PERIHAL MINDA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/df6dad93-9118-45e7-84fa-70df52306666/10oct19pnr-photo0.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-df6dad93-9118-45e7-84fa-70df52306666-mU.oG8L /web/wcm/connect/pioneer/df6dad93-9118-45e7-84fa-70df52306666/10oct19pnr-photo0.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-df6dad93-9118-45e7-84fa-70df52306666-mU.oG8L /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/people/2019-Q4/malay/10oct19_news1-ms
10oct19_news1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/people/2019-Q4/malay/10oct19_news1-ms
10 Oct 2019 | PEOPLE

PERIHAL MINDA

Satu daripada tujuh rakyat Singapura akan mengalami penyakit mental pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Pada Hari Kesihatan Mental Sedunia ini, PIONEER bercakap kepada tiga kakitangan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu diri anda dan mereka di sekeliling anda.

// CERITA OLEH BENITA TEO

// GAMBAR OLEH KENNETH LIN

// ILUSTRASI OLEH ELSIN SEOW & LEE KAR WENG

English 华文
English 华文
Semasa sesi kaunseling, Encik Tow membantu para pelanggannya untuk mengatasi masalah kesihatan mental mereka, serta memperkuat daya tahan psikologi mereka.

"Pusat Kaunseling SAF Menyediakan Tempat Yang Selamat untuk Para Anggota Perkhidmatan Untuk Memohon Bantuan."

Encik John Tow, 31
Kaunselor, Pusat Kaunseling SAF (SCC)

Ceritakan kepada kami tentang salah satu kes yang paling tidak dapat anda lupakan sehingga kini.

Sekitar tiga tahun yang lalu, saya membantu seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) yang bergelut dengan agorafobia (ketakutan berada di tempat terbuka atau sesak). Selama tiga tahun sebelum dia mendaftar, dia hanya akan meninggalkan rumahnya untuk membeli makanan di kedai kopi berdekatan. Semasa dalam Perkhidmatan Negara (NS), dia sering mengambil cuti sakit.

Untuk membantunya pulih, saya membantunya memproses beberapa kenangan traumatik pada masa lalu yang menyebabkan beliau berperasaan cemas. Saya juga bekerja dengan pasukan profesional daripada pelbagai disiplin - seperti ahli psikiatri, ahli psikologi kem dan Pegawai Perubatan - bersama pihak atasan dan ahli keluarga untuk mewujudkan rangkaian sokongan untuknya. Akhirnya, beliau bukan sahaja berjaya melaporkan diri ke kem setiap hari, malahan menyumbang dengan membantu kerja reka bentuk dan penyuntingan video dalam unitnya. Beliau menghabiskan NS dan kemudiannya mengambil diploma dalam reka bentuk visual.

Apakah yang memberi anda kepuasan yang paling besar dalam melakukan pekerjaan ini?

Kepuasan saya adalah untuk melihat pelanggan saya menjadi lebih mampu mengatasi kesukaran dan perjuangan peribadi mereka. Mereka bukan sahaja dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam NS, malah berharap dapat mengendalikan masa depan mereka dengan lebih yakin.

Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu seseorang yang kita tahu yang mungkin sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental?

  1. Kita perlu menyedari bahawa seseorang sedang dalam kesusahan sebelum kita dapat membantu beliau. Beberapa tanda termasuk perubahan dalam prestasi kerja dan interaksi sosial apabila beliau mula mengasingkan diri dari orang lain. Sebagai contoh, seseorang yang sebelum ini bercakap secara terus-terang mungkin tiba-tiba menjadi lebih pendiam dan menyepikan diri, atau sebaliknya.

  2. Orang yang menghadapi masalah tekanan psikologi mungkin berasa bersendirian dalam menghadapi masalah mereka. Apabila hendak membantu mereka, adalah sangat berguna untuk bertindak proaktif dalam berhubung dengan mereka. Bantu mereka meneroka perspektif dan penyelesaian yang berbeza; menggalakkan mereka untuk berhadapan dengan keluarga, kawan rapat, rakan sekerja, ketua atau para kaunselor. Sekiranya perlu, rujuk kepada Pusat Kaunseling SAF.

  3. Beri perhatian kepada mereka yang memperlihatkan tingkah laku yang membahayakan diri dan / atau menyatakan keinginan untuk bunuh diri, kerana akibatnya akan menjadi sangat teruk. Kebanyakan masa, tingkah laku dan keinginan untuk membunuh diri adalah permintaan terdesak untuk mendapatkan bantuan.

 


Cik Sivakami (dua dari kiri) dengan rakan-rakannya dari Markas Sokongan Khidmat Tempur, di mana beliau sebelum ini merupakan penolong Eksekutif perancangan penggantian. Beliau gembira kerana beliau berjaya mewujudkan ruang yang selamat untuk rakan-rakannya untuk mendekati dan berbincang masalah mereka.

"Apa Yang Anda Hidapi Bukan Mencerminkan Anda Yang Sebenar - Jangan Menyamakan Diri Anda Dengan Penyakit itu."

Cik Sivakami Suppiah, 39
Para kaunselor
Timbalan S8, Divisyen ke-9 Singapura

Bagaimanakah anda menjadi para kaunselor?

