Untuk berkhidmat demi negara

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/199f333c-b73b-4b74-94e8-8008c9ba03ae/sep17_fs2-1.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-199f333c-b73b-4b74-94e8-8008c9ba03ae-mZGlmUz /web/wcm/connect/pioneer/199f333c-b73b-4b74-94e8-8008c9ba03ae/sep17_fs2-1.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-199f333c-b73b-4b74-94e8-8008c9ba03ae-mZGlmUz /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/2018-dm/malay/01Sep2017_01539-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/2018-dm/malay/01Sep2017_01539-ms
01Sep2017_01539-ms
01 Sep 2017 | OPS & TRAINING
English 华文

Untuk berkhidmat demi negara

// Cerita oleh Thrina Tham 

// Foto adalah ihsan Pusat Maklumat Tentera Udara & orang yang ditemuramah

English 华文

PIONEER melihat dengan lebih dekat bagaimana Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara telah membantu mempertahankan ruang udara Singapura sejak 1970-an.



1970

Perintah Pertahanan Udara Singapura (SADC) yang berubah kepada Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) pada tahun 1975 telah mengambil kelompok pertama Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSFs).

Perintis-perintis Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSFs) dikerahkan sebagai juruteknik pesawat dalam SADC selepas Latihan Asas Tentera (BMT). Daripada 10 Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSFs), 4 orang berdaftar sebagai Anggota Kerahan Sepenuh Masa (Regulars).

"Kali pertama kami mendapat pesawat pejuang, pesawat pejuang itu bukanlah baru. Seperti kereta-kereta lama, pesawat-pesawat itu akan rosak. Akan tetapi kami mempunyai misi untuk melihat pesawat-pesawat pejuang itu terbang jadi kami benar-benar bekerja keras dan mampu menyelesaikan kebanyakan masalah."

-Pegawai Waran Pertama (1WO) (Ret) Tony Hui yang berumur 66 tahun ialah Juruteknik Kanan Pesawat. Beliau merupakan perintis NSF yang berkhidmat pada tahun 1971 dan menjadi Anggota Kerahan Sepenuh Masa (Regular) pada tahun 1972.

 

1979

Apabila RSAF menambah platform baru seperti helikopter Super Puma kepada komuniti tentera udara, ia juga mengembangkan keupayaan artileri pertahanan udaranya. Selepas itu, Artileri Pertahanan Udara Singapura (SADA) ditubuhkan dan pada mulanya telah mengambil alih 2 batalion artileri tentera.

Satu batalion dinamakan semula sebagai 160 SADA dan mengendalikan meriam pembinasa pesawat udara 35mm. Satu batalion lagi yang dinamakan semula sebagai 170 SADA mengendalikan peluru berpandu darat ke udara Bloodhound. SADA dengan cepatnya membina satu sistem senjata berpangkalan di darat bersama-sama dengan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSFs) dan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) di barisan hadapan pertahanan udara pada setiap masa.

"Saya merupakan salah seorang perintis daripada Skuadron 160 (SQN) dan tiga orang daripada kami telah dipilih untuk menjalani Kursus Meriam Pembinasa Pesawat Udara di Switzerland. Apabila kami kembali, kami menghadapi satu tugas yang sangat mencabar kerana kami terpaksa menulis format latihan…Ia sangat sibuk tetapi ia suatu pengalaman yang baik sebagai seorang anak muda."

-Leftenan (LTA) (Ret) Patrick Peh yang berumur 72 tahun merupakan Pegawai Perang Udara (Pertahanan Udara Berpangkalan Di Darat). Beliau berkhidmat dalam RSAF dari tahun 1970 hingga tahun 1973 dan kembali ke skuadron 160 (SQN) sebagai Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.

1980

160 SADA iaitu anggota artileri pertahanan udara RSAF telah menyertai Latihan Pertahanan Udara pada bulan Mac 1980. Ia merupakan latihan pertama di luar negara bagi batalion Perkhidmatan Negara (NS) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). Latihan empat hari Sistem Pertahanan Udara Bersepadu(IADS) itu diadakan di Singapura dan Malaysia.

