian.

Oleh sebab mereka berdua perlu lulus ujian untuk sebahagian daripada kemajuan kerjaya dalam SAF, dia memberitahu ME3 Harmeet bahawa mereka hanya patut berkahwin selepas lulus ujian mereka.

Sarjan Mejar mereka ketika itu juga mengetahui tentang hal ini, dan memberitahu mereka supaya "pergi buat persediaan untuk berkahwin" sejurus sebelum keputusan keluar.

Kata ME3 Naresh: "Daripada cara dia beritahu, kami tahu kami telah lulus ujian. Jadi saya beritahu dia 'mari pergi mohon BTO' – itulah lamaran saya."

"Selepas lamaran cinta pertama saya, saya tahu inilah yang saya akan dapat. Inilah gaya kami," kata ME3 Harmeet dengan riang.

Mereka berdua telah berkahwin pada 2009 selepas memenuhi "syarat" mereka sendiri iaitu lulus ujian penting dalam SAF.

Pasangan ini kini berkhidmat dalam Perkhidmatan Digital dan Perisikan – ME3 Naresh sebagai Ketua Pakar Unit dalam Unit Sumber Terbuka; dan ME3 Harmeet sebagai Pakar Risikan Tentera dalam Markas Perisikan Bersama.

"Kelebihannya adalah bahawa terdapat seseorang yang dapat memahami kesukaran dalam kerja kita. Terdapat sesetengah perkara yang sukar dijelaskan jika pasangan anda tidak faham," kata ME3 Harmeet, tentang memiliki pasangan dalam angkatan tentera.

Mereka juga bekerjasama untuk memastikan sentiasa ada seseorang untuk menjaga anak perempuan mereka yang berumur 13 tahun, Harshini.

"Bila-bila ada tugas yang akan mengambil sangat banyak masa, saya akan berbincang dengan dia tentang jadual dia dan kami akan cuba mengimbangkan masa," kata ME3 Harmeet.

Sebagai contoh, mereka telah menggilirkan penglibatan mereka sebagai jurulatih dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), kerana tugas ini memerlukan banyak kerja pada hujung minggu.

ME3 Harmeet (hujung kanan) merupakan jurulatih perbarisan bagi Penerima Lantikan Utama di NDP 2022.

Talian pentingku; ChatGPTku

Oleh sebab mereka berdua berkhidmat dalam angkatan tentera, pasangan ini juga membuat komitmen untuk memisahkan antara hal kerja dan keluarga.

"Kami tidak membincangkan hal kerja semasa kami bersama anak perempuan kami," kata ME3 Naresh.

Walaupun mereka berdua tidak membincangkan hal kerja ketika bersama anak, mereka masih mendedahkan segala aspek SAF kepada anak mereka, seperti membawanya ke Rumah Terbuka Tentera Darat pada 2017.

Pernahkah mereka membantu satu sama lain di tempat kerja?

"Sentiasa!" kata ME3 Naresh.

ME3 Harmeet mengaku bahawa dia bergantung pada suaminya jika dia menghadapi keraguan tentang hal tertentu.

"Sebagai contoh, jika saya memerlukan sampel dokumen, dan saya tiada sampel dokumen itu, saya boleh mendail 1800-Naresh. Jika dia ada, dia akan bantu mengirimkannya kepada saya," katanya.

Sementara itu, ME3 Naresh tidak segan untuk berkongsi bahawa dia meminta isterinya menapis beberapa e-mel tidak sulit sebelum dia menghantar e-mel tersebut.

"Saya akan meminta dia memeriksa sesetengah perkara – dia akan nampak kesilapan tatabahasa saya dan menanya 'kenapa bahasa Inggeris awak sungguh teruk?'," katanya.

"Dia ChatGPT saya sebelum ChatGPT dicipta."

"Kami pasangan SAF, sudah tentu kami..." Apakah persamaan antara pasangan tentera?

Tags