ADMM MENCARI LANGKAH UNTUK MEREDAKAN ISU-ISU LAUT CHINA SELATAN

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/4f2d5f97-db64-4c09-92ae-c802bd92d1b0/18feb18_news-01.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-4f2d5f97-db64-4c09-92ae-c802bd92d1b0-mPwv6Y1 /web/wcm/connect/pioneer/4f2d5f97-db64-4c09-92ae-c802bd92d1b0/18feb18_news-01.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-4f2d5f97-db64-4c09-92ae-c802bd92d1b0-mPwv6Y1 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/diplomacy/2018-dm/malay/18Feb2018_02096-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/diplomacy/2018-dm/malay/18Feb2018_02096-ms
18Feb2018_02096-ms
18 Feb 2018 | DIPLOMACY
English 华文

ADMM MENCARI LANGKAH UNTUK MEREDAKAN ISU-ISU LAUT CHINA SELATAN

// CERITA MEJAR GERALDINE ANG

// GAMBAR MEJAR GERALDINE ANG 

English 华文

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memberi contoh-contoh di atas tentang bagaimana ADMM telah "berkerja keras untuk menghasilkan konsensus langkah-langkah praktikal yang mencegah kejadian yang tidak diingini dan salah anggap dalam meredakan isu" di Laut China Selatan.

Beliau berucap tentang topik "Bridging Troubled Waters – The South China Sea Dispute" di Persidangan Keselamatan Munich yang ke-54. Ia adalah satu persidangan tahunan peringkat tertinggi yang dihadiri oleh ketua kerajaan, menteri, pemimpin tentera dan pakar keselamatan pada 17 Feb.

Menyedari negara-negara anggota ASEAN telah mengambil satu pendekatan pragmatik dalam isu-isu Laut China Selatan, beliau mengatakan lagi bahawa negara-negara ASEAN dan China telah"mengesahkan harapan" untuk menyempurnakan tatakelakuan bagi menangani pertikaian di dalam kawasan pergolakan di rantau ini.

Dr Ng juga menekankan bahawa Singapura sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini akan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk merancang satu set garis panduan bagi pertemuan antara pesawat tentera serantau.

"Kami berusaha untuk meningkatkan kerjasama praktikal dan membina keyakinan melalui perlaksanaan latihan-latihan berbilang hala termasuklah Latihan Maritim ASEAN-China pada tahun ini," tambah beliau.

MSC pada tahun ini telah diadakan dari 16 hingga 18 Feb di Munich, Jerman. Topik-topik meliputi kerjasama pertahanan dalam Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, keselamatan di sekitar sempadan kawasan Sahel Afrika, dan topik lain seperti keselamatan nuklear dan jihad.

Di luar persidangan itu, Dr Ng berucap di Meja Bulat Pemimpin Muda Munich yang ke-10 mengenai "Keamanan dan Keselamatan di Asia Pasifik" pada 18 Feb.

Mengambil contoh seperti Brexit, beliau berucap mengenai tentangan terhadap globalisasi 1.0 baru-baru ini yang sebahagian besar globalisasi 1.0 itu dilaksanakan oleh AS dan negara-negara barat lain selepas Perang Dunia Kedua.

Ketika globalisasi kekal penting, Dr Ng mengatakan bahawa "pastinya ada globalisasi 2.0 dengan sedikit peraturan yang berbeza, dan pengubahsuaian serta keseimbangan dalam kuasa kedudukan."

Dia juga menegaskan bahawa sementara negara China sekarang adalah rakan dagang utama untuk ASEAN dan Asia, "penyesuaian negara China dan AS adalah penting". Bercakap kepada 20 orang pemimpin muda dari 15 buah negara, beliau meminta pendapat mereka tentang prospek untuk kemajuan dan demokrasi di Timur Tengah dan harapan serta aspirasi penduduk di situ.

Semasa lawatan beliau ke Munich, Dr Ng bertemu Menteri Pertahanan Jerman Dr Ursula von der Leyen dan satu delegasi kongres AS. Dia juga mengesahkan hubungan cemerlang antara Singapura dan AS semasa satu panggilan persidangan dengan Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis. 

Tags