Menerbangkan "burung laut"

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/093b1551-0035-452e-9436-855068e9d509/OCT2017_FeaturePg24_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-093b1551-0035-452e-9436-855068e9d509-mZU-vX- /web/wcm/connect/pioneer/093b1551-0035-452e-9436-855068e9d509/OCT2017_FeaturePg24_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-093b1551-0035-452e-9436-855068e9d509-mZU-vX- /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-q1/malay/flying-the-seabirds-ms
flying-the-seabirds-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-q1/malay/flying-the-seabirds-ms
01 Oct 2017 | OPS & TRAINING

Menerbangkan "burung laut"

Temui kumpulan pertama NSF yang menerima latihan di atas Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) ScanEagle Tentera Laut, dalam siri terakhir kami bagi kerjaya Perkhidmatan Negara (NS) yang kurang dikenali ini.

// Kisah oleh Ong Hong Tat 

//  Gambar oleh Chai Sian Liang

(Dari kiri) Sarjan ke-3 (3SG) Gabriel, Boon Kai dan Isaiah adalah sebahagian daripada kumpulan NSF yang pertama menerima latihan sebagai Pengendali UAV. Pada latar belakang ialah ScanEagle UAV, sedia untuk pelancaran.
English 华文
English 华文

Tahap penjagaan dan perhatian yang diberikan kepada anggota yang bertanggungjawab mengangkat adalah sama dengan penjaga burung penggemar mewah ke atas rakan seangkatan mereka.

Perbezaannya? Kumpulan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) ini daripada Skuadron 188 Tentera Laut Republik Singapura (RSN) menjaga ScanEagle UAVs yang diselaputi logam dan berteknologi tinggi.

Kapal-kapal ini belayar dengan Missile Corvettes (MCV) dan berfungsi sebagai mata bagi kapal perang paling laju dalam armada RSN.

Terbang berbatu-batu jauhnya lebih awal daripada kapal induknya, the ScanEagle UAV menyediakan suapan video untuk menambah keupayaan pengawasan maritim MCV. Drone seberat 20kg ini dengan sayap hanya lebih 3m boleh terbang pada kelajuan kira-kira 100km/j.

Tembakan ke langit

Tali kabel pelancar dan ScanEagle UAV dilepaskan ke udara dengan alat seperti busur silang. Terletak di dek buritan MCV, sistem pelancar ini membenarkan drone untuk mendapatkan halaju yang diperlukan untuk penerbangan tanpa landasan.

Walaupun pelancaran mengambil masa beberapa saat sahaja, namun penyediaannya mengambil masa yang agak panjang. Penyediaan pelancar dan menempatkan drone sahaja mengambil masa sejam dan ia dilakukan dengan tangan-tangan terlatih.

"Kami mengambil masa lebih daripada dua jam sewaktu pertama kali melakukannya!" ujar Sarjan ke-3 (3SG) Gabriel Teo. Setelah kira-kira setahun melakukan tugas tersebut, anggota berumur 19 tahun ini kini mahir dalam penyediaan dan pelancarannya.

Latihan burung laut

Belajar untuk melakukan tugas mereka mengambil masa tiga bulan, ujar Pakar Tentera (ME) 2 Ricky Tan. Beliau merupakan salah seorang Ketua Kluster UAV yang ditugaskan kepada tiga MCV yang dilengkapi UAV.

Semasa kursus tersebut, semua anggota perlu menguasai pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran. "Kami belajar aerodinamik asas dan berpeluang menerbangkan UAV pada simulator," ujar 3SG Teo Boon Kai, Pengendali UAV yang bekerja di atas RSS Valour.

Latihan tersebut sangat sukar kerana mereka adalah kumpulan pertama ditugaskan menjadi Pengendali UAV. "Tiada siapa yang boleh dijadikan tempat rujukan dan nasihat kerana kami adalah kumpulan pertama yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara (NS) sebagai pengendali UAV!" ujar 3SG Boon Kai.

Pelayaran jauh

Mujurlah bagi mereka, terdapat latihan besar di luar negara yang berlangsung pada waktu yang sama. Mereka mendapat peluang belayar selama lima minggu di atas kapal RSS Vigour bagi Exercise Kakadu pada tahun lalu, melihat dan belajar daripada anggota kanan mereka berpengalaman luas sebagai pelayar Regular.

Exercise Kakadu 2016 yang dijalankan di pesisir pantai Australia, melibatkan kapal dan kapal selam, 18 pesawat dan lebih daripada 3,000 kakitangan daripada 10 buah negara.

"Semua latihan amali sangat membantu -- kami perlu mengguna pakai apa yang dibaca di dalam manual," ujar 3SG Isaiah Zhuang yang ditugaskan kepada RSS Valiant.

Semasa pelayaran tersebut, mereka belajar teori pada waktu pagi, disusuli dengan latihan dek, melaksanakan tatacara pelancaran dan pemulihan kira-kira tiga kali setiap hari.

Di laut terbuka, menyediakan sistem untuk pelancaran dan pemulihan menjadi sukar apabila berhadapan dengan cuaca buruk. Drone biasanya dibungkus dalam kanister dan sayap perlu dipasang sebelum ia dibawa ke kedudukan pelancaran berketinggian 2 meter. Di samping itu, NSF mengendalikan pengisian bahan api UAV.

Melihat semua

Pada waktu pelayaranlah kami berpeluang melihat kegunaan sebenar sistem UAV ScanEagle. "Dengan video secara langsung, mudah untuk mengesan ancaman berkemungkinan yang bersembunyi dalam konvoi pedagang malah sekiranya kapal perang musuh menyembunyikan kehadirannya dengan belayar dekat dengan kapal lain," ujar 3SG Gabriel.

Sementara MVC dilengkapi radar, UAV mengambil langkah lanjut dan menawarkan pengesahan visual bagi imej radar yang muncul sebagai blip pada skrin.

Rancangan selanjutnya

Sukatan pelajaran latihan bagi Pengendali UAV NSF sedang dipertingkatkan, ujar ME2 Tan dan terdapat rancangan untuk melayakkan NSF mengendalikan muatan (kamera) pada UAV.

Semasa juruterbang mengawal penerbangan UAV, juruterbang bersama mengendalikan kamera. Dengan enam panel paparan untuk dilihat, pasangan tersebut dipenuhi tugas yang perlu dilakukan. Panel memaparkan sejumlah besar data, dari keadaan sistem hingga parameter penerbangan dan juga suapan video yang datang dari kamera.

Apabila ditanya perasaan beliau mempunyai NSF di dalam skuadron, beliau menyatakan: "Pastinya lebih baik dengan kehadiran mereka; kami beroperasi dalam pasukan kecil jadi anggota tambahan adalah sangat bermakna bagi kami."

 

"Dengan video secara langsung, mudah untuk mengesan ancaman berkemungkinan yang bersembunyi dalam konvoi pedagang malah sekiranya kapal perang musuh menyembunyikan kehadirannya dengan belayar dekat dengan kapal lain." 

QUOTE-A-credit
Tags