SEMUA ORANG MESTI MAIN PERANAN DALAM PERTAHANAN KESELURUHAN: PRESIDEN HALIMAH

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/d18ef7a6-2597-485c-a67f-278ebdfb3f02/15feb18_news-01.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-d18ef7a6-2597-485c-a67f-278ebdfb3f02-mPsvKNW /web/wcm/connect/pioneer/d18ef7a6-2597-485c-a67f-278ebdfb3f02/15feb18_news-01.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-d18ef7a6-2597-485c-a67f-278ebdfb3f02-mPsvKNW /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2018-dm/malay/15Feb2018_02714-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2018-dm/malay/15Feb2018_02714-ms
15Feb2018_02714-ms
15 Feb 2018 | COMMUNITY
English 华文

SEMUA ORANG MESTI MAIN PERANAN DALAM PERTAHANAN KESELURUHAN: PRESIDEN HALIMAH

// LAPORAN THRINA THAM

// GAMBAR TAN YONG QUAN 

English 华文

Beliau sendiri tidak terlepas daripada peristiwa hitam tersebut; beliau telah ditikam beberapa kali dengan bayonet, ditanam dan dibiarkan mati. Namun, keajaiban berlaku apabila beliau terselamat dan menggali sendiri keluar dari tanah itu.

Peristiwa tersebut berlaku pada 14 Feb 1942 sehari sebelum Singapura jatuh ke tangan Jepun.

Hari ini, wira yang berumur 87 tahun ini masih meninggalkan kesan parut dan juga pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Melalui kisah-kisah seperti inilah kita belajar harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan tanah air kita, ujar Presiden Halimah Yacob.

Beliau berkongsi mesej ini pada majlis Peringatan Hari Pertahanan Keseluruhan (TDD), yang dilangsungkan bersempena dengan Majlis Peringatan Perang yang ke-51, yang berlangsung pada 15 Feb.

"Sejak tahun 1984, kita menyambut Hari Pertahanan Keseluruhan pada 15 Februari setiap tahun untuk mengingatkan diri kita bahawa sebagai sebuah negara yang merdeka, pertahanan merupakan tanggungjawab kita semua," tegas Puan Halimah, yang merupakan tetamu kehormat.

Beliau menggesa semua warga Singapura untuk memainkan peranan dalam hal pertahanan negara: "Dalam persekitaran keselamatan semasa, kita tidak boleh lagi hanya bergantung pada agensi-agensi keselamatan untuk menangani ancaman-ancaman ini. Semua orang di tempat kerja, sekolah atau rumah mempunyai peranan untuk dimainkan.

"Ia mungkin semudah memastikan keselamatan satu sama lain atau membantu seseorang yang memerlukan pertolongan, namun setiap usaha diambil kira."

Beliau bercakap kepada sebahagian 1,000 hadirin, termasuk mereka dari kor diplomatik, sekolah dan Liga Veteran Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang menyaksikan majlis di Taman Peringatan Perang.

Majlis bermula dengan upacara berkawat oleh Pengawal Kehormat dari Kor Kadet Negara, yang diketuai oleh Kadet Leftenan Devin Ngo.

"Lebih daripada kehormatan dan kejayaan (memimpin perarakan), apa yang paling mempengaruhi saya ialah perasaan menjadi sebahagian daripada majlis memperingati mereka yang telah berkorban semasa perang," ujar Devin, 19 tahun.

"Ia membuatkan saya rasa kepentingan apa yang telah dilakukan oleh mereka untuk Singapura dan apa yang perlu kita lakukan."

Para hadirin kemudiannya memberikan penghormatan, dengan Puan Halimah mengetuai prosiding meletakkan kalungan bunga untuk mangsa orang awam.

Begpaip dimainkan dan hadirin menyaksikan dengan senyap apabila sejumlah enam kalungan bunga diletakkan pada kaki tugu Peringatan Perang.

Ini diikuti dengan tafakur selama seminit dan lagu kebangsaan dimainkan oleh Peniup Begol untuk mengakhiri majlis tersebut.

Salah seorang daripada enam individu yang membawa kalungan bunga untuk mangsa-mangsa yang terlibat ialah Ketua Pegawai Waran (CWO) (Bersara) Peter Estrop.

Veteran SAF, yang juga berkhidmat sebagai Komitmen kepada Duta Pertahanan, menyatakan bahawa acara peringatan seperti itu bagus untuk mendidik anak muda tentang kepentingan pertahanan.

"Kami mempunyai tugas untuk dilakukan dan ia adalah melibatkan pelajar muda ini untuk menjadi askar. Kami berkongsi pengalaman kami dengan mereka dan menerangkan kepada mereka apa yang telah berlaku pada masa lalu dan kami tidak mahu perkara seumpama ini berlaku lagi."

Acara tahun ini juga menandakan kali pertama acara Peringatan TDD dilangsungkan dengan perkhidmatan peringatan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Singapura (SCCCI).

Mengenai perkara ini, Presiden SCCCI Roland Ng menyatakan: "Perkhidmatan Peringatan Perang yang sedang dilaksanakan ialah contoh Pertahanan Keseluruhan yang baik.

"Ia membuktikan ketegasan Singapura sebagai sebuah negara muda untuk tidak sekali-kali melupakan, kekal bersatu dan bangkit daripada salah satu detik terburuk dalam sejarah kita untuk membina masa depan yang lebih baik dan cerah bersama-sama."

Tags