Resipi rahsia kami

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/e09788d2-4add-45bf-ae8e-4360280022f1/Jul17_F2_pic1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-e09788d2-4add-45bf-ae8e-4360280022f1-mZq7fbQ /web/wcm/connect/pioneer/e09788d2-4add-45bf-ae8e-4360280022f1/Jul17_F2_pic1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-e09788d2-4add-45bf-ae8e-4360280022f1-mZq7fbQ /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Jul2017_01159-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Jul2017_01159-ms
01Jul2017_01159-ms
01 Jul 2017 | OPS & TRAINING
English 华文

Resipi rahsia kami

// Kisah oleh Teo Jing Ting 

// Foto oleh Kenneth Lin & Chai Sian Liang

English 华文

Setiap tindakan diambil kira

Pegawai Pemerintah (CO) Leftenan Kolonel (LTC) Ng Kiang Chuan daripada Batalion Komando Pertama (1 CDO) dan Kelas Pertama Korporal (CFC) Khidmat Negara Sepenuh Masa Thaddaeus Koh memberikan pandangan mereka tentang kemenangan unit.


Unit Pertempuran Terbaik 
Batalion Komando Pertama

Fakta menarik 
Ia merupakan kemenangan kali ke-14 berturut-turut mereka dan kali ke-31 secara keseluruhan!

Tahniah atas kemenangan anda! Apakah resipi rahsia anda?

LTC Ng: Saya selalu menekankan kepada batalion bahawa kami perlu bekerja sebagai sebuah pasukan yang besar. Setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing dan sebagai komander, penting bagi kami menyampaikan tujuan dan kepentingan peranan mereka untuk memastikan setiap tindakan kecil mereka memberi kesan.

Bagaimana anda melakukannya?

LTC Ng: Kami banyak menumpukan pada proses membina asas askar, penyesuaian fizikal dan kecekapan di lapangan di dalam setiap diri individu. Kami mengambil pengajaran daripada sesi latihan terdahulu dan terus memperbaiki bidang yang kami lemah. Sebagai contoh, salah satu cabaran ialah askar-askar kami cenderung untuk rasa mengantuk pada waktu siang. Untuk mengatasi masalah ini, kami merangka program latihan yang mengembangkan keupayaan mereka dan memastikan mereka sentiasa sibuk.

Apakah misi yang tidak dapat anda lupakan?

CFC Koh: Ia merupakan misi di luar negara selama tiga hari dua malam. Selepas memahami objektif, kami terpaksa berulang-alik memindahkan mangsa menaiki dan menuruni bukit di bawah pancaran matahari yang terik. Ia merupakan kali pertama saya hampir berputus asa, tetapi rakan sepasukan saya memastikan saya mendapat bekalan air yang mencukupi dan mendorong saya untuk tidak berputus asa.

LTC Ng: Sewaktu penilaian kecekapan batalion yang dilakukan pada bulan Mac, misi kami ditukar daripada udara kepada bidang operasi untuk sebuah misi. Walaupun berjalan 1km lagi ke garisan permulaan dan menanggung kehausan dalam suhu hampir mencecah 40 darjah, tiada rungutan kedengaran dan kami bersedia untuk menghadapi misi seterusnya yang jauhnya 30km. Apa yang mengagumkan saya ialah keazaman yang kuat di kalangan askar. Ini merupakan sebuah kisah yang menjadi kebanggaan saya dan ia adalah tingkah laku seorang Komando.



Mara ke hadapan sebagai satu pasukan

Juragan daripada Pakar Ketenteraan (ME) 4 RSS Steadfast D. Vijayan dan Penyelia Sistem Kawalan Elektrik ME2 Dexter Ang memberitahu PIONEER bahawa tiada ramuan rahsia untuk kejayaan mereka -- ia hanya tentang kerja berpasukan yang erat.


Unit Armada Terbaik 
RSS Steadfast

Fakta menarik 
Kapal juga memenangi anugerah Kapal Terbaik Skuadron pada tahun 2008 dan 2010.

Tahniah! Menurut pandangan anda, apa yang menyebabkan anda menang?

ME4 Vijayan: Faktor penyumbang kepada kemenangan ini adalah kerja berpasukan dan ketabahan krew. Itulah yang membawa perbezaan. Walaupun pada masa susah, pasukan tidak akan berpecah. Kami berusaha sedaya upaya dan memastikan kami dapat melaksanakan tugas.

Adakah terdapat mana-mana misi yang tidak dapat dilupakan?

ME2 Ang: Pelaksanaan multinasional Lingkaran Pasifik (RIMPAC) 2016 menandakan kali pertama kapal Singapura menerajui salah satu misi... Biasanya kapal-kapal Perancis atau Amerika yang menerajui misi. Ia merupakan tangggungjawab yang sangat besar bagi kami dan kami berjaya melaksanakannya dengan baik.

