SAF MENGALU-ALUKAN PANGLIMA PASUKAN PERTAHANAN BARU, PANGLIMA TENTERA DARAT

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/0f83674f-02ec-4f28-b30c-700bcf0c0c9d/24mar18_news1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-0f83674f-02ec-4f28-b30c-700bcf0c0c9d-mXaG3Cv /web/wcm/connect/pioneer/0f83674f-02ec-4f28-b30c-700bcf0c0c9d/24mar18_news1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-0f83674f-02ec-4f28-b30c-700bcf0c0c9d-mXaG3Cv /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/milestones/2018-dm/malay/24mar18_news-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/milestones/2018-dm/malay/24mar18_news-ms
24mar18_news-ms
24 Mar 2018 | MILESTONES
English 华文

SAF MENGALU-ALUKAN PANGLIMA PASUKAN PERTAHANAN BARU, PANGLIMA TENTERA DARAT

// LAPORAN BENITA TEO & TEO JING TING

// GAMBAR CHUA SOON LAI & CHAI SIAN LIANG

English 华文

Beliau mengambil alih tampuk kepimpinan dari Leftenan Jeneral (LG) Perry Lim yang menerajui Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sejak 18 Ogos 2015.

Kontinjen perarakan yang merangkumi Barisan Kawalan Kehormat dan 14 kontinjen perbarisan dari tentera darat, laut dan udara memberi pujian kepada panglima baru dengan tabik hormat berikutan upacara mengangkat sumpah Mejar Jeneral Ong. Mejar Jeneral Ong yang berkhidmat di SAF sejak tahun 1994 telah menjadi Panglima Tentera Darat sejak bulan Ogos 2015. Beliau bertanggungjawab dalam mempelopori Pergerakan “Tentera Siap-siaga, Askar Kuat”.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam memaksimumkan prestasi askar dan meningkatkan latihan untuk anggota kerahan perkhidmatan negara melalui pendekatan-pendekatan ini seperti menggalakkan pra rekrut untuk memainkan peranan yang lagi besar dalam Khidmat Negara (NS) mereka dan meningkatkan kesediaan operasi SAF dengan membenarkan mereka untuk menunjukkan minat dalam seruan NS.

Sebagai Ketua Pegawai Pengawal, beliau menguruskan penubuhan Pusat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan dan Pertolongan Bencana Serantau Changi. Dalam pelantikan beliau sebelum ini sebagai Panglima Briged Infantri Singapura yang ke-7, beliau  pernah mengetuai kontinjen SAF yang turut serta dalam operasi bantuan bencana semasa gempa bumi melanda Christchurch, New Zealand pada tahun 2011. Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menyerahkan surat pelantikan kepada Mejar Jeneral Ong. Beliau juga menyerahkan plak kepimpinan kepada Leftenan Jeneral Lim sebagai penghargaan atas pekhidmatan selama tiga dekad beliau bersama SAF.

Leftenan Jeneral Lim yang berumur 45 tahun menyertai SAF pada tahun 1990. Dalam peranan beliau sebagai CDF, beliau telah menerajui usaha untuk mengukuhkan keupayaan menghentikan pengganas dan kerjasama antara agensi SAF untuk operasi luar jangka tanah air serta terus membangunkan angkatan pertempuran dalam transformasi generasi ke-3 SAF. Di bawah kepimpinan beliau, SAF menyumbang kepada usaha menghentikan pengganas antarabangsa apabila mengerahkan anggota ke Kuwait dan Iraq. Dalam ucapan terakhir beliau sebagai CDF, Leftenan Jeneral Lim memberi penghormatan kepada pasukan di bawah kepimpinan beliau: "Kita bercita-cita untuk melakukan perkara yang betul demi SAF dan bukannya untuk melakukan sesuatu yang hebat. Kita terus merasakan perubahan dan bahaya terhadap Singapura serta merancang selama bertahun-tahun demi masa hadapannya.

"Pada masa yang sama kita mendekati rakyat untuk mendorong mereka. Kita berusaha mengukuhkan sistem dan proses untuk memastikan bahawa kita beroperasi dan berlatih dengan betul dan selamat."

