NEGARA-NEGARA ASIA PASIFIK MESTI BERSATU MENENTANG ANCAMAN YANG MUNCUL: EN ONG

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/6b82f6a3-59b0-4596-9ce9-81a828aba8c6/30jan18_news1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-6b82f6a3-59b0-4596-9ce9-81a828aba8c6-mPnfDbV /web/wcm/connect/pioneer/6b82f6a3-59b0-4596-9ce9-81a828aba8c6/30jan18_news1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-6b82f6a3-59b0-4596-9ce9-81a828aba8c6-mPnfDbV /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/diplomacy/2018-dm/malay/30Jan2018_02118-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/diplomacy/2018-dm/malay/30Jan2018_02118-ms
30Jan2018_02118-ms
30 Jan 2018 | DIPLOMACY
English 华文

NEGARA-NEGARA ASIA PASIFIK MESTI BERSATU MENENTANG ANCAMAN YANG MUNCUL: EN ONG

// LAPORAN BENITA TEO

// GAMBAR CHAI SIAN LIANG 

English 华文

Negara-negara di Asia Pasifik mesti mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran keselamatan yang muncul yang boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan ekonomi mereka, ujar Menteri Pertahanan Kedua Ong Ye Kung.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah mengekalkan barisan yang bersatu melalui kepentingan bersama dan hubungan erat, tegas beliau.

"Walaupun ancaman-ancaman ini nampak menggentarkan, tiada negara bersendirian dalam usaha ini. Kepentingan bersama kita dan kesalinghubungan bermakna amunisi terkuat kita ialah solidariti dan perpaduan dalam bekerjasama dengan satu sama lain, demi memastikan keamanan dan kestabilan rantau yang menyeluruh."

En Ong telah memberikan ucapan khas pada 29 Jan di Forum Fullerton Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS): Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-La (SLD).

Dilansungkan dari 28 hingga 30 Jan, edisi mesyuarat tahunan yang keenam telah dihadiri oleh 75 perwakilan dari seluruh dunia.

Bercakap kepada para pegawai pertahanan antarabangsa, pegawai ketenteraan kanan dan ahli akademik semasa majlis makan malam, En Ong menyerlahkan empat cabaran keselamatan utama yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan yang dibina di rantau Asia Pasifik di sepanjan beberapa dekad yang lalu: ancaman keganasan yang berterusan; percambahan berita palsu; ancaman konvensional terhadap kestabilan serantau yang ditimbulkan oleh perkembangan di Semenanjung Korea; serta wacana organisasi ke arah fahaman perlindungan.

Menggelar keganasan "salah satu kelekaan paling serius serantau ", En Ong menyatakan bahawa kekalahan militan yang dikaitkan dengan ISIS di tangan Angkatan Bersenjata Filipina di Marawi tidak menandakan pembasmian keganasan di rantau ini. 

Sebagai contoh, pejuang yang kembali yang telah dikalahkan oleh kerajaan Syria dan Iraq pada bulan November tahun lalu boleh membawa balik hubungan dan kepakaran peperangan ke tanah air masing-masing.

Mengenai berita palsu, beliau memberi amaran bahawa maklumat palsu yang berniat jahat sedang digunakan, bahkan oleh pihak-pihak asing, untuk menyerang institusi awam, menyemai perselisihan di dalam masyarakat dan mempengaruhi peristiwa negara seperti pilihanraya, dengan itu menggugat perpaduan sosial dan negara.

Media sosial dan teknologi juga telah memudahkan penyebaran pantas pembohongan ini dan membenarkannya bercambah dengan cepat walaupun selepas membanterasnya.

Semua perkara ini boleh menjejaskan politik dalam negara dan juga hubngan asing, tegas En Ong.

Langkah-langkah baru untuk ancaman baru

Untuk memerangi cabaran-cabaran ini, En Ong menggesa negara-negara yang terlibat memiliki "kit alat" yang sedia digunakan untuk penyelesaian ketenteraan dan juga bukan ketenteraan.

Sebagai contoh, beliau berkongsi bahawa pemimpin-pemimpin di Singapura telah mengambil langkah-langkah untuk memerangi keganasan dan berita palsu, seperti menumpaskan penyebaran ideologi melampau dan mengeluarkan Kertas Hijau untuk menarik perhatian kepada pembohongan dalam talian.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) juga telah menggandakan usahanya untuk melatih anggota perkhidmatan negara dalam peperangan bandar dan pertahanan siber. Dalam segmen soal jawab semasa majlis makan malam, En Ong menerangkan bahawa tentera seperti SAF mesti bersaing dengan ancaman yang semakin berkembang: "Sifat peperangan itu telah bertukar (dan) sifat musuh telah bertukar. Saya berpendapat kita telah boleh berpegang pada model tentera yang lama."

Begitu juga, pada peringkat antarabangsa, beliau menggesa ASEAN untuk berada di bahagian depan trend global yang berubah: "Di luar penyertaan dalam integrasi ekonomi dan inisiatif perdagangan bebas, penting bagi ASEAN untuk kekal relevan dan membina dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan global."

"Sumbangan ASEAN adalah tidak mencuba untuk menjadi kuasa serantau, tetapi (dalam) mengekalkan sikap berkecuali dan kepusatannya, untuk memastikan seni bina keselamatan serantau terbuka dan inklusif, serta menyediakan platform untuk kuasa-kuasa besar melibatkan satu sama lain."

Sentimen En Ong telah disokong oleh Menteri Pertahanan Negara Republik Korea Song Youngmoo, yang telah menyampaikan ucaptama pada pembukaan Mesyuarat Sherpa SLD yang dilangsungkan lebih awal pada hari tersebut.

"Sebuah negara itu sendiri tidak boleh memenuhi ancaman antarabangsa yang semakin meningkat dengan pesat. Semua negara mesti bekerjasama," ujar beliau, memberi contoh saluran-saluran seperti Forum Fullerton, SLD dan Mesyuarat Tambahan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN yang menyatukan orang awam dan agensi-agensi kerajaan untuk mencari penyelesaian.

Mesyuarat Sherpa akan menetapkan rentak untuk SLD dengan menyediakan platform antara sesi untuk perwakilan membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan. SLD yang akan datang akan berlangsung di Singapura Jun ini.

Tags