JEJAK LATIHAN SAF DI SELURUH DUNIA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/943f3882-a510-4fc6-b3da-d8cef07660a0/15oct19_news_9.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-943f3882-a510-4fc6-b3da-d8cef07660a0-mU.C1ge /web/wcm/connect/pioneer/943f3882-a510-4fc6-b3da-d8cef07660a0/15oct19_news_9.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-943f3882-a510-4fc6-b3da-d8cef07660a0-mU.C1ge /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2019-Q4/malay/15oct19_news1-ms
15oct19_news1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2019-Q4/malay/15oct19_news1-ms
15 Oct 2019 | OPS & TRAINING

JEJAK LATIHAN SAF DI SELURUH DUNIA

Dalam menjalani latihan di luar negeri, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah berbaris, berlayar dan terbang ke seluruh pelosok dunia.

// CERITA OLEH TEO JING TING

// GAMBAR OLEH JURUGAMBAR PIONEER

English 华文
English 华文

Singapura adalah sebuah pulau kecil, yang sangat moden. Untuk mengatasi masalah kekangan ruang, SAF memanfaatkan teknologi dan pembinaan kemudahan-kemudahan latihan yang baru dan inovatif.

Sebagai contoh, SAFTI City - tempat latihan bersamaan keluasan saiz 20 padang bola sepak - sedang dibina di barat Singapura. Ia akan mempunyai bangunan dan rangkaian jalan yang boleh dikonfigurasikan, sasaran interaktif yang boleh "membalas" tembakan, dan termasuk pemantauan dan sistem analisis data untuk mengikuti prestasi askar.

Selama bertahun-tahun, SAF juga bergantung kepada simulator untuk meningkatkan kecekapan dan standard latihan. Tentera berperisai mengasah kemahiran memandu dan menembak mereka di Pusat Simulasi Perisai, sementara Jurulatih Misi Udara Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) membolehkan para juruterbang dan misi komander untuk berlatih sebagai satu pasukan bersepadu.

Namun, tidak ada simulasi yang dapat menyaingi pengalaman latihan yang sebenarnya di lapangan dengan rupa bumi yang beralun, perairan dalam atau ruang udara yang luas, di mana latihan menembak boleh dijalankan secara langsung dan kemahiran di uji dalam persekitaran sebenar. Atas sebab ini SAF juga berlatih di luar negara.

Berikut adalah tempat di mana SAF telah menjalankan latihan dan apa yang mereka lakukan!

Latihan Wallaby

Di mana: Rockhampton, Australia

Bila: Dijalankan setiap tahun sejak tahun 1990

Apa: Latihan Tiga Angkatan yang memperlihatkan keupayaan SAF Generasi Ketiga melalui latihan integrasi udara, darat dan laut

Adakah anda tahu? Di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif Singapura-Australia, kawasan latihan di Shoalwater Bay - di mana Latihan Wallaby dijalankan - akan diperluaskan. Kemudahan-kemudahan baru seperti Instrumented Combined Arms Air-Land Ranges dan Kemudahan Urban Operations Live-Firing juga sedang dibina di Wilayah Townsville di Timur Laut Australia. Apabila siap, angkatan tentera boleh dilatih selama 18 minggu setiap tahun, dua kali ganda jumlah masa latihan  semasa iaitu selama enam hingga tujuh minggu.

Pasukan peninjau angkatan tentera SAF bergerak dari kawasan pendaratan untuk mengawal kawasan itu sebelum tentera utama mendarat untuk serangan pantai di Kawasan Latihan Shoalwater Bay di Latihan Wallaby 2018.

Latihan Daring Warrior

Di mana: Oklahoma, Amerika Syarikat (AS)

Bila: Dilaksanakan setiap tahun sejak 2010

Apa: Latihan artileri dua hala antara angkatan tentera Singapura dan AS.

Adakah kamu tahu? Kemuncak Latihan Daring Warrior 2018 adalah gabungan tembakan secara langsung oleh angkatan tentera AS dan Singapura, di mana Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) dan Sistem Pelancaran Roket Berbilang Tentera AS pada masa yang sama menembak sasaran pada jarak yang jauh buat pertama kalinya.

HIMARS SAF melancarkan roket semasa latihan menembak secara langsung pada 2018.

Latihan Panzer Strike

Di mana: Oberlausitz, Jerman

Bila: Dijalankan setiap tahun sejak tahun 2009

Apa: Latihan perisai dua hala antara angkatan bersenjata Singapura dan Jerman

Adakah anda tahu? Ruang latihan di Kawasan Latihan Ketenteraan Oberlausitz, adalah satu perempat daripada saiz Singapura, membolehkan Tentera Singapura berlatih dengan lebih cekap dengan membolehkan penembakan secara langsung sehingga empat jarak untuk unit-unit perisai.

