Menggalakkan operasi kapal selam yang lebih selamat

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/05146d32-a426-4e6a-9c19-37f74d6d2144/09jun2016_ms_pic1.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-05146d32-a426-4e6a-9c19-37f74d6d2144-mnXFprd /web/wcm/connect/pioneer/05146d32-a426-4e6a-9c19-37f74d6d2144/09jun2016_ms_pic1.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-05146d32-a426-4e6a-9c19-37f74d6d2144-mnXFprd /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Jun2016_01180-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Jun2016_01180-ms
01Jun2016_01180-ms
01 Jun 2016 | OPS & TRAINING
English 华文

Menggalakkan operasi kapal selam yang lebih selamat

STORY // Ong Hong Tat

PHOTO // RSN
 

English 华文

Angkatan Tentera Laut dari rantau Asia Pasifik telah berkumpul untuk membincangkan cara-cara untuk meningkatkan keselamatan dalam air pada Persidangan Keselamatan Operasi Kapal Selam (SMOSC) yang kedua, dari 29 Mei - 2 Jun, di Pangkalan Tentera Laut Jinhae, Korea Selatan.

Para peserta membincangkan pelbagai langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan keselamatan operasi kapal selam.

Sebagai contoh, Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) mencadangkan idea perkongsian maklumat melalui Portal Maklumat Keselamatan Kapal Selam untuk menyediakan maklumat mengenai kapal-kapal yang berhampiran, dan juga untuk mewujudkan satu set Kod Dalam Air untuk Pertemuan yang Tidak Dirancang di Laut (CUES).

Persidangan ini diadakan sempena Latihan Pacific Reach, latihan kecemasan dan menyelamat kapal selam multilateral, yang berlangsung dari 25 Mei - 3 Jun. Negara-negara yang mengambil bahagian termasuk Australia, Jepun, Malaysia, Republik Korea, dan Amerika Syarikat.

Turut hadir ialah pemerhati ketenteraan dari 22 negara.

RSN mengambil bahagian dalam latihan ini dengan MV Swift Rescue, kapal sokongan penyelamat kapal selam, untuk menjalankan latihan menyelamat dengan kapal selam dari Angkatan Tentera Laut Republik Korea (ROKN) dan Tentera Laut Diraja Australia.

Menjelaskan keperluan untuk memberi tumpuan kepada keselamatan kapal selam, Ketua Operasi Tentera Laut, Laksamana Muda (RADM) Timothy Lo berkata: "Sejak 10 tahun yang lalu, kami telah melihat percambahan penggunaan kapal selam dan angkatan tentera laut yang mengendalikan kapal selam.

Apabila persekitaran dalam air menjadi lebih sesak, risiko perlanggaran yang tidak disengajakan adalah lebih tinggi."

Di rantau Asia Pasifik, terdapat lebih daripada 10 negara yang mengendalikan lebih daripada 200 kapal selam. Ini termasuk negara-negara seperti China, India, Jepun, Korea Selatan dan Utara, Rusia dan Amerika Syarikat. Adalah dianggarkan bahawa jumlah ini boleh meningkat menjadi 350 kapal selam diesel-elektrik menjelang tahun 2020. Berhampiran negara kita, Indonesia, Malaysia dan Vietnam juga mengendalikan kapal selam.

Tambahan pula dengan keadaan geografi dasar laut, keperluan untuk kolaborasi berkenaan keselamatan kapal selam meningkat. "Kawasan perairan Selat Melaka dan kawasan selatan Laut China Selatan juga agak cetek, lazimnya kira-kira 60 hingga 70m dalam," kata RADM Lo.

Sudah terdapat insiden di laut yang melibatkan kapal selam, seperti perlanggaran dalam air antara HMS Vanguard milik Tentera Laut Diraja UK dan Triomphant milik Tentera Laut Perancis pada bulan Februari 2009.

Di Asia, kapal selam Tentera Laut AS USS Greeneville telah bertembung dengan kapal latihan perikanan sekolah tinggi Jepun, Ehime-Maru, apabila kapal selam tersebut timbul semasa latihan kecemasan. Kejadian pada tahun 2001 itu menyebabkan beberapa kematian.

Untuk mengurangkan risiko kejadian yang sama, RSN bercadang untuk mewujudkan satu set CUE Dalam Air. Dokumen tersebut menjelaskan prosedur keselamatan untuk mengendalikan kapal selam di laut.

Sebagai contoh, apabila kapal selam mengesan kapal selam lain, kedua-dua kapal akan memperlahan atau menterbalikkan perejangan untuk membolehkan lebih banyak masa untuk menilai keadaan. Dalam senario lain, kapal selam yang akan timbul perlu melepaskan isyarat piroteknik merah untuk memberi amaran kepada kapal di permukaan dan memberi masa kepada mereka untuk beredar dari kawasan tersebut.

RSN dan ROKN juga telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Menyelamat Kapal Selam di luar sesi latihan dan persidangan. Tujuan MOA ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam sokongan menyelamat kapal selam antara kedua-dua angkatan tentera laut.

Tags