Meningkatkan kecergasan dan prestasi tempur askar

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/7bfb64b6-2c9f-4796-93bd-457b04d27a8e/01dec17_news2-1.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-7bfb64b6-2c9f-4796-93bd-457b04d27a8e-mPcWJJu /web/wcm/connect/pioneer/7bfb64b6-2c9f-4796-93bd-457b04d27a8e/01dec17_news2-1.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-7bfb64b6-2c9f-4796-93bd-457b04d27a8e-mPcWJJu /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Dec2017_00853-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Dec2017_00853-ms
01Dec2017_00853-ms
01 Dec 2017 | OPS & TRAINING
English 华文

Meningkatkan kecergasan dan prestasi tempur askar

// Laporan Thrina Tham

// Gambar Kenneth Lin & Tan Yong Quan

English 华文

Program Penilaian Kesan Beban (LEAP) baru akan membolehkan jurutera memperbaiki sistem askar untuk pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk prestasi lebih baik dalam pertempuran.

Di bawah sistem ini, askar menggunakan peralatan untuk diuji dan menjalani kursus halangan beralatan. Kemudian, jurutera menganalisa kesan peralatan terhadap prestasi askar melalui data yang dikumpul.

Data sedemikian termasuk masa askar di setiap stesen dan juga pembacaan terma bagi mengenal pasti tempat haba terperangkap di dalam peralatan.

LEAP telah diperkenalkan pada perasmian Pusat Kecemerlangan untuk Prestasi Askar (CESP) oleh Menteri Pertahanan Kedua Ong Ye Kung, di Kem Selarang, pada 1 Dis.

"Penubuhan CESP ialah pencapaian penting dalam usaha Askar ke arah latihan yang lebih tersasar dan berkesan. Dengan mengutamakan askar, kami berupaya untuk membangunkan setiap askar kepada potensi penuh masing-masing dan memberikan pengalaman NS yang positif kepada mereka," ujar En Ong.

CESP menyaksikan integrasi Pusat Kecergasan Askar, Pusat Prestasi Askar dan Makmal Integrasi Sistem Askar. Persediaan pada masa ini menempatkan lebih 20 pakar dalam bidang sains sukan, pemakanan, fisiologi, psikologi dan kejuruteraan faktor manusia.

Salah satu peralatan yang sedang dinilai di CESP ialah Sistem Galas Beban (LBS) generasi akan datang.

Berbanding dengan Ves Galas Bebas bersepadu semasa, LBS menampilkan pembawa tali pinggang yang mengagihkan berat lebih sekata di seluruh badan. LBS juga mengandungi lima bahagian yang boleh disesuaikan untuk dipasang dengan baik pada jenis badan askar yang berbeza-beza.

"Buat kali pertama kami dengan sengaja menggunakan kejuruteraan faktor manusia … dan (menerapkannya) dalam fasa reka bentuk LBS", ujar Ketua CESP, Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Yee Kok Meng.

"Kami juga dengan sengaja mencuba (LBS) dengan unit-unit aktif untuk mendapatkan maklum balas mereka … jadi kami boleh membuat penambahbaikan lanjut kepada reka bentuk."

Inisiatif lain CESP ialah pengenalan program latihan khas.

Kapten (CPT) (NS) Tan Chong Hwa menghadiri latihan kecergasan yang dikaji semula untuk Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) selepas beliau gagal dalam Ujian Kemahiran Fizikal Individu (IPPT) pada tahun 2014.

"Selepas tidak menjalani latihan selama 12 tahun, kerana saya berkhidmatan di luar negara, saya sebenarnya mengumpul lemak dan bukannya (meningkatkan kecergasan saya)," ujar pemuda yang berumur 45 tahun itu.

"Saya menghadiri latihan khas sebanyak dua kali setiap minggu, satu untuk latihan badan atas dan satu lagi latihan untuk badan bawah. Latihan ini membantu meningkatkan kecergasan fizikal saya," tambah beliau.

CPT (NS) Tan bukan hanya lulus IPPT beliau tahun berikutnya, malah memperoleh standard Silver pada tahun 2016 dan 2017.

Anggotan Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) Sarjan Ketiga (3SG) Rashid Mustaffa, yang juga mendapat faedah daripada program latihan khas tersebut, berkata latihan khusus kerjaya telah membantu beliau menyasarkan kumpulan otot khusus.

"Dalam infantri, kami perlu berlatih untuk kekuatan dan ketangkasan. Jadi kami melakukan senaman seperti tali tempur dan menterbalikkan tayar, untuk mensimulasi aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di lapangan," tegas Komander Bahagian daripada Institut Latihan Infantri.

Peralatan baru membenarkan kami melakukan pelbagai variasi latihan, tambah 3SG Rashid. "Ia jauh lebih menarik, kerana aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak sama dengan tekan tubi dan bangkit tubi yang sudah begitu kerap diamalkan."

Tags