Kereta Kebal Tempur Utama Leopard 2SG SAF menjalankan penembakan secara langsung semasa Latihan Panzer Strike 2019.

Latihan RIMPAC (Rim of the Pacific)

Di mana: Hawaii, AS

Ketika: Dilakukan dua tahun sekali sejak tahun 1971. Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) mula-mula mengambil bahagian pada tahun 2008.

Apa: Diadakan di perairan Hawaii, latihan yang diketuai angkatan tentera AS ini membolehkan kapal-kapal, kapal-kapal selam dan pesawat dari seluruh dunia untuk berlatih dan mengasah kemampuan peperangan mereka bersama-sama.

Adakah anda tahu? RIMPAC adalah latihan maritim multilateral terbesar di dunia, dengan 25 buah  negara mengambil bahagian dalam edisi 2018. Tahun lepas, frigat RSS Tenacious RSN berjaya melancarkan dua peluru berpandu Harpoon untuk mengenai sasaran serentak. Ini adalah RIMPAC yang keenam yang RSN mengambil bahagian dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Peluru berpandu Harpoon dilancarkan dari RSS Tenacious pada 2018.

Latihan SIMBEX (Latihan Bilateral Maritim Singapura-India)

Di mana: Laut Andaman dan Teluk Bengal, India

Bila: Dijalankan setiap tahun sejak tahun 1994

Apa: Latihan tentera laut dua hala yang dijalankan oleh Tentera Laut India (IN) dan RSN bermula sebagai latihan perang anti-kapal selam. Selama bertahun-tahun, latihan telah berkembang dari segi skop dan kerumitan untuk menjadi latihan peperangan termaju yang melibatkan dimensi udara, permukaan dan bawah air.

Adakah anda tahu? Hampir 30 aset-aset dari kedua-dua angkatan laut mengambil bahagian dalam SIMBEX 2018 - jumlah terbesar dalam sejarah 25 tahun. SIMBEX adalah latihan ketenteraan yang paling lama yang dijalankan SAF dengan Angkatan Bersenjata India.

Korvet peluru berpandu RSN RSS Valiant (bawah kanan ) dan frigat RSS Steadfast (bawah kiri) belayar dalam formasi dengan IN pemusnah INS Kolkata (kanan atas) dan kapal tangki minyak INS Shakti (kiri atas) semasa Latihan SIMBEX 2019

Latihan Eagle Indopura

Di mana: Singapura dan Surabaya, Indonesia

Bila: Dijalankan setiap tahun sejak tahun 1974

Apa: Latihan udara dua hala ini meningkatkan saling kendali dan profesionalisme Angkatan Laut RSN dan Indonesia melalui siri peperangan anti-permukaan dan anti-udara serta siri keselamatan maritim. Latihan Eagle Indopura juga merupakan latihan dua hala SAF yang paling lama dengan tentera negara asing.

Adakah anda tahu? Pada tahun 2018, latihan ini menampilkan siri tindak balas keganasan dalam persekitaran maritim buat pertama kalinya. Melalui perkongsian maklumat dan logik, kedua-dua ibu pejabat angkatan laut ini berjaya bekerjasama dan menggunakan aset-aset tentera laut untuk menumpaskan simulasi serangan pengganas yang mengancam kapal pengangkutan komersial melalui Selat Singapura.

Kapal Misi Littoral RSN RSS Independence (depan) dengan angkatan GUSKAMLABAR Quick Reaction yang memintas pengganas dalam latihan keganasan semasa Ex Eagle Indopura 2018. Mereka disokong oleh KRI Sultan Iskandar Muda (latar belakang) TNI AL.

Latihan Malapura

Di mana: Singapura dan Malaysia

Bila: Dijalankan setiap tahun sejak tahun 1984

Apa: Latihan dua hala ini melihat RSN dan Tentera Laut Diraja Malaysia (RMN) menjalankan latihan tentera laut konvensional dan latihan keselamatan maritim di Selat Melaka.

Adakah anda tahu? Angkatan Tentera laut ini bergilir-gilir menjadi tuan rumah latihan setiap tahun. Perayaan ulang tahun ke-30 Latihan Malapura pada tahun 2014 telah dihoskan oleh RMN dan logo baru telah diperkenalkan untuk memperingati majlis tersebut. Ia juga merupakan edisi terbesar latihan, dengan hampir 600 orang anggota, enam kapal perang dan dua helikopter tentera laut dari kedua-dua angkatan laut mengambil bahagian.

