RSAF LANCAR SAMBUTAN JUBLI EMAS PADA BULAN FEBRUARI

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/28cc530a-e410-49b6-b098-a239d0383f35/17jan18_news-03.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-28cc530a-e410-49b6-b098-a239d0383f35-mPhrQUi /web/wcm/connect/pioneer/28cc530a-e410-49b6-b098-a239d0383f35/17jan18_news-03.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-28cc530a-e410-49b6-b098-a239d0383f35-mPhrQUi /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/milestones/2018-dm/malay/17Jan2018_01961-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/milestones/2018-dm/malay/17Jan2018_01961-ms
17Jan2018_01961-ms
17 Jan 2018 | MILESTONES
English 华文

RSAF LANCAR SAMBUTAN JUBLI EMAS PADA BULAN FEBRUARI

// LAPORAN TEO JING TING

// GAMBAR CHAI SIAN LIANG 

English 华文

Untuk memperingati jubli emas RSAF, jet-jet pejuangnya akan membuat beberapa pertunjukan udara yang menakjubkan semasa Singapore Airshow dan pada RSAF50@Marina Barrage.

Peminat penerbangan bersedia untuk sesuatu yang hebat tahun ini. 

Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan menganjurkan pertunjukan udara yang mengagumkan dan membawa aset-aset mereka ke kawasan tengah, bersempena dengan sambutan jubli emasnya.

Sambutan akan dimulakan dengan Singapore Airshow (SA) 2018, di mana pelawat boleh menyaksikan jet-jet pejuang RSAF melakukan gerakan di udara yang mengujakan. Dipersembahkan oleh sebuah jet F-15SG dan dua buah jet F-16Cs, inilah kali pertama jet-jet pejuang melakukan pertunjukan tiga pesawat.

Pelawat akan berpeluang untuk melihat sepintas lalu hiasan kulit RSAF50 baru F-15SG pada pertunjukan udara itu. Mereka juga boleh mencuba sendiri mengemudi beberapa pesawat yang berlainan melalui pelbagai simulator dan mengambil gambar dengan pelbagai aset RSAF yang diperagakan (sebanyak dua kali ganda berbanding dengan pertunjukan udara yang terdahulu!).

Sebagai tambahan, warga Singapura dan Penduduk Tetap boleh membuat undian untuk peluang terbang bersama helikopterSuper Puma melalui laman web RSAF50 (50 tahun RSAF) (www.mindef.gov.sg/RSAF50).

SA 2018 akan dilangsungkan dari 10 hingga 11 Feb di Pusat Pameran Changi dan tiket ditetapkan pada harga $22.

Pada sidang media yang diadakan di Muzium Tentera Udara pada 17 Jan, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu RSAF50 Brigadier Jeneral (BG) Kelvin Khong menyatakan: "Tahun ini, kami berharap dapat meraikan pencapaian penting dengan semua orang melalui beberapa siri acara yang telah kami rancang. Kami ingin menjemput semua warga Singapura menyertai kami dalam sambutan ini."

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri pertunjukan udara, RSAF akan membawakan sebahagian daripada pameran mereka ke lima lokasi kawasan tengah - Toa Payoh (10 & 11 Mac), Sembawang (31 Mar & 1 Apr), Punggol (14 & 15 Apr), Bedok (12 & 13 Mei) dan Jurong East (26 & 27 Mei). Pengunjung acara boleh menjangkakan sorotan khas dan demonstrasi yang unik kepada setiap tempat, termasuk operasi helikopter langsung di kawasan Sembawang.

Pada hujung minggu Hari Kebangsaan, warga Singapura akan dapat menyaksikan terbang lintas hormat lebih daripada 20 aset udara dan juga pertunjukan udara oleh pesawat F-15SG, F-16C/D dan AH-64D. Dilangsungkan dari 11 hingga 12 Ogo di Marina Barrage, acara tersebut juga meraikan penampilan sulung Kenderaan Udara Tanpa Pemandu RSAF dalam terbang lintas hormat.

