Permainan Pemburu

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/3181081b-03e1-4e94-ae61-e4ffa7098ec7/OCT2017_FeaturePg18_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-3181081b-03e1-4e94-ae61-e4ffa7098ec7-mZVJII2 /web/wcm/connect/pioneer/3181081b-03e1-4e94-ae61-e4ffa7098ec7/OCT2017_FeaturePg18_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-3181081b-03e1-4e94-ae61-e4ffa7098ec7-mZVJII2 /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-q1/malay/hunter-games-ms
hunter-games-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-q1/malay/hunter-games-ms
01 Oct 2017 | OPS & TRAINING

Permainan Pemburu

Saksikan 2 minggu Latihan Pacific Griffin di luar perairan Guam di antara Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Laut Amerika Syarikat (USN).

// Cerita Ong Hong Tat 

// Foto adalah ihsan daripada RSN dan USN

RSS Supreme (depan), RSS Stalwart (atas kanan) dan RSS Endurance (kiri sekali) dengan kapal perang Angkatan Laut Amerika Syarikat belayar di luar perairan Guam.
English 华文
English 华文

Baru-baru ini, kapal perang Singapura belayar 5,000km ke Guam untuk menjalani latihan perang tentera laut dengan tentera laut Amerika Syarikat.

Dengan perairan luas di pulau Pasifik yang kecil, kapal-kapal itu mempunyai ruang yang diperlukan untuk berlatih. Kapal-kapal itu berada di sana dari 19 ogos hingga 2 September untuk menjalani latihan peperangan anti-kapal selam, anti-udara dan anti-permukaan bersama-sama.

Dari Singapura adalah Kapal Pendarat Kereta Kebal RSS Endurance dan dua buah kapal frigat iaitu RSS Stalwart dan RSS Supreme dengan helikopter tentera laut Sikorsky S-70B.

Aset-aset dari Angkatan Laut Amerika Syarikat termasuklah kapal tempur pesisir USS Coronado, kapal pembinasa kelas Arleigh Burke USS Benfold, kapal pengisian bahan bakar USNS Pecos dan pesawat tentera seperti jet pejuang Hawker Hunter.

"Ruang latihan di sini (di Guam) membenarkan RSN menjalankan latihan peperangan tentera laut dan maritim yang canggih dan maju mengikut skop yang penting dan rumit," kata Kolonel (COL) Saw Shi Tat.

Beliau ialah Panglima Flotila Pertama dan Pegawai Pemerintah Skuadron 185.

Pihak pemburu

Bagi senario peperangan anti-kapal selam, kedua-dua angkatan laut perlu bekerjasama dalam mengendalikan kapal dan pesawat sambil menyelaras operasi penerbangan.

Aset-aset udara yang lebih cepat dan lebih banyak berfungsi sebagai mata hadapan bagi kapal-kapal. Misalnya, S-70B memantau laut daripada ancaman di bawah permukaan laut dan menyiasat kawasan-kawasan tepilih dengan sonarnya.

Pesawat bersayap tetap P-8 Poseidon USN menjatuhkan boya sonar secara kerjasama. Boya sonar mampu meliputi jarak yang lebih jauh dengan kelajuan yang lebih tinggi.

Lebih banyak helikopter S-70B yang mudah dikendalikan akan menyiasat dengan lebih jauh sebaik sahaja kawasan yang terpilih dikesan. Kapal-kapal perang juga menggunakan sistem sonar semasa operasi anti-kapal selam.

Sementara pesawat seperti S-70B mampu merendahkan tatsusunan sonar dari udara, kapal-kapal perang menarik sonar dari belakang. Sistem sonar menggunakan teknologi sonar aktif dan pasif.

Mod aktif befungsi dengan memancarkan gelombang bunyi di dalam kawasan terpilih dan gelombang yang kembali kemudiannya dianalisis dengan computer untuk "melihat" apa yang berada di permukaan laut. Dalam mod pasif, sonar "mendengar" bunyi-bunyi kapal.

Mengembangkan kebolehan

Kata Pegawai Koordinasi Pesawat Taktikal (TACCO) iaitu Kapten Tan Hoong Teck: "Laut di sini adalah dalam dan kapal selam boleh menggunakan peluang ini sebagai kelebihan untuk mengelak daripada dikesan."

"Kawasan latihan yang lebih luas juga bermaksud pesawat dan kapal selam mempunyai banyak ruang untuk menjalankan operasi dan kita boleh mendorong had operasi kita untuk melihat keberkesanan kita." 

Beliau yang berumur 29 tahun itu mengendalikan S-70B dan menyelaraskan operasi di antara kapal dan pesawat. Sebagai pegawai tentera laut yang terlatih, TACCO mampu menterjemahkan tujuan kapal-kapal itu kepada tindakan di udara. 