Kapal-kapal RSN dan RMN belayar dalam pembentukan sebagai sebahagian daripada Latihan Malapura 2018.

Latihan Cope Tiger

Di mana: Korat, Thailand

Bila: Dijalankan setiap tahun sejak tahun 1994, pada masa ini adalah siri ke-25.

Apa: Latihan trilateral antara RSAF, Tentera Udara Diraja Thai (RTAF) dan Tentera Udara AS (USAF) yang melibatkan pesawat dan sistem Pertahanan Udara Berpangkalan di darat.

Adakah anda tahu? Ketiga-tiga pasukan angkatan udara juga mengambil bahagian dalam program sosio-sivik seperti menyediakan penjagaan kesihatan asas kepada penduduk kampung yang tinggal di sekitar kawasan latihan.

Pengarah Latihan Cope Tiger 2019 Kolonel (COL) Teo Soo Yeow, RSAF (kiri), Kapten Kumpulan Wachirapon Muangnoi, RTAF (tengah), dan Kolonel Shannon D. Smith, Tentera Udara Amerika Syarikat (kanan) di Pangkalan Udara Korat, Thailand. [Gambar ihsan RSAF]

Latihan Elang Indopura

Di mana: Pekanbaru, Indonesia

Bila: Bermula pada tahun 1980

Apa: Latihan latihan dua hala yang melibatkan pesawat pejuang RSAF dan Angkatan Tentera Udara Indonesia (TNI AU)

Adakah anda tahu? Latihan 2018 menandakan siri yang ke-20 latihan ini dijalankan. Selama bertahun-tahun, kedua-dua angkatan udara telah menerbangkan pesawat pejuang F-86 Sabre dan Hawker Hunter dalam misi mudah dan menggunakan pesawat Hawk 109/209 dan F-16 dalam situasi yang kompleks.

Pesawat F-16C RSAF (kiri) dan Hawk 209 TNI AU menyertai misi semasa Latihan Elang Indopura 2018.

Latihan Pitch Black

Di mana: Darwin, Australia

Bila: Dijalankan dua tahun sekali sejak 1990

Apa: Latihan tempur udara siang dan malam multilateral berskala besar yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Udara Di Raja Australian (RAAF). Negara peserta yang lalu termasuk Australia, Kanada, Perancis, Jepun, Malaysia, New Zealand, Korea Selatan, Singapura dan AS.

Adakah anda tahu? Pada 2018, RSAF merupakan salah satu daripada negara dengan penglibatan yang paling ramai – iaitu seramai 330 kakitangan, lima buah pesawat F-15SG, enam buah F-16C / D, pesawat Peringatan Awal Airstream Gulfstream 550 dan kapal tangki mengisi minyak KC-135R. Salah satu acara utama bagi komuniti Darwin semasa latihan ini adalah terbang lalu di pantai berpasir Mindil, di mana penduduk tempatan membanjiri pantai untuk melihat aset-aset dari negara-negara yang mengambil bahagian.

Dari kiri: Pesawat F-16C RSAF, RAAF F / A-18 Hornet dan F-15SG RSAF yang melaksanakan formasi Vic untuk terbang lalu di Pantai Mindil pada tahun 2016.

Latihan Forging Sabre

Di mana: Mountain Home, Idaho, AS

Apa: Dijalankan dua tahun sekali sejak 2005, kini dalam siri ke-7

Apa: Latihan serangan bersepadu yang melibatkan aset-aset pertempuran dari RSAF - seperti Pesawat Tanpa Pemandu Heron 1 dan pesawat pejuang F-15SG dan F-16C / D - dan pasukan komando Angkatan Tentera Singapura detasmen.

Adakah anda tahu? Latihan 2019 menandakan beberapa yang pertama untuk RSAF. Bukan sahaja A330 Multi-Role Tanker Transport (MRTT) membuat penampilan sulungnya di luar negara, ini juga merupakan kali pertama operasi pengisian semula bahan api di Latihan Forging Sabre. Pesawat ini juga digunakan sebagai pesawat pengangkutan untuk latihan - ia terbang 20 jam dari Singapura ke Idaho, membawa kira-kira 130 peserta latihan serta logistik, menjadikannya jarak terpanjang yang diliputi oleh MRTT A330.

Satu formasi daripada tiga buah pesawat F-16C / Ds (depan) dan dua F-15SGs (belakang) yang menunggu untuk menerima bahan api dari A330 MRTT semasa Latihan Forging Sabre 2019. [Gambar ihsan RSAF]
Tags