Sambutan RSAF50 akan berakhir dengan perarakan pada 1 Sep, yang termasuk lajur bergerak, terbang lintas hormat  Salute-to-the-Nation dan penampilan sulung pesawat pengangkut kapal tangka pelbagai peranan. Orang ramai boleh menonton siaran "langsung" perarakan tersebut di platform media sosial RSAF.

Di samping mengumumkan pelan untuk RSAF50, BG Khong memberi penghormatan kepada mereka yang telah membantu membangunkan Tentera Udara: " Transformasi RSAF di sepanjang 50 tahun yang lalu kepada pasukan yang berkemampuan hari ini hanya boleh dicapai dengan sokongan warga Singapura dan dedikasi generasi kedua-dua juruterbang lelaki dan wanita pada masa lalu dan masa kini."


 

ME5 Tan (kiri) ialah suri teladan yang memberi inspirasi kepada ME4 Tan untuk menyertai Tentera Udara.

Bapa borek, anak rintik

Di kalangan mereka berkhidmat dengan RSAF ialah Pakar Tentera (ME) 4 Andrew Tan dan bapa beliau ME5 Richard.

Bagi ME4 Tan, menyertai tentera udara adalah impian yang menjadi kenyataan. Beliau memupuk minat yang mendalam dalam bidang penerbangan sejak usia muda kerana bapa beliau sering membawa beliau ke pertunjukan udara dan rumah terbuka RSAF.

"Bapa saya menjadi suri teladan saya dan saya melihat beliau dalam setiap aspek. Saya mahu mengetahui lebih lanjut tentang pekerjaan beliau dan mengetahui apa yang beliau lakukan setiap hati," jelas pengurus sistem yang berumur 31 tahun ini bagi helikopter S-70B di Jabatan Logistik Kejuruteraan Tentera Udara.

ME5 Tan mengimbas kembali: "Saya berasal daripada komuniti helikopter dan semasa hari keluarga kami, Andrew akan mengambil gambar sambil duduk di dalam kokpit helikopter."

Pegawai staf yang berumur 59 tahun daripada Jemaah Pemeriksa Tentera Udara ini telah berkhidmat dalam pasukan tentera udara selama 40 tahun dan memegang hampir semua jawatan dalam komuniti helikopter. Beliau mula berkhidmat sebagai krew garis penerbangan pada helikopter utiliti UH1H sebelum memegang jawatan lain seperti ketua turus detasmen Peace Vanguard dan ketua turus Pangkalan Udara Sembawang.

Ia merupakan nama yang sukar bagi anak untuk menyamai reputasinya, lebih-lebih lagi memandangkan ME5 Tan is ialah seorang tokoh yang terkenal di dalam Tentera Udara. ME4 Tan mendedahkan bahawa beliau sering digelar "anak Richard Tan " apabila beliau mula-mula menyertai RSAF.

"Saya rasa seperti saya perlu mendukung standard tertentu tentang cara menggambarkan diri saya sendiri atau cara mengetuai anggota saya kerana rakan sejawatan saya sering merujuk saya dengan bapa saya. Tetapi mereka tidak mengambil masa yang lama untuk mengakui bahawa kami mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza - Saya suka mengikut gerak hati manakala beliau konsisten dalam tindakan," beliau tersenyum sinis.

ME4 Tan yang mempunyai anak berumur dua setengah tahun tidak menolak kemungkinan beliau menyertai keluarga Tentera Udara pada masa akan datang, tetapi menambah: "Saya mahu membiarkan beliau memilih laluan sendiri dan bertanggungjawab terhadap tindakan beliau sendiri. Itu adalah sesuatu yang saya belajar daripada bapa saya - beliau tidak menentukan hidup saya dan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih jalan hidup sendiri."


 

Tags