Sepuluh tahun yang lalu, saya terpilih untuk menghadiri kursus para kaunselor, yang mengajar saya bagaimana untuk mengenal pasti seseorang yang mempunyai pemikiran untuk membunuh diri dan bagaimana untuk memberi sokongan kepada mereka yang bersedih atas kehilangan orang yang tersayang. Pada tahun itu, ibu saya telah membunuh diri.

Melalui kursus ini, saya memahami simptom-simptomnya dan menyedari bahawa beliau juga mengalami kemurungan. Saya melihat saya dapat membantu mereka yang memerlukan sokongan emosi - terdapat banyak antara kita yang memerlukan bantuan walaupun kita tidak menyedarinya.

Bagaimana proses kaunseling dilakukan?

Saya biasanya menasihati NSF yang dirujuk kepada saya oleh ahli psikologi kem. Saya bermula dengan berusaha memahami mereka dengan lebih baik. Saya juga memastikan mereka selesa untuk berkongsi masalah mereka. Saya pernah menasihati seorang NSF mengenai isu pengurusan kemarahan. Beliau menjadi sangat selesa bercakap dengan saya, apabila setiap kali beliau sedih atau marah, beliau segera datang dan mencari saya!

Saya sentiasa cuba mendengar kerana saya percaya punca tekanan atau masalah kesihatan mental adalah kurang sokongan dan ketidakupayaan individu untuk menangani masalah ini, yang menjadi punca kemurungan dalam kebanyakan orang. Saya gembira kerana saya dapat menyediakan zon selamat untuk orang ramai bercakap mengenai masalah mereka.

Apa yang anda fikir boleh dilakukan untuk membantu mereka yang menderita masalah kesihatan mental, dan membasmi stigma yang mereka hadapi?

1.  Sentiasa bersuara apabila anda menyaksikan diskriminasi terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Menyokong kempen-kempen yang menentang penyelaran penderita kesihatan mental.

2.  Tidak mengapa untuk memberitahu komuniti anda mengenai penyakit mental anda supaya mereka sedar tentang kesusahan anda. Benarkan mereka untuk menyokong anda.

3.  Jangan menganggap bahawa anda boleh mengawal keadaan anda tanpa bantuan luaran. Dapatkan bantuan kaunseling.

4.  Apa Yang Anda Hidapi Bukan Mencerminkan Anda Yang Sebenar - Jangan Menyamakan Diri Anda Dengan Penyakit itu.

5.  Sentiasa menyertai kumpulan sokongan untuk sokongan emosi dan meningkatkan keyakinan daripada kisah kejayaan orang lain.

 


Koperal Kelas Pertama Adam berharap agar anggota- anggota NSF yang sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental seperti dirinya akan berfikiran terbuka untuk mendapatkan pertolongan daripada seorang kaunselor.

"Mencari Kaunseling Tidak Bermakna Anda Kurang Normal - Ia Bererti Anda Menyayangi Diri Anda Sepenuhnya."

Koperal Kelas Pertama (CFC) Adam (bukan nama sebenar), 20
NSF

Bagaimanakah anda datang untuk mendapatkan kaunseling di SCC?

Saya mempunyai masalah berperasaan cemas sejak saya berada di sekolah menengah atas, yang telah menjadi semakin memburuk dari masa ke semasa. Saya terus mengalaminya di NS. Terdapat banyak contoh ketika saya merasa sangat murung dan hilang minat dalam banyak perkara. Saya juga merasakan bahawa kaedah yang saya gunakan untuk menghadapinya sama ada tidak berkesan atau tidak sihat.

Saya mahu menyelesaikan masalah ini. Saya bercakap dengan seorang rakan yang berjumpa seorang kaunselor di SCC dan beliau menggalakkan saya mencubanya. Jadi saya memberitahu Panglima Platun tentang niat saya dan dia menggalakkan saya untuk pergi.

Bagaimana perjalanan pemulihan anda?

Bercakap dengan seorang profesional adalah sangat bermanfaat. Saya berjumpa dengan kaunselor saya setiap tiga hingga empat minggu dari bulan Mei. Beliau menggunakan teknik yang dikenali sebagai Eye Movement Desensitization and Reprogramming atau EMDR (satu kaedah psikoterapi yang digunakan untuk mengubati trauma) untuk membantu saya menyelesaikan sentimen yang telah saya pegang selama bertahun-tahun. Saya percaya saya berada di jalan ke arah pemulihan. Walaupun saya masih mengalami beberapa kejatuhan dan peningkatan, saya tahu saya semakin pulih secara keseluruhannya.

Apakah nasihat anda untuk mana-mana rakan NSF yang menghadapi kesukaran dan ingin mendapatkan kaunseling, tetapi mungkin takut untuk berbuat demikian?

Mengambil langkah untuk mendapatkan kaunseling tidak bermakna anda kurang layak sebagai manusia atau kurang normal daripada orang lain - ini bermakna anda mencintai diri anda sendiri sepenuhnya dengan memberi peluang  pada diri anda untuk (pulih). Bersikap terbuka tentang kemungkinan untuk berkembang dan menjadi orang yang anda impikan.

Tags