Ia juga merupakan peluang untuk menajamkan kemahiran pemburuan di dalam air bagi kru kapal frigat. Kapal perang boleh memilih untuk menggunakan sonar dari buritan kapal semasa latihan anti-kapal selam.

Menyerupai sebuah kapal selam kecil, Sonar Tunda Frekuensi Rendah Aktif (ALOFTS) mengikut di belakang kapal induknya dan mengimbas permukaan laut. Ia menghasilkan satu gambar yang menyerupai imbasan ultrabunyi.

Kata Pakar Tentera (ME1) Thiagaysen a/l Chandrasegaran: "Kedalaman laut di sini (di Guam) bermakna kita boleh menggunakan kebolehan sistem ALOFTS sepenuhnya. Sesuatu yang kami tak biasa lakukan apabila menjalankan latihan di Laut China selatan (tempat RSN biasa menjalankan latihan)."

Semasa latihan, S-70B dan RSS Stalwart masing-masing melancarkan torpedo dalam pemburuan kapal selam simulasi.

Tembakan peluru berpandu!

Di luar latihan, RSN juga mengendalikan pelancaran peluru berpandu dan torpedo secara langsung di kapal dengan jayanya. Ia juga merupakan kali pertama RSN mengendalikan pelancaran Harpoon mengikut Masa Sasaran yang Ditetapkan (DTOT). 

Dua buah kapal frigat RSN masing-masing melancarkan peluru berpandu Harpoon untuk menghentam sasaran secara serentak semasa latihan itu.

Ia merupakan satu latihan ketepatan tentera kerana platform pelancaran perlu mengkoordinasikan proses pelancaran peluru berpandu bagi memastikan peluru berpandu itu terkena sasaran pada masa yang sama. 

Pelancaran dengan cara ini memerlukan usaha yang lebih tetapi sekiranya berjaya ia sememangnya membawa maut. Kapal-kapal itu perlu merancang tembakan DTOT dengan teliti kerana tembakan yang selaras memerlukan segerakan yang tepat.

"Kedua-dua buah kapal mesti mempunyai konsep yang sama tentang bagaimana tembakan akan terjadi dan menggunakan proses yang sama," terang Kapten (CPT) Chua Sheng Hao, Pegawai Operasi RSS Supreme.

Beliau merupakan ketua perancang pelancaran DTOT. Semuanya akan terjadi sebaik sahaja kapal-kapal itu menerima arahan untuk melancarkan peluru berpandu. Pembidikan dilakukan, trajektori dihitung dan masa pelancaran pelancar dianggarkan untuk memastikan kedua-dua peluru berpandu menghentam sasaran dalam tempoh beberapa saat antara kedua-duanya.

Itu bermakna perancangan untuk hal luar jangka dan mencari cara untuk bertindak terlebih dahulu termasuklah komunikasi rapat di antara kedua-dua buah kapal.

Tembakan peluru berpandu! peluru berpandu harpoon dilancarkan dari RSS Stalwart dan RSS Supreme (foto seterusnya) semasa tembakan secara langsung DTOT. Kedua-dua buah peluru berpandu dari kapal-kapal frigat itu menghentam sasaran dengan jayanya. Pelancaran peluru berpandu ini dijalankan di luar latihan.

Boom!

Bagi kru yang lain, cabarannya adalah menterjemahkan perancangan itu kepada tindakan.

"Keseluruhan pasukan telah melalui banyak latihan dalam persediaan pelancaran dan kami telah memastikan yang semua sistem  bekerja dengan betul," kata ME4 Koh Tai Wei iaitu Jurutera Kanan  Sistem Tempur di RSS Stalwart yang melancarkan salah satu daripada dua buah peluru berpandu itu.

Semua perancangan dan persediaan tidak disia-siakan kerana kedua-dua buah peluru berpandu menghentam sasaran dalam tempoh beberapa saat antara satu sama lain.

"Setelah berjaya dalam tembakan DTOT, ia memberikan kami keyakinan yang kuat bahawa kami mampu melakukannya jika dipanggil untuk berbuat demikian dalam suasana sebenar," kata CPT Chua.

Latihan itu juga terbukti berguna kepada Angkatan Laut Amerika Syarikat. Laksamana Pertama Kapal Pembinasa Angkatan Laut Amerika Syarikat Skuadron 7, Kapten (CAPT) Lex Walker berkata: "Angkatan Laut Amerika Syarikat benar -benar menghargai perkongsian erat kami dengan RSN."

Apabila ditanya mengapa latihan seperti ini penting, dia berkata: "(Hai ini adalah kerana) kami tahu tiada misi yang dapat kami (USN) jalankan di Laut China Selatan atau di mana-mana sahaja dengan seorang diri."

"Sebagai rakan kongsi dalam bidang ini, kita perlu bergantung pada satu sama lain untuk berjaya dan bertindak memajukan kawasan maritim."

Tags