IDEA MUDAH, LEBIH SIMPANAN

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/4c87fc97-9c8b-4f89-9337-237124423ac6/F1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-4c87fc97-9c8b-4f89-9337-237124423ac6-mXaAgkX /web/wcm/connect/pioneer/4c87fc97-9c8b-4f89-9337-237124423ac6/F1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-4c87fc97-9c8b-4f89-9337-237124423ac6-mXaAgkX /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/technology/2018-q1/malay/mar18_fs1-ms
mar18_fs1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/technology/2018-q1/malay/mar18_fs1-ms
01 Mar 2018 | TECHNOLOGY

IDEA MUDAH, LEBIH SIMPANAN

Pergerakan Pemacu Ekonomi Kementerian Pertahanan menyasarkan untuk menyemai tabiat-tabiat menyimpan wang dengan bijak di dalam organisasi. PIONEER melihat dua projek yang memberi lebih daripada $1 juta simpanan pada tahun lepas.

// LAPORAN BENITA TEO     

// GAMBAR TAN YONG QUAN & KENNETH LIN

(Dari kiri) Cik Tay, Encik Tan dan Encik Koh Zhong Sheng iaitu seorang Jurutera (Pengurusan Sistem) dari DSTA. Mereka ialah pasukan yang menghasilkan sistem palet yang baru.
English 华文
English 华文

Kurang adalah Lebih Jimat

Apa masalahnya?

Markas Peluru SAF (SAFAC) membeli peluru menembusi perisai dengan sirip terstabil nyah sabot (APFSDS) 120mm baru dari Jerman untuk kereta kebal –kereta kebal Leopard 2SG.

Akan tetapi palet (struktur luaran yang menyatukan bekas peluru)digunakan untuk simpanan dan penghantaran tidak mengoptimumkan ruang simpanan. Batang-batang logam yang memperkukuhkan palet misalnya mengambil ruang yang boleh digunakan untuk memuatkan dua buah lagi kontena peluru.

Tambahan pula, palet adalah 1.2m x 1m x 1.1m yang membawa kepada pembaziran ruang apabila dimuatkan di dalam satu kontena  kapal 20 kaki. Ini bermaksud kos lebih tinggi apabila menghantar peluru dengan kapal.

Itulah penyelesaiannya!

SAFAC dan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) berbincang dengan pengilang peralatan tulen (OEM) tentang sistem palet baru untuk peluru APFSDS.

Sepanjang dua tahun lepas, mereka telah bekerjasama untuk mengemukakan satu reka bentuk yang akan memenuhi keperluan SAF sementara dapat mengurangkan kos pengeluaran. "Pada mulanya OEM enggan untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan ini," kata Pengurus Projek DSTA (Pengurusan Sistem) iaitu Terence Tan yang berumur 35 tahun.

OEM menghasilkan palet asal yang memenuhi keperluan tentera Jerman. Pasukan itu lantarannya mengambil satu pendekatan dengan OEM untuk menjimatkan kos.

Kami telah berjaya!

Reka bentuk baru menggantikan struktur logam dengan palet kayu gred tentera yang disatukan oleh penyesuai kayu dan logam. Ia turut menggantikan tetulang logam berat.

Produk akhir lebih kecil dan lebih murah untuk dihasilkan tetapi boleh mengisi lebih banyak peluru dari 14 biji hingga 16 biji peluru bagi setiap palet.

Mereka juga boleh memuatkan20 buah palet baru ini (berbanding 16 buah) ke dalam satu kontena kapal dengan lantaran itu dapat menjimatkan kos penghantaran apabila peluru dihantar untuk latihan-latihan di seberang laut.

Ia juga membantu memaksimumkan ruang di dalam depot peluru SAFAC. Cik Eilenia Tay, seorang pengurus kanan Ibu Pejabat SAFAC menghuraikan: "Dengan reka bentuk baru , terdapat banyak peluru bagi setiap palet jadi kami boleh memenuhkan banyak peluru ke dalam jumlah ruang yang sama."

Beliau yang berumur 36 tahun itu menambah: "Kami telah menunjukkan pengguna akhir (pengguna yang memunggah peluru) reka bentuk itu dan mereka gembira kerana peluru masih boleh didapatkan kembali dengan mudah"

Berapakah jumlah yang telah kami jimat?

$640,000!

Menyingkirkan Satu Masalah

Beberapa ahli kumpulan projek dengan salah satu konfigurasi di atas anjung kapal frigat.

Apa masalahnya?

Kepanasan melampau menyebabkan komputer-komputer Sistem Pengurusan Kapal di atas kapal frigat Kelas Formidable Angkatan Tentera Laut Republik Singapura gagal berfungsi.

Terdapat aliran udara yang rendah di dalam kabinet logam yang tertutup sepenuhnya di mana semua komputer disimpan. Ia menyebabkan Unit Pemprosesan Pusat mencapai suhu sehingga 66 darjah Celsius. Pada 2014 sahaja, 86 kejadian seperti  bebatan telah dilaporkan.

Itulah penyelesaiannya!

Satu pasukan dari Markas Logistik Tentera Laut, Jabatan Logistik Tentera Laut (NLD) dan Skuadron 185 (SQN) serta ST Engineering (Elektronik) bekerjasama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah.

Daripada menggantikan kabinet itu dengan kabinet yang lebih besar, mereka mendapati bahawa mereka boleh mengubahsuai  kabinet yang sedia ada dan merekabentuk semula pintu kabinet untuk meningkatkan aliran udara di dalamnya.

Jurutera Utama NLD (Cawangan Sistem Elektrikal) Pakar Tentera (ME) 4 iaitu Aden Phua yang berumur 26 tahun menerangkan: "Selain mempertingkatkan aliran udara, ini ternyata sekali melibatkan kos yang sedikit daripada menggantikan seluruh kabinet. Terdapat juga kekurangan masa rosak untuk proses implementasi. 

Kami berjaya melakukannya!

Pasukan itu mengemukakan pelbagai pengubahsuaian untuk kabinet komputer. Ini termasuklah memasang kipas di dalam kabinet supaya udara dapat keluar masuk dengan cekap dan meletakkan liang-liang udara serta penapis logam seperti sarang lebah pada pintu. Sejumlah sembilan konfigurasi telah direka bentuk untuk 42 buah kabinet kapal frigat yang membawa 45 buah komputer.

Konfigurasi baru ini telah membolehkan suhu di dalam kabinet kekal optimum pada 25 darjah Celsius dan berjaya menyingkirkan kepanasan melampau dan prestasi buruk di dalam komputer.

Bahkan ketika sedang berfungsi 24/7, komputer tidak lagi bertemu masa rosak akibat daripada masalah terlampau panas.

Tambahan lagi, penyelenggaraan komputer dan kabinet juga lebih mudah.

"Pembersihan kabinet biasanya dijalankan setiap dua tahun dan hanya boleh dilakukan di limbungan kapal," kata ME4 Manicka iaitu Jurutera Skuadron Sistem Elektrikal dan Kawalan (ECS) dalam SQN 185. Beliau yang berumur 54 tahun itu ialah Ketua perintis ECS RSS Steadfast.

"Sekarang, pengendali-pengendali ECS hanya perlu membuka skru nat untuk mengeluarkan penapis dan membersihkannya dengan berus. Ini dibuat di atas kapal sebulan sekali untuk memastikan aliran udara tidak dihalang."

Berapa yang dapat kita jimatkan?

$970,000!

Tags