Apakah kualiti yang diterapkan oleh krew RSS Steadfast?

ME4 Vijayan: Kami sangat percaya pada kesatuan dan semangat juang. Digandingkan dengan bimbingan yang baik daripada pasukan yang memberi arahan, kami sentiasa bersungguh-sungguh dalam latihan kami dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua yang kami lakukan.

ME2 Ang: Terdapat sistem sokongan yang baik di kalangan krew -- daripada pegawai dan ketua jabatan hingga penyelia dan operator. Sebaik sahaja kepercayaan tersebut diwujudkan, segala-galanya akan berjalan lancar. Pasukan yang memberi arahan tidak pernah sekali-kali gagal untuk memimpin kami dalam arah yang betul dan sentiasa mempercayai krew untuk melakukan apa yang betul. Jadi walaupun pada waktu susah, kami gigih berusaha kerana kami tahu bahawa semua orang bersatu.

Apakah perasaan anda menggungguli tempat yang teratas?

ME4 Vijayan: Pada umur 50 tahun, saya adalah orang yang paling tua di dalam pasukan dan saya ibarat seorang ayah kepada krew-krew lain. Saya banyak bercakap kepada mereka, menjaga mereka, memastikan keselamatan mereka dan mengekalkan disiplin di atas kapal. Mereka umpama keluarga saya sendiri dan saya melihat keluarga ini lebih daripada saya melihat diri saya sendiri! Saya gembira apabila mereka berkongsi kemenangan ini dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkannya.



Semangat melawan yang kuat

Kepada CO LTC Ong Teck Koon SQN 143dan Jurutera Tentera Udara (AFE) ME1 Kaarthigan Anbalahan, satu perkara yang jelas: mereka bersiap sedia untuk mempertahankan gelaran yang baru mereka terima.


Skuadron Pejuang Terbaik 
Skuadron 143

Fakta menarik
Skuadron juga telah memenangi Skuadron Pejuang Terbaik pada tahun 1989 dan 1990.

Tahniah! Adakah anda terkejut dengan kemenangan tersebut?

LTC Ong: Sudah pasti! Kali terakhir kami memenangi gelaran ini adalah lebih daripada 25 tahun yang lalu, jadi kami tidak menjangkakan kemenangan dalam jangkauan kami. SQN 143 mungkin sebuah skuadron yang kecil, namun kami sangat menitik beratkan operasi dan keluarga. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami telah membina sebuah pasukan yang baik. Setiap kami menetapkan untuk membuat sesuatu, kami memberi perhatian pada kepentingan terbaik skuadron dan melaksanakan tugas kami dengan sepenuh jiwa dan raga.

Jadi anda semua sebuah keluarga besar dan ceria?

ME1 Kaarthigan: Apabila seseorang perlukan bantuan, bantuan akan sentiasa dihulurkan. Tiada pengasingan dalam pangkat, umur malah peranan yang kami jalankan. Ikatan antara AFE dan juruterbang adalah sangat kukuh dan kami boleh bercakap dengan satu sama lain tentang apa sahaja topik - dari urusan kerja hingga hal peribadi. Malah apabila seseorang itu mengalami masalah, beliau akan diberikan kata semangat dan penyelesaian tentang cara-cara untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik. Semua faktor ini menjadikan skuadron rasa seperti berada di rumah sendiri.

Bagaimana anda akan mempertahankan gelaran ini?

LTC Ong: Apabila kami memenangi "Semangat Pejuang Terbaik " dalam Top Ace Challenge 2014 (pertandingan tahunan yang dilangsungkan di dalam Fighter Group), saya telah mencabar skuadron saya untuk mempertahankan gelaran ini dan kami telah berjaya melakukannya selama empat tahun berturut-turut. Ia bukanlah tugas yang mudah. Ini merupakan cabaran baru yang saya persembahkan kepada pasukan saya: kami tidak boleh cepat berpuas hati. Kami mesti mempertahankan gelaran ini (Skuadron Pejuang Terbaik) dan melakukan yang terbaik untuk sekali lagi mempertahankan trofi tersebut pada tahun hadapan.

ME1 Kaarthigan: Sejak kemenangan "Semangat Pejuang Terbaik ", semangat berjuang ini sentiasa mengalir dalam darah kami -- daripada bekerja dan berlatih bersama-sama untuk merealisasikannya dalam pertandingan. Ia sentiasa mendorong kami untuk terus mara dan saya yakin kami boleh mengekalkan rentak tersebut dalam tahun-tahun yang berikutnya. Kami akan menyemai semangat ini dalam pasukan muda kami dan menyampaikan semua tip kepada mereka. Semangat adalah sangat tinggi sekarang dan saya rasa tiada masalah bagi kami untuk mengekalkan kemenangan ini.

Tags