NDP 2019 BERJAYA ATAS SOKONGAN DARIPADA PESERTA & PIHAK PENGANJUR

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/83a943b9-c2fa-4915-89b0-39930d8833b1/16aug19pnr-photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-83a943b9-c2fa-4915-89b0-39930d8833b1-mSQHVBy /web/wcm/connect/pioneer/83a943b9-c2fa-4915-89b0-39930d8833b1/16aug19pnr-photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-83a943b9-c2fa-4915-89b0-39930d8833b1-mSQHVBy /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2019-Q3/malay/16aug19_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2019-Q3/malay/16aug19_news1-ms
16aug19_news1-ms
16 Aug 2019 | COMMUNITY
English 华文

NDP 2019 BERJAYA ATAS SOKONGAN DARIPADA PESERTA & PIHAK PENGANJUR

// LAPORAN OLEH TEO JING TING

// GAMBAR OLEH JURUGAMBAR PIONEER

English 华文

Selama bertahun-tahun, Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) telah menjadi lebih daripada persembahan atau perayaan. Ia adalah satu pendirian yang dibuat oleh warga Singapura dari semua lapisan masyarakat - tentang siapa kita dan di mana arah tuju kita.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen membuat perkara ini pada majlis penghargaan NDP 2019 pada 16 Ogos.

Diadakan di Gardens by the Bay, majlis itu dianjurkan untuk menghargai organisasi-organisasi, penaja dan pemegang pelantikan utama jawatankuasa penganjur NDP 2019 atas sumbangan mereka dalam memeriahkan sambutan tahun ini.

Semasa majlis makan malam, Dr Ng menyampaikan sijil penghargaan kepada 16 penerima Anugerah Emas dan 57 Rakan Utama untuk mengucapkan terima kasih atas kerja keras dan dedikasi.

Menyedari bahawa Singapura hari ini dibina atas "peluh, penat lelah dan kerja keras orang dahulu (yang terdiri daripada) ... rakyat biasa mencari kehidupan yang lebih baik", Dr Ng berkata bahawa NDP 2019 meraikan Singapura kini dan masa hadapan - satu negara, satu bangsa, satu Singapura.

"Pertunjukan NDP itu memperlihatkan pandangan-pandangan yang berbeza dari Singapura yang masih membangun- ia berpegang pada masa lalu tetapi maju ke hadapan," tambahnya.

Pada tahun ini, lebih daripada 80 peratus daripada peserta NDP adalah daripada golongan belia. Perarakan itu juga menyaksikan penampilan sulung Kontinjen Sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan Pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team.

Patung Singa setinggi 6m, yang dikendalikan oleh sembilan anggota perkhidmatan sepenuh masa, mencuri perhatian penonton dalam babak akhir.

Dr Ng menyatakan bahawa, seperti singa, kemajuan dan masa depan Singapura bergantung kepada kehendak kolektif dan tindakan warga Singapura. "Bandar Raya Singa kita hanya boleh mencerminkan apa yang dipamerkan oleh rakyat Singapura itu."

Perayaan itu tidak berhenti pada 9 Ogos. Keesokan harinya, lebih daripada 150,000 warga Singapura muncul dalam kumpulan di sepanjang jalan dan di lima tapak sambutan di seluruh pulau untuk menyaksikan perarakan aset-aset kenderaan NDP menuju ke Heartlands.

Berterima kasih kepada beribu-ribu orang dari SAF, Home Team, dan sektor awam dan swasta yang bersama-sama menjayakan NDP 2019, Dr Ng menyimpulkan: "Dengan bangga, tekad dan semangat untuk berdaya tahan, setiap persembahan menandakan setahun lagi kemajuan dalam perjalanan yang tidak berkesudahan untuk menjadikan Singapura yang lebih baik."

Tags