CATATAN RASMI

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/98527408-0377-427e-889c-e9857dc11784/18oct19_news1-1.JPG?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-98527408-0377-427e-889c-e9857dc11784-mXUxjga /web/wcm/connect/pioneer/98527408-0377-427e-889c-e9857dc11784/18oct19_news1-1.JPG?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-98527408-0377-427e-889c-e9857dc11784-mXUxjga /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/milestones/2019-Q4/malay/18oct19_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/milestones/2019-Q4/malay/18oct19_news1-ms
18oct19_news1-ms
18 Oct 2019 | MILESTONES
English 华文

CATATAN RASMI

// LAPORAN OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文

Bersedialah untuk membaca tentang fakta serta pencapaian luar biasa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang memecah rekod hasil penyelidikan PIONEER.

1928

Tahun Pangkalan Udara Seletar mula beroperasi apabila empat Bot Terbang Supermarin Angkatan Tentera Udara mendarat di situ. Pada Mac 1971, pihak British menyerahkan pangkalan udara ini kepada Perintah Pertahanan Udara Singapura yang kemudiannya dipanggil Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF). Kini dikenali sebagai Kem Seletar, ia merupakan kem tertua SAF yang masih wujud dan menjadi lokasi batalion titi Jurutera Kombat Singapura.

44 tahun dan 10 bulan selama itulah Encik Seow, atau Encik Roger Seow berkhidmat dalam angkatan tentera! Beliau merupakan anggota yang paling lama berkhidmat dengan SAF sejak dia mula menyertainya pada 1972 ketika berusia 17 tahun dan bersara pada 2017 ketika berusia 62 tahun dengan pangkat Pakar Tentera (ME) 5.

Sepanjang kerjayanya yang panjang dalam angkatan tentera, Encik Seow telah memegang jawatan sebagai ketua pemplot radar dan juragan di atas kapal-kapal seperti bot meriam misil RSS Sea Wolf kapal perang jenis korvet misil RSS Vigour. Beliau seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Nakhoda Tentera Laut. Walaupun beliau tidak lagi menyarung pakaian seragam, beliau masih kekal dalam perkhidmatan dan baru sahaja mengambil alih tugas sebagai Penolong Kurator di Muzium Tentera Laut pada bulan Mac.

Juruterbang-juruterbang pejuang daripada RSAF dan Angkatan Tentera Udara Perancis selepas melaksanakan misi terbang semasa Latihan Garuda 2010.

11,500km Jarak paling jauh dalam pengerahan RSAF. Pada 2010, RSAF telah terbang sejauh ini dari Singapura ke Perancis untuk mengambil bahagian dalam Latihan Garuda dengan angkatan tentera Perancis dan India. Dua kapal tangki RSAF KC-135R menyediakan pengisian semula udara ke udara untuk enam pesawat pejuang RSAF F-16D dalam perjalanan tersebut.

1,500 anggota Jumlah anggota SAF paling ramai yang dikerah untuk misi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana alam. Berikutan bencana Boxing Day yang mengakibatkan kemusnahan pada 2004, Operasi Flying Eagle telah berlangsung selama dua bulan dari 28 Dis 2004 hingga 25 Feb 2005. SAF menjalankan misi menyelamat dan bantuan di Medan, Banda Aceh dan Meulaboh di Indonesia di samping juga di Phuket di Thailand. RSAF juga menerbangkan bekalan dan pasukan sokongan ke Sri Lanka, Maldives dan Mauritius.

Pasukan perubatan SAF merawat mangsa-mangsa yang cedera di Afghanistan.

2,263 hari hari Operasi luar negara SAF paling lama berjalan selama lebih enam tahun di Afghanistan. Di bawah Operasi Blue Ridge, SAF telah menyumbang ke arah usaha antarabangsa dalam memerangi keganasan dengan menyediakan rawatan perubatan serta sokongan pengawasan dan peninjauan. Hampir 500 anggota SAF terbabit dengan pelbagai usaha pembinaan semula dan penstabilan di sana dari 2007 hingga 2013.

Angkatan tentera dan pertahanan awam menyelamatkan mangsa-mangsa yang terselamat daripada runtuhan Hotel New World.

Lebih daripada 500 anggota SAF mengambil bahagian dalam operasi menyelamat di Singapura berikutan bencana keruntuhan Hotel New World. Lian Yak Building yang menempatkan Hotel New World telah runtuh pada 15 Mac 1986, meninggalkan 33 orang maut dalam kejadian tersebut. Operasi menyelamat yang dipimpin secara bersama oleh angkatan tentera dan pertahanan awam Singapura, akhirnya telah berjaya menyelamatkan kesemua 17 mangsa runtuhan tersebut.

Satu pasukan yang terdiri daripada 6 Jurutera Angkatan Tentera Udara dan Kumpulan Logistik telah mengubah suai penguji tekanan bagi mengurangkan masa yang diperlukan untuk menguji Tekanan Kedap Kepala Rotor Chinook. Projek mereka telah dipamerkan semasa acara penganugerahan 2013 PRIDE Day.

$222.9 juta Penjimatan paling tinggi direkod daripada PRIDE (PRoductivity and Innovation in Daily Efforts) Day sejak dekad yang lalu, yang telah dicapai dalam tahun kewangan 2012. Gerakan PRIDE mengiktiraf unit dan para anggota atas projek inovasi mereka yang cemerlang dalam meningkatkan produktiviti.

OCS Hotel Wing telah mencatat kehadiran terbesar peserta senaman bersama-sama 1,000 bangun tubi.

546,000 bangun tubi Jumlah bangun tubi yang dicatat apabila 546 kadet, jurulatih dan komander daripada Sekolah Pegawai Kadet (OCS) Hotel Wing melakukan 1,000 bangun tubi bersama-sama pada 28 Okt 2011. Hasil mengagumkan ini adalah untuk memperingati ulang tahun ke-45 Institut Tentera SAFTI. Pencapaian ini telah mencatat rekod dalam Singapore Book of Records bagi jumlah paling banyak orang melakukan 1,000 bangun tubi bersama-sama.

Tags