Mempertahankan Tanah Air Kita

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/78435af5-a091-44f1-b008-7cb522688187/thumbnail.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-78435af5-a091-44f1-b008-7cb522688187-mZGuIR3 /web/wcm/connect/pioneer/78435af5-a091-44f1-b008-7cb522688187/thumbnail.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_NG96HO01018QE0Q5VUU2KN0571-78435af5-a091-44f1-b008-7cb522688187-mZGuIR3 /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Sep2017_01378-ms
01Sep2017_01378-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Sep2017_01378-ms
01 Sep 2017 | OPS & TRAINING

Mempertahankan Tanah Air Kita

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengambil langkah dengan memastikan askar-askarnya dilatih untuk operasi keselamatan dalam negara dan operasi mencegah keganasan ketika keganasan terus merebak.

// Cerita Teo Jing Ting 

// Foto Chua Soon Lye

English 华文
English 华文

Daripada serangan yang digagalkan di Marina Bay Sands pada tahun lepas kepada tiga serangan di London pada tahun ini, keganasan sepertinya kekal di sini dan semua orang di seluruh dunia berpendirian teguh untuk menentangnya.

Ketika agensi-agensi keselamatan yang lain meningkatkan usaha untuk menjaga pantai-pantai kita dengan lebih ketat lagi, SAF juga menjalankan peranannya dengan melatih lebih banyak askar untuk  menangani ancaman sebegitu.

Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI) yang dirasmikan pada 31 Julai dan terletak di Kem Clementi mengandungi dua buah pusat dan dua buah sekolah. Pusat latihan Keselamatan Dalam Negara (HSTC) dan Pusat Latihan Pertahanan Pulau bertanggungjawab dalam melatih dan membangunkan unit SAF bagi perlindungan ketenteraan dan pemasangan kunci awam serta menjalankan rondaan pencegahan bersama.

Setiap tahun, HSTC akan melengkapkan 18,000 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara SAF dengan kemahiran yang perlu untuk operasi keselamatan dalam negara.

Ingin tembak atau tidak?

Pakej latihan HSTC telah direka bentuk dalam rundingan bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) supaya askar-askar bersedia dengan operasi keselamatan dalam negara. Ia termasuklah pembelajaran tembakan menggunakan pertimbangan, latihan dengan belantan dan begitu juga dengan teknik-teknik menangkap musuh.

Anggota batalion yang aktif akan menempuhi tujuh hari latihan manakala unit Perkhidmatan Negara (NS) akan menempuhi tiga hari latihan. Selain latihan fizikal, pelatih-pelatih akan dilengkapi dengan pengetahuan legislatif dan mempelajari cara-cara untuk mengawal situasi berbahaya.

Semasa latihan simulasi video yang menggunakan pertimbangan, askar-askar mungkin akan bertemu dengan penembak di pusat membeli-belah, tempat pemeriksaan kenderaan atau ketika rondaan di pantai.

Terdapat 12 kemungkinan kesudahan dan ini bergantung kepada bagaimana senario itu terjadi. Pelatih-pelatih perlu bertindak sewajarnya dan menggunakan peraturan pertempuran (ROE) sama ada menembak penjenayah atau meredakan keadaan dengan menangkap penjenayah itu.

Selepas menempuhi latihan itu, Sarjan Kedua (2SG) Muhammad Zayyani merasakan senario-senario itu membantunya memahami siapa lawan beliau.

Sarjan platun dari Batalion ke-6 Regimen Infantri Singapura (6 SIR) berkata: "Dalam kes seseorang dengan peledak, kami perlu menggunakan pertimbangan kami daripada terus menembak orang itu dan meredakan keadaan terutamanya apabila penyerang itu tidak bersenjata."

Bagi rakan satu batalion 6 SIR Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) Prebet (PTE) Ooi Yen Sun, mempelajari cara untuk mempunyai fikiran yang tegas merupakan salah satu latihan yang telah dipelajarinya. Sebagai seorang askar, dia sudah biasa menerima arahan daripada panglimanya. Akan tetapi, perlunya membuat keputusan serta-merta ketika diserang kerana setiap masa itu berharga.

"Sebagai seorang askar, kami dilatih untuk berperang. Akan tetapi, mengendalikan suasana seperti itu di kawasan awam adalah suatu perkara baru. Kami perlu menyesuaikan diri dan kekal bertenang. Dengan latihan ini, saya boleh meronda dengan tenang kerana mengetahui bahawa saya dilengkapi dengan kemahiran yang betul."

Kerjasama dengan agensi lain

Untuk memastikan operasi kerjasama yang lancar, jurulatih SAF dan SPF sering berlatih bersama. Perkara ini membantu kedua-dua agensi memahami kekuatan dan had masing-masing serta bagaimana masing-masing beroperasi dengan lebih baik.

Jurulatih Syarikat HSTC Mejar (MAJ) Muhammad Azmie yang dikerahkan kepada satu kursus di SPF pada tahun lepas mengatakan bahawa pertukaran itu juga membantu menaikkan semangat perbincangan tentang cara-cara untuk menyatukan teknik, taktik dan latihan.

"SAF dan SPF mempunyai satu set latihan yang tersendiri dan apabila kami melakukan latihan kerjasama, ianya satu peluang untuk berkongsi dan mengurangkan jurang di antara kedua-dua agensi serta dapat mengemukakan satu latihan hibrid."

SAF juga sentiasa menguji kesediaan dan koordinasinya dengan agensi-agensi Home Team yang lain melalui latihan bersama mencegah pengganas seperti Latihan Northstar. Latihan Highcrest yang akan datang merupakan satu lagi peluang untuk mengesahkan keupayaan SAF.

Panglima IDTI iaitu Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Vincent Soh berkata: "Kami berharap untuk mengukuhkan keupayaan SAF dalam menyumbang kepada keselamatan dalam negara dan lebih baik melengkapkan askar-askar kita dengan kecekapan yang perlu supaya mereka bersiap sedia untuk berganding bahu bersama rakan Home Team kita demi meningkatkan keselamatan dalam negara."

Tags