1981

Untuk memenuhi pertambahan keperluan operasi RSAF, kursus Pegawai Kawalan Trafik Udara pertama (Reservist) dijalankan pada bulan Oktober 1981 untuk menukar pengawal trafik udara awam kepada pengawal ketenteraan.

Pada bulan berikutnya, kelompok pertama Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara daripada Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) melaporkan diri untuk Latihan Dalam Kem sebagai Pembantu Kawalan Trafik Udara di Pusat Kawalan Trafik Udara Bersama. Pada tahun yang sama, RSAF juga mengambil juruterbang sistem penerbangan dan anggota-anggota yang berlatih dalam kawalan trafik udara sebagai Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang boleh dipanggil sekiranya terdapat krisis ketenteraan.

Pengawal  trafik udara bekerjasama secara erat dengan juruterbang dalam melindungi ruang udara.

Mejar (MAJ) (Ret) Ganesan semasa latihan pada masa kerjanya di Pangkalan Udara Tengah pada tahun 1975.

1994-1995

RSAF melatih kelompok pertamanya daripada Pakar-Pakar Kru Udara NSF (ACSes) untuk dikerahkan dalam pelbagai skuadron helikopter. Pakar-Pakar Kru Udara NSF bekerjasama dengan rakan sejawat mereka iaitu Anggota Kerahan Sepenuh Masa (Regulars) dalam misi seperti mencari dan menyelamat  serta bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana. Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSFs) juga dilantik sebagai Pegawai Operasi Udara dan Komunikasi (sekarang dinamakan semula sebagai Pegawai Sistem Senjata – Perintah, Kawal, dan Komunikasi) untuk menjalankan kawalan trafik udara yang tepat dan NSF juga dilantik sebagai pakar-pakar Operasi Udara.

"Kami berada di dalam bilik tanpa apa-apa pun melainkan satu papan yang menunjukkan kedudukan  kawasan landasan. Apabila pesawat memanggil kami, kami menggunakan pin di papan itu (untuk menunjukkan lokasinya) …Sekiranya terdapat 20 pesawat, kami terpaksa menghafal semuanya di dalam minda kami – ke mana mereka pergi, dari mana mereka datang. Pada hari ini, maklumat ini dipamerkan di radar – dari isyarat panggilan hingga ke ketinggian pesawat itu terbang."

-Mejar (MAJ) (Ret) Johnny Ganesan yang berumur 64 tahun merupakan Pegawai Operasi Udara dan Komunikasi menyatakan tentang perbezaan dalam latihan pada hari ini. Beliau berkhidmat dalam RSAF dari tahun 1971 hingga tahun 1999 dan berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara sehingga tahun 2003.

2015

Peranan Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh Masa (NSFs) dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) terus berkembang apabila ramai kru udara Perkhidmatan Negara (NS) digunakan untuk misi luar negara.

Pada bulan Januari 2015, RSAF menyertai pencarian kapal terbang Air Asia QZ8501 yang terhempas ketika dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura. Pencarian selama 20 hari itu melibatkan dua pesawat pengangkutan C-130 dan 2 buah helikopter Super Puma yang dibawa dengan kapal tentera laut.

"Dalam latihan, kami diletakkan dalam senario berbeza supaya kami akan bersedia untuk operasi sebenar. Saya berfikir: Bagaimana kalau saya mengenali seseorang yang berada dalam kapal terbang itu? Saya meletakkan pemikiran saya yang saya berada di sana untuk mencari seseorang yang saya kenali dan perlu melakukan yang terbaik untuk mencarinya."

-Sarjan Ketiga (3SG) (NS) Goh Zhe-Wen yang berumur 23 tahun merupakan Pakar Kru Udara (ACS). Beliau secara sukarela menyertai operasi pencarian. Beliau berkhidmat sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dari tahun 2012 hingga tahun 2014 dan melanjutkan perkhidmatan beliau sehingga tahun 2015.

Tags