SATU LAGI CUBAAN UNTUK MENJADI PESERTA N.E.MATION! TERBAIK

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/a48e7374-da90-47a6-90e1-4d3c94b9b161/25feb18_news-1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-a48e7374-da90-47a6-90e1-4d3c94b9b161-mPwuWLa /web/wcm/connect/pioneer/a48e7374-da90-47a6-90e1-4d3c94b9b161/25feb18_news-1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-a48e7374-da90-47a6-90e1-4d3c94b9b161-mPwuWLa /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2018-dm/malay/25Feb2018_02622-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2018-dm/malay/25Feb2018_02622-ms
25Feb2018_02622-ms
25 Feb 2018 | COMMUNITY
English 华文

SATU LAGI CUBAAN UNTUK MENJADI PESERTA N.E.MATION! TERBAIK

// CERITA THRINA THAM

// GAMBAR TAN YONG QUAN

English 华文

Ternyata kali keempat penyertaan adalah daya penarik bagi peserta yang berumur 19 tahun itu. Idea ceritanya dapat merangkul hadiah utama dalam kategori Belia Sumber Khalayak baru di N.E.mation! pada tahun ini. N.E.mation ialah pertandingan animasi digital antara sekolah tahunan dengan tumpuan pada Pertahanan Mutlak (TD).

Di dalam kategori baru ini, individu berumur 17 hingga 35 tahun dipelawa untuk mengemukakan idea cerita. 10 idea terbaik itu kemudiannya dibangunkan menjadi klip-klip animasi oleh pelajar dari Sekolah Interaktif dan Media Digital dari Politeknik Nanyang (NYP) dan Sekolah Reka Bentuk dan Media dari Pusat Kolej ITE.

Pasukan yang menang diumumkan di satu majlis anugerah yang diadakan di Pusat Penemuan Singapura pada 25 Feb.

Pasukan Nacho Cheese dari NYP mengutip idea Encik Lim dan membangunkannya ke dalam animasi yang mereka menang berjudul "Rentetan Singapura".

Di dalam klip itu, sebiji bola yang berserabut talinya diungkai dengan penceritaan tentang cara negara menangani cabaran yang lepas seperti rusuhan kaum dan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Idea itu diilhamkan pada tiga tahun lalu apabila Encik Lim melihat anak kucing bermain dengan sebiji bola benang. Ketika itu dia terfikir bahawa tali yang kelihatan tidak berpenghujung itu boleh mewakili had masa berterusan Singapura.

"Jadi (kali ini) saya menguatkan jalan cerita saya berdasarkan pengalaman lalu (saya) (daripada pertandingan itu) dan saya memperelokkannya dengan lebih banyak butiran terperinci," kata beliau.

Bekerja dengan idea sumber khalayak membantu pasukan Nacho Cheese menjimatkan masa dan fokus dalam menghasilkan animasi, kata anggota pasukan Tan Chuan Jee.

Pasukan itu menghabiskan seluruh cuti semester mereka dalam sebulan untuk menghasilkan klip animasi mereka. "Kami melalui banyak percubaan, melukis karakter serupa dalam gaya yang berbeza dan menunjukkan kerja kami kepada pensyarah-pensyarah kami untuk maklum balas," kata Encik Tan yang berumur 18 tahun.

Akhirnya, mereka berpuas hati dengan satu gaya sederhana iaitu kenangan daripada lukisan kanak-kanak. Kata pelajar tahun dua: "Dalam satu cara kami juga jatuh cinta (dengan karakter-karakter kami) kerana kecomelan karakter-karakter itu  dan ia membawa kami kembali ke masa kanak-kanak kami."

Bagi juara kategori Pelajar, ketabahan mereka adalah rahsia kemenangan pasukan Cedar3.

Pasukan itu dari Sekolah Menengah Perempuan Cedar pada sebelum ini telah menyertai N.E.mation! sebanyak dua kali. Pencapaian terbaik mereka adalah naib johan pada tahun lepas.

"Apa yang benar-benar membawa kami tetap datang kembali adalah kerana banyak pengalaman yang telah kami perolehi di sini," kata Kayla Yong.

"Kami belajar tentang ketabahan: Tidak kira apa jenis masalah atau kesukaran kami hadapi semasa penghasilan animasi, kami hanya berjuang melepasinya," kata peserta yang berumur 16 tahun itu.

Video mereka bertajuk "Ia dalam tangan anda"menggunakan simbol tangan berulang kali untuk mewakili tentang bagaimana setiap tindakan yang mudah boleh memainkan peranan dalam Pertahanan Mutlak (TD).

Pasukan itu menggunakan teknik-teknik gerak henti untuk membuat animasi terhadap "tangan" yang dibina oleh mereka dari kerajang aluminium kukuh tetapi mudah dibentuk.

Menteri Negara Kanan bagi Kementerian Perhubungan & Penerangan serta Pendidikan, Dr Janil Puthucheary memuji pemenang dan peserta akhir N.E.mation! kerana kualiti tinggi kerja mereka.

Berucap di upacara penganugerahan, beliau juga menggesa belia untuk menggunakan kemahiran teknikal mereka demi membawa perubahan kepada Pertahanan Mutlak (TD).

Kata beliau: "Kemajuan teknologi benar-benar mempengaruhi apa yang generasi anda boleh lakukan."

"Misalnya, (bayangkan) apa anda boleh lakukan dengan permulaan, idea, teknologi, dan gangguan-gangguan terhadap anda apabila tibanya masa untuk (menyumbang) kepada pertahanan ekonomi (salah satu daripada lima tiang TD)."

Pasukan juara berharap dapat melawat studio-studio animasi terkenal di Jepun yang merupakan  hadiah utama mereka.

"Apabila kami melihat wayang gambar di layar besar, kami tertanya-tanya bagaimana mereka melakukannya," kata Kayla. "Memandangkan kami mampu pergi ke sana dan melihat dengan sendiri, ia pengalaman yang berharga untuk kami dan satu peluang yang tidak banyak orang miliki."

Siri pertandingan itu dianjurkan oleh Nexus iaitu agensi penyelarasan pusat untuk Pendidikan Kebangsaan. Untuk menonton klip, layari laman web rasmi www.nemation.sg.

Tags