Kawalan di tangan kita

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/ec6a6e24-c2d6-49f3-8396-46c69f8d5863/sep17_fs1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ec6a6e24-c2d6-49f3-8396-46c69f8d5863-mZlNAl5 /web/wcm/connect/pioneer/ec6a6e24-c2d6-49f3-8396-46c69f8d5863/sep17_fs1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ec6a6e24-c2d6-49f3-8396-46c69f8d5863-mZlNAl5 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/2018-dm/malay/01Sep2017_01566-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/2018-dm/malay/01Sep2017_01566-ms
01Sep2017_01566-ms
01 Sep 2017 | OPS & TRAINING
English 华文

Kawalan di tangan kita

// Kisah oleh Ong Hong Tat 

// Gambar oleh Kenneth Lin

English 华文

Dalam siri kedua daripada tiga bahagian mengenai kerjaya Perkhidmatan Negara yang kurang dikenali, temui remaja yang mengendalikan pelepasan dan pendaratan pesawat dengan selamat di Pangkalan Udara Tengah.

Beberapa minit lagi sebelum fajar menyinsing, namun remaja tersebut telah berada di tempat kerja sejak beberapa jam yang lalu. Menguruskan lapangan terbang di Pangkalan Udara Tengah, mereka meneliti setiap perincian landasan.

Dari lampu landasan kepada sisa pemotong rumput berlebihan hari sebelumnya, setiap perincian direkodkan. Bermula pada kira-kira jam 7:30 pagi, ini adalah latihan harian. Kemudian laporan tersebut dihantar kepada unit lain untuk penyelenggaraan landasan.

"Pemeriksaan lapangan terbang kecil hanya salah satu daripada beberapa peranan kami di Skuadron 205 (SQN)," ujar Leftenan (LTA) Seah Shao Xuan. Anggotan Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dilatih sebagai Pegawai Peperangan Udara (AWO) (Komand, Kawalan dan Komunikasi) (C3).

Di atas kubah menara skuadron, satu lagi kumpulan NSF sedang membuat persiapan untuk penerbangan hari tersebut.

Aliran maklumat

Mengintai keluar dari lapangan terbang udara yang rata, kubah menara menawarkan pemandangan 360 darjah landasan yang tidak terhalang. Di sini, pengawal lalu lintas udara menjalankan tugas, antara lain, lampu hijau untuk pelepasan dan ketibaan pesawat.

Membantu pengawal tugas adalah Penyelaras Maklumat Menara (TIC), yang biasanya dilatih sebagai Pakar Operasi Udara (AOS). Kerja beliau adalah merekodkan butiran penerbangan dan membekalkan maklumat kepada pengawal yang datang dari semua kawasan di dalam pangkalan udara.

"Semasa latihan, kami agak berterus terang, terperanjat dengan tahap keamatan di menara," ujar AOS Sarjan ke-3 (3SG) Bryan Lim. Dengan tenaga maksimum, pengawal boleh bercakap dengan beberapa orang juruterbang yang sedang menunggu untuk mendarat atau berlepas, serta memberi respons terhadap permintaan untuk akses daripada unit lain.

Sementara mendengar perbualan di antara pengawal tugas dan juruterbang, TIC perlu mencatatkan butiran seperti masa pelancaran dan pemulihan, dan juga butiran teknikal seperti profil pendaratan dan pemulihan.

"Sebagai contoh, juruterbang boleh memilih untuk mendarat dengan bantuan peralatan mereka apabila berlaku cuaca buruk dan kami perlu mendapatkan maklumat tersebut untuk dimasukkan ke dalam log menara," jelas 3SG Preshaan Austeine s/o Subash, TIC di SKN 205.

Tumpuan maksimum

Di tengah-tengah tugas menghantar pesawat, unit lain mungkin membuat panggilan dengan maklumat tambahan seperti ribut yang sedang menghampiri, halangan landasan, atau unit lain perlu bergerak di dalam lapangan terbang.

"Apabila terdapat potensi menjejaskan operasi pesawat, kami perlu memaklumkan pengawal tugas dengan cepat. Kadang-kadang keadaan boleh berubah dalam sekelip mata," tegas 3SG Lim.

Atas sebab ini, setiap pengawa -TIC menggandingkan kerja dalam tempoh waktu yang singkat lebih kurang dua jam terus-menerus supaya mereka boleh mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi.

Latihan untuk menjadi seorang AOS akan bermula di Komand Latihan Tentera Udara, di mana mereka menjalani kursus selamat empat bulan mempelajari asas operasi Tentera Udara dan pengetahuan penerbangan asas.

Kemudian ia beralih ke skuadron operasi, di mana mereka menerima latihan lanjut. Ia mengambil masa kira-kira lapan minggu mempelajari kerja sebelum TIC layak untuk bekerja di menara.

Tidak pernah sekali-kali selesa

Anggota lain, seperti 3SG Jeremy Lee, ditugaskan ke Pos Komand Pangkalan (BCP) yang berfungsi seperti pusat saraf bagi seluruh pangkalan udara.

"Semua unit di dalam pangkalan melaporkan sebarang kebimbangan yang mungkin mereka hadapi, yang berkisar dari keselamatan kepada pergerakan aset di dalam pangkalan," ujar 3SG Lee, AOS.

"Di BCP, terdapat orang dari skuadron berlainan dan ia di mana kami menyelaras dan menguruskan operasi pangkalan bersama-sama. Saya rasa kami mempunyai sekurang-kurangnya lima telefon untuk dikendalikan!"

Tambah beliau: "Satu perkara tentang pekerjaan ini - kami tidak pernah sekali-kali rasa selesa sepenuhnya di sini kerana ada sahaja benda baru setiap hari (yang kami perlu memberikan respons)."

Bercakap (perang) pesawat ke bawah

Satu lagi dimensi kerja NSF dalam SKN 205 adalah di bawah tanggungjawab AWO. Sebahagian daripada mereka dilatih sebagai pengawal pendarat yang menyediakan kawalan tambahan kepada juruterbang yang mendaratkan pesawat semasa cuaca buruk.

Mengendalikan Radar Tuju Jitu, AWO (C3) "berinteraksi" dengan juruterbang bagi mendaratkan pesawat dengan memberikan maklumat tentang kedudukan mereka berhubung dengan landasan.

"Ini berlaku sangat pantas, dalam tempoh lebih kurang dua hingga tiga minit, apabila pesawat menghampiri landasan," ujar Leftenan ke-2 (2LT) Lam Wei Boon, yang pada masa ini sedang dilatih untuk peranan tersebut. Ia adalah satu-satunya jawatan di mana NSF berkomunikasi secara terus dengan juruterbang.

Apabila diajukan soalan bagaimana perasan beliau berkhidmat dalam perkhidmatan negara (NS) dalam kerjaya yang kabur, 2LT Lam menyatakan: "Kepuasan datang apabila kami dapat beroperasi; apabila kami bekerja, kami juga menyumbang kepada pertahanan ruang udara kami."

Tags