PERSEMBAHAN BESAR-BESARAN RSAF
Bagi sambutan Jubli Emas, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah melakukan pertunjukan udara yang terbesar pada tahun ini. RSAF50@Bendungan Marina telah menraik seramai 45,000 pengunjung pada hujung minggu Hari Kebangsaan dari 11 hingga 12 Ogos. Di sini menunjukkan perkara yang dilakukan bagi melaksanakan pertunjukkan tersebut.//CERITA OLEH THRINA THAM
//GAMBAR JURUGAMBAR PIONEER
Bagaimana juruterbang berlatih untuk membuat formasi yang baru?
Mejar Ho berkongsi bagaimana pasukan pertunjukan udara AH-64D membuat latihan secara berperingkat bagi pertunjukan dua pesawat yang pertama.
AKHIR 2017 Mencipta profil penerbangan, atau pergerakan udara. Latihan bermula dengan menggunakan simulator AH-64D untuk melihat jika profil dua-pesawat boleh dilakukan.
FEBUARI-MEI Latihan pergerakan satu-pesawat selesai dilakukan.
MEI- JUN Selepas semua krew udara sudah biasa dengan profil penerbangan dan parameter, mereka meneruskan dengan latihan untuk dua-pesawat.
MEI Kor Tentera Udara British, yang pernah melakukan pertunjukan dua-pesawat helikopter dipanggil sebagai penasihat bagaimana untuk menjadikan pertunjukan supaya memberi kesan kepada penonton di bawah.
JUN Latihan diteruskan di atas air berdekatan Pulau-pulau Selatan, di mana lebih banyak ruang udara untuk berlatih.
JULAI Krew berpindah ke Bendungan Marina untuk berlatih untuk pertunjukan sebenar.