MEWUJUDKAN KERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN TEKNOLOGI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/0e55800b-4858-42f1-aaf1-23a7d005bb1a/28jun18_news1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-0e55800b-4858-42f1-aaf1-23a7d005bb1a-mOeZ63M /web/wcm/connect/pioneer/0e55800b-4858-42f1-aaf1-23a7d005bb1a/28jun18_news1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-0e55800b-4858-42f1-aaf1-23a7d005bb1a-mOeZ63M /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/2018-q2/malay/28jun18_news-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/2018-q2/malay/28jun18_news-ms
28jun18_news-ms
28 Jun 2018 | TECHNOLOGY
English 华文

MEWUJUDKAN KERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN TEKNOLOGI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN

// Laporan Benita Teo 

// Gambar Chai Sian Liang

English 华文

Persidangan Teknologi Pertahanan Singapura (SDTS) yang pertama kali diadakan dari 27 hingga 29 Jun. Persidangan tiga hari itu menyatukan lebih daripada 400 orang pakar industri dari 17 buah negara termasuklah pembuat dasar, ahli-ahli sains pertahanan dan pemimpin-pemimpin  akademik serta badan-badan pemikir.

Sidang kemuncak itu bertemakan Impak Revolusi Industri yang ke-4 ke atas Pertahanan dan Keselamatan. Peserta akan membincangkan trend dalam teknologi pertahanan dan keselamatan serta meneroka cara baru untuk mengubah dan mewujudkan kerjasama.

Dalam ucapan pembukaan beliau di Shangri-La Hotel pada 27 Jun, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan kepentingan kerjasama untuk pertumbuhan dan kemajuan.

Dr Ng berkata: "Peluang satu kumpulan terpencil berjaya dalam menemui atau menggunakan teknik baru adalah tipis. Dalam bahasa teori permainan, kerjasama ialah strategi dominan yang lebih banyak membuahkan hasil ." Beliau juga menyatakan bahawa pencipta-pencipta moden, inovator, ahli-ahli sains dan jurutera semakin terbuka untuk berkongsi idea.

Ketika ilmu baru mengubah kehidupan harian, ia juga meningkatkan dilema baru tentang etika dan moraliti seperti peranan autonomi manusia meskipun dalam pertambahan pergantungan terhadap automasi dan robot, kata Dr Ng.

Dalam ucapan beliau, Dr Ng menekankan keperluan bagi kerajaan dan sektor swasta untuk bekerjasama dalam menghasilkan penyelesaian untuk menangani cabaran pertahanan dan keselamatan sambil memastikan bahawa teknologi baru pada akhirnya tidak dieksploitasikan oleh bakal-bakal penyerang.

"Bagaimanakah kita memastikan bahawa teknologi baru tidak menjejaskan keselamatan kolektif kita? Pengganas dan jaringan mereka telah menggunakan aplikasi pengutus yang dikodkan untuk mengatur plot secara terperinci  serta dron untuk menjalankan pengawasan dan menghantar alat letupan yang telah diubahsuai," kata beliau.

Dr Ng mengatakan usaha bersama dan keselamatan teknologi telah disarankan oleh Jeneral (GEN) (Ret) Keith Alexander, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IronNet Cybersecurity iaitu sebuah syarikat  penyelesaian keselamatan siber bertempat di Amerika Syarikat (AS).

Seorang jeneral empat bintang dengan pengalaman empat dekad dalam Tentera AS, GEN (Ret.) Alexander menekankan bahawa infrastruktur kritikal seperti pengangkutan dan jaringan kewangan adalah sasaran utama dalam serangan siber.

Biasanya aset-aset infrastruktur awam diuruskan oleh organisasi komersial, oleh itu kerajaan mestilah berkongsi tanggungjawab melindungi pangkalan kritikal ini, kata GEN (Ret) Alexander.

"Jaringan Internet sedang tumbuh dengan pesat dan risiko terhadap negara-negara juga meningkat. Kita - pelbagai negara di seluruh dunia - perlu bekerjasama untuk memahami bagaimana untuk membuat Internet dan penggunaan alat-alat akan datang ini lebih baik bagi rakyat kita," kata beliau.

Tags