APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMENANGI UNIT TENTERA LAUT NS TERBAIK SEBANYAK 4 KALI BERTURUT-TURUT

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/2831b222-20f7-4884-a566-b0cea22e6ec1/16sep19_news_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-2831b222-20f7-4884-a566-b0cea22e6ec1-mSVTRMe /web/wcm/connect/pioneer/2831b222-20f7-4884-a566-b0cea22e6ec1/16sep19_news_1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-2831b222-20f7-4884-a566-b0cea22e6ec1-mSVTRMe /web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/milestones/2019-Q3/malay/16sep19_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/milestones/2019-Q3/malay/16sep19_news1-ms
16sep19_news1-ms
16 Sep 2019 | MILESTONES

APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMENANGI UNIT TENTERA LAUT NS TERBAIK SEBANYAK 4 KALI BERTURUT-TURUT


// CERITA OLEH KOH ENG BENG

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG & IKHSAN DARIPADA NIC

English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

Anak-anak kapal Unit Tentera Laut NS Terbaik tahun ini - RSS Vengeance – melaporkan diri untuk Latihan In-Camp (ICT) awal bulan ini.

PIONEER dapat menemu bual dengan mereka untuk mengetahui apa resepi rahsia mereka untuk kecemerlangan - Mereka telah memenangi gelaran selama empat tahun berturut-turut!

Tiga fakta menarik mengenai RSS Vengeance:

1-UP-B-caption

1.    Semua anak kapal adalah Anggota Perkhidmatan Negara

Di laut, mereka bersendirian, di beri kepercayaan untuk mengendalikan sistem di atas Corvette Peluru Berpandu kelas Victory.

1-UP-B-caption

2.    Mereka adalah bekas Angkatan Tentera Laut atau pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Laut sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa

Mereka kembali untuk menghadiri ICT setiap tahun di mana mereka menjalani kursus latihan ulang kaji untuk mengekalkan tahap kesediaan bertempur mereka.

1-UP-B-caption

3.    Kapal ini adalah mikrokosma masyarakat Singapura

Di luar NS, mereka adalah jurutera, guru, jurujual, ejen insurans, pemandu Grab, dan banyak lagi. Ini sebenarnya sebuah Singapura mini yang belayar!

1-UP-B-caption

Salah seorang daripada mereka adalah Kapten (CPT) (NS) Max Chua, yang bekerja untuk sebuah syarikat logistik marin. Beliau menandatangani sebagai seorang pakar Tentera Laut pada tahun 1993 apabila beliau mendapat tajaan Angkatan Bersenjata Singapura untuk kajian politekniknya. Beliau kemudian menjadi seorang pegawai.

Selepas 17 tahun berkhidmat, beliau telah pergi ke Dubai bagi meneruskan kerjaya baru. Apabila dia kembali untuk ICT pertamanya pada tahun 2015, dia terkejut dengan kemahiran anak-anak kapal RSS Vengeance.

"Wow, adakah orang-orang ini pernah meninggalkan Tentera Laut? Mereka bercakap menggunakan (kod tentera laut) seperti mereka masih Reguler! Mereka memahami proses yang dijalankan dengan sangat baik dan mengetahui perkembangan terkini," katanya.

Di atas kapal RSS Vengeance, Kapten (NS) Chua adalah jurutera sistem tempur yang bertanggungjawab menembak peluru berpandu. Walaupun dia agak baru berbanding anak-anak kapal yang lain, beliau sentiasa menanti-nanti untuk berjumpa dengan mereka setiap tahun.

"Saya mungkin tidak mengenali semua orang, tetapi sekarang saya hanya mahu tinggal bersama pasukan ini untuk keseluruhan ICT saya!"

Tags