Beliau juga berterima kasih kepada anggota perkhidmatan atas pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam memenuhi kewajipan-kewajipan mereka: "Mereka mengagumkan apabila menumpukan terhadap misi, bersikap profesionalisme, bersikap positif ketika bekerja dan apabila mereka memenuhi tanggungjawab serta mempunyai semangat berpasukan.

"Kita memerlukan anggota kita menjadi anggota yang mengagumkan kerana Singapura ialah negara kecil tanpa kedalaman strategik. Sesebuah negara kecil memiliki sedikit ruang untuk melakukan kesilapan. Apabila negara anda tiada kedalaman strategik, mempertahankannya adalah banyak kali lebih mencabar dari negara-negara lain yang mempunyai kelebihan. SAF tidak harus lupa hal ini."

Beliau juga meminta semua yang hadir untuk memberi sokongan padu mereka terhadap Mejar Jeneral Ong. Dalam penghormatan Mejar Jeneral Ong kepada Leftenan Jeneral Lim, beliau menyifatkan Leftenan Jeneral Lim sebagai seorang "pegawai yang memiliki nilai-nilai baik, berpegang pada prinsip-prinsip beliau, dan menyayangi SAF". CDF baru itu memberi penghargaan kepada Leftenan Jeneral Lim atas pengukuhan hubungan pertahanan Singapura terutamanya dengan rakan-rakan sejawat ASEAN beliau dan pembangunan kebolehan SAF dalam banyak aspek seperti keselamatan siber.

COA baru mengambil tampuk kepimpinan

Dalam perarakan pertukaran pemimpin secara berasingan pada 21 Mac, Brigedier Jeneral Goh Si Hou yang berumur 40 tahun mengambil alih tampuk kepimpinan COA dari Mejar Jeneral Ong. COA baru menyertai SAF pada tahun 1997. Dalam pelantikan beliau yang sebelum ini sebagai Panglima Divisyen Singapura yang ke-6, beliau menguruskan pembangunan Pusat Latihan Gabungan Tempur yang baru untuk mengukuhkan sistem latihan tentera dan menerajui divisyen itu melalui latihan tentera utama serta latihan dua hala dengan rakan kongsi asing.

Semasa pelantikan jawatan beliau dalam MINDEF dahulu, beliau menerajui pelaksanaan skim kerjaya baru tentera untuk meningkatkan pengambilan dan pengekalan tentera dalam SAF. Beliau juga mengetuai satu projek yang menyokong Jawatankuasa untuk Mengukuhkan NS. Ia telah membawa kepada inisiatif pembentukan Kor Relawan SAF. Brigedier Jeneral Goh memberi penghormatan kepada Mejar Jeneral Ong dengan berkata:"Sebagai COA, Mejar Jeneral Ong telah melaksanakan ungkapan Tentera Siap-siaga, Askar Kuat melalui perkataan dan tindakan beliau. Beliau telah bekerja dengan tidak jemu-jemu untuk menjadikan tentera lebih kuat, lebih bersedia (dan) lebih tegas. Kita boleh berbangga dengan COA yang telah meletakkan sepenuh jiwa dan raga beliau untuk menjadikan tentera lebih kuat." 

Dalam ucapan perpisahan beliau, Mejar Jeneral Ong menjelaskan bahawa moto tentera “Tentera Siap-siaga, Askar Kuat” bukan hanya “perkataan di atas sekeping kertas kulit" tetapi perkataan yang telah "diukir di fikiran kita dan dinyatakan dalam tindakan tegas".

Kata beliau: "Sebab itulah kita mengadakan latihan mobilisasi dan alat senjata terbesar yang tentera pernah lakukan dalam masa 10 tahun untuk menajamkan kesediaan operasi kita.  Kita melancarkan Institut Latihan Pertahanan Pulau untuk menyediakan askar kita dengan operasi keselamatan dalam negeri (dan) menubuhkan Pusat Prestasi Tentera Cemerlang kerana kita percaya terdapat satu cara yang lebih baik dengan pendekatan lebih saintifik dan berdasarkan data dalam membina askar-askar dan unit-unit yang lebih kuat. Kita sama-sama berjaya melakukan semua ini." 

Tags