"Jejaka kereta kebal"!

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/bb601721-ae32-4bac-a927-136819111379/aug17_fs1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-bb601721-ae32-4bac-a927-136819111379-mZkSLG9 /web/wcm/connect/pioneer/bb601721-ae32-4bac-a927-136819111379/aug17_fs1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-bb601721-ae32-4bac-a927-136819111379-mZkSLG9 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Aug2017_01517-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Aug2017_01517-ms
01Aug2017_01517-ms
01 Aug 2017 | OPS & TRAINING
English 华文

"Jejaka kereta kebal"!

// Laporan oleh Ong Hong Tat 

// Gambar oleh Kenneth Lin

English 华文

Apabila sebuah kereta kebal Leopard 2SG memerlukan sedikit TLC, ia akan menemui juruteknik dari Platun Penyelenggaraan Hadapan ke-48 (48 FMP). Ikuti kisah mereka dalam siri pertama daripada tiga bahagian ini mengenai kerjaya Khidmat Negara yang kurang dikenali.

Apabila anda berhadapan dengan jentera perang sepanjang 10m yang bahagian kelompangnya boleh merobek perisai tentera paling kukuh, anda perlu mengerah segala tenaga anda.

Pada Kereta Kebal Tempur Utama Leopard 2SG, hampir segala-galanya bersaiz lebih besar daripada biasa. 

Seluruh kereta kebal tingginya hampir tiga meter, malah memanjat ke bahagian atasnya memerlukan tangga yang menghiasi bahagian luar kereta kebal. Komponennya biasanya berat dan kereta kebal dipenuhi dengan peralatan elektronik yang canggih.

Menservis 2SG memerlukan ketangkasan fizikal dan mental, serta kerja di 48 FMP bukanlah satu tugas mudah. Juruteknik ini dari kerjaya Penyelenggaraan menyokong Batalion ke-48, Rejimen Bersenjata Singapura yang mengendalikan Leopard 2SG.

Hentian pit

"Tempo di sini adalah tinggi; unit menjalankan banyak latihan dan oleh kerana itu, kami perlu memastikan kereta kebal berfungsi dengan baik," ujar Pakar Tentera (ME) 2 Shamraj Nedumaran, 33. Beliau adalah Pakar Jurulatih Teknikal yang bertanggungjawab menguruskan pasukan yang terdiri daripada 11 anggota.

Selain daripada menyelesaikan masalah kerosakan, pasukan mengendalikan servis rutin untuk memastikan kereta kebal dalam prestasi terbaik untuk bertempur. Ini termasuk menambah bendalir, memeriksa kabel dan keadaan sistem, serta membaiki atau menggantikan bahagian yang rosak.

Jika kereta kebal Leopard 2SG adalah atlet, lelaki dan wanita di 48 FMP Pangkalan Penyelenggaraan Tentera Pertama (1 AMB) adalah ahli fisioterapi, doktor dan pakar bedah.

Juruteknik terbaik

Seorang juruteknik yang bertauliah yang menguruskan Leopard 2SG terlebih dahulu perlu menjalani kursus Latihan Juruteknik Asas (BTT) selama tiga bulan di Institut Teknikal Kejuruteraan Ordnance (OETI), diikuti dengan Kursus Penyelenggaraan Leopard yang dijalankan oleh 1 AMB.

Sebahagian kursus yang dijalankan oleh OETI adalah mengikut piawaian Sijil Pertukangan Kebangsaan, bermaksud graduannya diiktiraf sebagai juruteknik yang bertauliah di peringkat kebangsaan.

"Kursus BTT mengajar kami tentang asas seperti cara menanggalkan dan menggantikan komponen dengan selamat, serta membaca gambar rajah litar," terang Sarjan ke-3 (3SG) Low Jia Rong, 22, Komander Bahagian di 48 FMP. Beliau bekerja mengendalikan casis Leopard 2SG.

Tambah rakan juruteknik casis 3SG Bryan Lim: "Kursus Leopard seterusnya mengajar kami tentang sistem pada kereta kebal, yang agak lebih rumit berbanding dengan platform bersenjata lain."

Kursus Penyelenggaraan Leopard selama enam minggu ini adalah secara amali, di mana pelatih dikehendaki mendiagnos dan memperbaiki kerosakan pada setiap hari. "Latihan cara ini adalah lebih baik kerana kami boleh berlatih sambil kami belajar dan kami menjadi mahir dengan cepat," ujar 3SG Low.

Melepasi ruang pengendali berhawa dingin, bahagian dalam Leopard 2SG mengandungi jaringan hos dan kabel yang mengelirukan bagi mereka yang masih belum mahir tentangnya. Bagi juruteknik terlatih 48 FMP, ia merupakan peta yang sedang menunggu untuk dibaca.

"Salah satu perkara yang paling cerewet untuk dilakukan ialah menggantikan kabel di dalam turet kereta kebal," ujar juruteknik turet Lans Koperal (LCP) Sim Jia Xing, 23.

"Kabel-kabel berselirat di sekeliling turet dan ia agak berat. Ia sukar untuk dialihkan... Anda boleh bayangkan betapa kusutnya kepala apabila kami terpaksa mengeluarkan hanya satu kabel dari wayar yang berselirat itu!"

"Kami sama pentingnya dengan sesiapa sahaja di luar sana yang berada di lapangan; tanpa kamki, kereta kebal tidak boleh bergerak dan krew kereta kebal tidak boleh bertempur." - 3SG Lim

Kerja berat

Bagi juruteknik yang bekerja pada casis kereta kebal (di mana enjin dan kebanyakan komponen mekanikal ditempatkan), menggantikan hos hidraulik mungkin melibatkan penggunaan tenaga kerja paling banyak.

Seperti kabel turet, hos hidraulik dibina teguh. "Ia juga dipotong mengikut panjang sebenar dan diikat dengan ketat, jadi tidak terlalu banyak ruang yang ada apabila mereka mengendalikan bahagian tersebut," ujar 3SG Ryan Sng, 21.

Berpeluh adalah sebahagian daripada kerja, lebih-lebih lagi apabila bekerja di lapangan apabila mereka mengikuti krew kereta kebal keluar untuk latihan. "Ia betul-betul panas dan lembap di dalam kereta kebal; 10 minit dan kami bermandi peluh!" tegas 3SG Lim.

Apabila ditanya faktor yang membuatkan mereka terus bersemangat, LCP Sim menjawab: "Kami mempunyai pengetahuan mendalam ini tentang cara kereta kebal berfungsi, yang masih belum dikuasai oleh krew (yang mengendalikan kereta kebal ini)."

Tambah 3SG Lim: "Diri kami sama pentingnya dengan sesiapa di luar sana yang berada di lapangan; tanpa kami, kereta kebal tidak boleh bergerak dan krew kereta kebal tidak boleh bertempur."

 

Tags